Pages

Monday, November 14, 2011

Seni Tarbiyah


"Tarbiyah itu merupakan satu seni..." (WHWE, 2009)

Itulah kata-kata seorang naqib kepada kami ketika kami duduk bersama dengannya di dalam sebuah liqa' usari. Ia merupakan satu kata-kata yang lahir dari pengalaman berkecimpung di dalam medan da'wah sekian lamanya. Bukan sekadar secara pengajaran, tetapi juga secara praktikal terlibat di dalam da'wah. Di dalam kesenian itu jugalah terdapat kesenian pendidikan jiwa.

Wednesday, November 9, 2011

Qurban 04: Umat Pejuang

...sambungan...



Umat Pejuang

Ummah kita ini adalah sebuah ummah yang tertegak di atas perjuangan. Ia bukan sebuah bangsa yang bangun dengan angan-angan dan mimpi. Ia bukan sebuah ummah yang berjaya hanya disebabkan doa-doa para rahib. Tetapi ia adalah satu bangsa yang berpaksikan deen yang berlandaskan sunnatuLlah. Tidak boleh tidak, kebangkitan dan kemenangan Islam itu hanya dapat tercapai dengan penggembelengan usaha dan tenaga manusia.

Tuesday, November 8, 2011

Qurban 03: Tarbiyatul Iman

...sambungan...


Matlamat Yang Jelas

Pengorbanan yang tidak mempunyai matlamat tidak membawa erti kepada pengkorban yang melakukan pengorbanan. Di dalam banyak ayat yang menuntut untuk berjuang, Allah pasti akan mendahulukan pengorbanan harta sebelum pengorbanan jiwa. Persoalannya, adakah pengorbanan harta lebih penting? Adakah cukup seseorang mengatakan, "aku dah beri hartaku pada jalan Allah, cukup lah tu. Allah pun sebut harta dahulu sebelum jiwa"?

Monday, November 7, 2011

Qurban 02: Kita Pada Hari Ini

...sambungan...


Kita Pada Hari Ini

Kisah Nabi Ibrahim AS yang begitu bermakna menjadikan kita sentiasa ingin menjadikan Baginda sebagai qudwah (ikutan) dalam kehidupan kita. Pengorbanan yang ditunjukkan oleh Baginda dan sokongan padu yang diberikan oleh anaknya merupakan satu contoh tauladan yang sangat hebat. Ruh yang ditunjukkan itulah yang ingin diambil dan dihayati di dalam kehidupan seharian, apatah lagi pada hari yang mulia ini, iaitu Hari 'Eidul Adha.

Sunday, November 6, 2011

Qurban 01: Hari Yang Mulia & Sirah


Hari Yang Mulia

Hari ini merupakan satu hari yang mulia. Bahkan bukan satu hari sahaja, hari kemuliaan ini sebenarnya selama tiga hari! Jika dibandingkan, hari 'Eidul Fitri hanya sehari sahaja bertakbir berbanding dengan 'Eidul Adha yang bertakbir sehingga hari ketiga. Bagi kita sebagai umat Islam dan bangsa yang beriman, ia merupakan ulang tahun mengingati kisah pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS.

Saturday, October 8, 2011

Hamnah binti Jahsyin


Jika anda pernah membaca tentang dakwah RasuluLlah SAW pra-hijrah ke Madinah, sudah tentu anda mengenali seorang peribadi mulia yang bernama Mus'ab bin 'Umayr. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang mulia dan telah menjadi utusan RasuluLlah SAW ke Madinah sebelum berhijrahnya Baginda ke sana. Sesiapa yang telah membaca sirah kehidupan Mus'ab bin 'Umayr pasti akan merasa kagum dengan tokoh ini. Mana tidaknya, dengan takdir Allah dan usahanya, begitu ramai penduduk Yahthrib tertarik kepada Islam dan memeluk Islam. Dengan usahanya jugalah, terbinanya asas-asas pertama yang penting dakwah Islamiyah di Yathrib (kemudiannya dikenali sebagai Madinah).

Saturday, August 20, 2011

Mengejar 10 Malam Terakhir

Ramai yang mengakui bahawa Ramadhan merupakan satu bulan yang sangat istimewa bagi mereka. Namun lebih ramai lagi yang hanya beranggapan bahawa Ramadhan hanyalah seperti bulan-bulan yang biasa. Yang berbeza hanyalah; perlu bersahur di awal pagi, di siangnya berpuasa, dan di malamnya ada tarawih. Selesai lapan rakaat tarawih sejurus selepas isya', maka selesailah ibadah pada malam tersebut. Tetapi saya tidak berminat melihat kepada perkara-perkara tersbeut, jadi marilah kita merenung dan memuhasabah diri kita sejauh mana kita telah menggunakan Ramadhan ini sebaiknya.


Sunday, March 20, 2011

Wajah Yang Baru

Akhirnya, berjaya juga menukar rupa wajah blog yang telah lama terbiar begitu. Jika sebelum ini saya menggunakan warna hitam, kini saya menggunakan tema berwarna putih pula. Bahkan dengan gaya atur yang minimalis.

Putih melambangkan kebersihan, kesucian, permulaan yang baru, hidup yang baru, bahkan ianya juga melambangkan ketenangan dan ketenteraman. Ia juga simbolik kepada cahaya yang menyinari, manakala cahaya pula simbolik kepada menunjukkan jalan yang lurus.

Apa yang pasti, biar permulaan yang baru dicorakkan dengan nafas yang baru. Tinggalkan segala yang lalu, simpan ia elok-elok, dan maju kehadapan dengan keazaman dan tekad yang bulat.

Maka, dipersembahkan...

Tema Georgia Extreme v2

Tema yang baru...

Friday, March 18, 2011

Nafas Yang Baru


Sudah lama saya tidak meng"update" blog saya ini, entri terakhir saya pun sudah sekitar 4 bulan yang lalu. Laman ini juga mula bersawang secara tidak sengaja, sudah tentu semua penulis bagi blog-blog yang bersawang pasti akan memberi bermacam-macam alasan kesawangan blog mereka. Saya pula ada sebab saya, dengan perkahwinan dengan empunya blog Tarhata Kiran pada 19 haribulan November, dan berpindah ke Selangor atas urusan kerja. Sememangnya urusan perkahwinan dan kerja itu merupakan dua perkara yang sangat besar dalam hidup seseorang, sehingga yang menghentikan secara sementara segala pekerjaan lain.


Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]