Pages

Wednesday, November 10, 2010

مِنَّا أَلْفُ سَلَام

Sejak kebelakangan ini, saya terkesan dengan nasyid-nasyid ikhwah (brothers) dari Palestin. Terdapat beberapa nasyid yang dinyanyikan oleh Kumpulan al-Wa'du (فريق الوعد) sempena Karnival Palestin di Turki (kalau tak silap). Di antaranya ialah nasyid di bawah ini, Minna Alfu Salam (Seribu Kesejahteraan dari Kami, kot...)


Tuesday, November 2, 2010

Lama Menyepi

Sudah agak lama saya tidak menulis di blog ini, dan ternyata dalam tempoh dua bulan tersebut blogger telah menambah beberapa features baru. Setelah lama, baru kini mereka ada sistem statistik integrasi. Sebelum ini, saya terpaksa menggunakan Google Analytics.

'Ala kulli hal, di dalam kesempatan yang ada ini, saya dengan berbesar hatinya ingin menjemput sesiapa yang pernah mengenali saya secara peribadi, ke walimah saya dengan perincian di bawah;

Sila klik pada gambar untuk lebih jelas...

Sebelah Kelantan; Nikah dan Walimah. Insya Allah pada 19hb November.
RSVP: klik!

Sebelah Johor; Walimah sebelah lelaki. Seperti biasa di Dewan Alumni UTM.
RSVP: klik!

Bagi sesiapa yang nak datang boleh klik pada link-link RSVP seperti yang diberikan di bawah gambar-gambar tersebut. Untuk menjawab di RSVP tersebut, anda perlu menggunakan akaun facebook anda.

Terima kasih.

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]