Pandangan saya adalah berdasarkan video yang saya lihat di FB dengan link berikut: https://www.facebook.com/photo.php?v=679030488805371
---
Saya menghormati Ustaz Don di atas kapaisiti ilmunya dan jasanya mengajar al-Qur'an di rancangan TVnya di TV al-Hijrah. Namun beliau harus mengambil sikap yang lebih adil dalam konteks suasana Mesir.
Ini pandangan saya terhadap apa yang beliau sebutkan:
1. Kelebihan melihat Nabi Muhammad SAW di dalam mimpi merupakan sesuatu kelebihan yang Allah kurniakan ke atas sesiapa yang Allah kehendaki, dan syaitan tidak dapat menyerupai Baginda SAW walau di dalam mimpi. Ini adalah satu fadhilah/kelebihan peribadi yang Allah hendak kurniakan kepada sesiapa yang Allah kehendaki.
2. Kata-kata seseorang boleh diterima atau ditolak, melainkan kata-kata RasuluLlah SAW yang maksum. Jumhur ulama' juga telah bersepakat bahawa sumber dalil yang disepakati ada tiga; (1) Al-Qur'an, (2) As-Sunnah, dan (3) Ijma' Ulama' (Kesepakatan Ulama'). Perihal yang ketiga, juga tertakluk dan bersumberkan sumber yang pertama dan kedua. Tidak mungkin ulama' bersepekat di atas sesuatu yang salah, dan tidak mungkin pula terjadi ijma' melainkan semua ulama' yang mu'tabar memberikan pandangan yang sama dalam sesebuah isu.
Oleh itu, sehebat manapun seseorang syeikh, kata-kata mereka tetap boleh diterima atau ditolak, dan dinilai semula berdasarkan pandangan syeikh yang lain yang menggunakan dalil al-Qur'an dan as-Sunnah sebagai sumber penghujjahan.