Pages

Thursday, May 21, 2009

Qunut

Sebelum ini saya pernah mengimamkan sebuah surau beberapa kali untuk subuh. Dan setiap kali darinya saya membaca qunut seperti mana yang diajarkan kepada kita di dalam PAFA. Tetapi pada masa yang sama saya tidaklah berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa qunut subuh yang khusus itu adalah sunat mu'akkad, i.e. sunat yang perlu sujud sahwi kalau lupa melakukannya. Kerana sebelum ini, di dalam kaset ceramah seorang ustaz, beliau telah mengatakan, "Ketika saya belajar syari'ah di Mesir, pada ketika itulah saya dapat tahu bahawa dalil yang digunakan untuk qunut subuh (khusus) adalah sangat-sangat lemah" (atau lebih kurang maksudnya).

Tiba-tiba pada satu solat subuh, saya memang dengan sengaja meninggalkan qunut subuh. Seperti biasa semua ma'mum ikut sahaja sehinggalah ke tahiyat terakhir. Sebaik sahaja saya memberikan salam, saya pusing ke belakang dan saya mendapati semua ma'mum saya melakukan sujud sahwi, kecuali seorang.

Maka yang seorang itu telah mengambil inisiatif untuk bertanya kepada saya di bilik selepas itu. Dan saya menceritakan tentang kisah seorang ustaz yang saya dengar seperti di atas kepadanya.

Apa-apa hal pun, di sini saya ingin membawa agar kita kembali meneliti kembali ibadah yang kita buat; qunut subuh. Jadi saya membawakan pandangan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin untuk kita fikirkan bersama. Bukan dengan tujuan bergaduh dan memastikan pendapat kita lah yang terbenar, tetapi bertujuan menepati ayat (39:18) "Iaitu orang-orang yang mendengarkan kata-kata maka mereka mengikuti yang terbaik darinya".



















Mudahan-mudahan ia bermanfaat buat semua. Jika ingin download, boleh gunakan website ini.

Tuesday, May 19, 2009

Hikmah dalam Berda'wah

Da'wah membawa ta'rif:
"Menyeru manusia kepada Allah SWT dengan penuh hikmah dan contoh teladan yang baik serta berbantahan dengan cara yang terbaik, sehinggakan mereka kufur kepada taghut dan beriman kepada Allah, untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan kejahilan kepada cahaya Islam"
Dalam konteks ini, saya hanya ingin menyentuh secara ringkas bagaimana hikmah (bukan Kelab Hikmah tau!) itu boleh terlaksana. Atau lebih tepat kalau saya katakan peringkat-peringkat berdakwah secara berhikmah.

Hikmah dalam berda'wah harus melalui 5 langkah atau peringkat:
  1. Mengajar orang yang tidak tahu.
  2. Mengingatkan orang yang lupa apa yang telah diajarkan.
  3. Menegur orang yang tetap membuat kesalahan selepas diingatkan.
  4. Mengancam untuk menghukum.
  5. Menghukum dengan kuasa yang ada di tangan.
Jelas dengan kelima-lima perkara ini adalah sangat penting, kerana kita akan tahu tindakan apa yang sepatutnya datang dahulu sebelum yang lain. Kadangkala bila kita terlalu berperasaan, kita akan ada kecenderungan untuk melangkah beberapa peringkat ke peringkat-peringkat yang lebih tinggi, terus.

Disebabkan itu, dakwah berkemungkinan besar ditolak oleh masyarakat, sekaligus membentuk imej yang buruk kepada masyarakat umum terhadap Islam.

Monday, May 18, 2009

Babi atau Aurat

Sebelum ini saya pernah melontarkan satu persoalan yang saya sendiri pernah dipersoalkan dengan soalan tersebut;

"Yang manakah lebih teruk? Makan babi atau dedah aurat?"


Saya bukanlah seorang ustaz, dan bukanlah juga seorang yang belajar (di peringkat ijazah) di dalam bidang deeniyah secara khusus, tetapi apa yang cuba saya sampaikan adalah pandangan dari seorang ustaz yang saya hormati. Mudah-mudahan maklumat ini dapat dimanfaatkan secara bersama.

Kita tengok dulu apa kata orang lain terhadap isu ini:

Ada orang yang kata makan babi lagi teruk, macam kenyataan di bawah:
makan babi lagi teruk... seorang yang mendedahkan aurahnyer... hmm... dosa diampunkan kalo dia bertaubat nasuha (sungguh2)... so... dosa or saham yg dia buat orang laen dapat dosa or buat dosa lain (contohnyer zina dsbg...) insyaAllah diampun Allah yg Maha Pengampun (Al-Ghafur)... kalau makan babi... walaupun seseorang itu dah bertaubat nasuha (sekali lagi...sungguh2), dia tetap menerima kesannya akibat perbuatan dosanya (makan babi tu lah)... sebabnyer makanan haram efek pd amalan akan datang dan anak yang dilahirkan... setiap daging yang tumbuh dari hasil yg haram (Quran ni... which chapter... err..)
Ada orang kata dedah aurat lagi teruk, macam:
mana lagi teruk..mkn babi ke dedah aurat? bagi ana kita kna tgk dia punya kesan. dedah aurat buleh mnyebabkan berlakunya kes rogol, penzinaan..xkira lah zina mata ke hati ke.. makan babi ni xde kesan berat sgt.. yang antum perlu tahu ia haram dimakan dan harus ketika darurat.. pikir2kan...kalu ada salah tu pbetulkanlah.
Tapi ada jugak orang yang dah pening, dan ada orang yang lagi pening sampai dia nak tukar tajuk. Takpe. Kita tengok masing-masing punya hujjah.

Sebelum menjawab persoalan yang ditimbulkan, seorang sahabat saya pernah menimbulkan tanda tanya kepada kami. Dia telah mengeluarkan satu persoalan: "Siapakah yang dikatakan sebagai ulul al-Bab?" Fikir punya fikir akhirnya kami mencapai kebuntuan, dan si penanya soalan pula bersikap baik hati pada malam tersebut untuk memberikan jawapan dengan mudahnya. Lalu dia berkata: "Cuba korang tengok kepada ayat [39:18] - Iaitu orang yang telah mendengar kata-kata lalu dia memilih yang terbaik. Itulah dia orang yang ulul albab, memilih yang terbaik, tapi selepas dia dengar semuanya".

Masalah Pemikiran

Saya melihat (baca: membaca) ada orang yang pandai memberikan penerangan dan pada masa yang sama dia memberikan hujjah terhadap apa yang dilontarkannya. Walaupun demikian, wujud juga orang yang hanya tahu memberi jawapan tanpa diiringi dengan sebarang hujjah.

Kita mengetahui bahawa sekiranya kita mengatakan sesuatu maka ia hendaklah diiringi dengan sebab dan hujjah mengapa ia (pandangan tersebut) ditegakkan, terutamanya di dalam Islam. Kalau tidak, Islam pasti akan menjadi deen sangkaan semata-mata aygn penuh dengan lagenda dan myth (saya tak tahu perkataan ini dalam BM apa).

Sedangkan di sana, Allah pernah mengutuk orang-orang jahliyyah yang terdahulu kerena mereka banyak melakukan upacara dan amal di atas sangkaan mereka. Mereka menamakan para malaikat dengan nama-nama perempuan padahal tidak datang satu ilmu yang haq pun kepada mereka. Tidak lain dan tidak bukan, amal mereka adalah amal yang sia-sia dan di hari akhirat mereka adalah orang-orang yang rugi.

"Dan mereka tidak mempunyai ilmu tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti dugaan, dan sesungguhnya dugaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran"
(an-Najm, 53:28)

Masalah Yang Sebenar

Kalau kita memerhatikan masyarakat di Malaysia, dalam hal deen, mereka lebih gemar menyelesaikan masalah mereka sahaja. Sebagai contoh, jika kita pergi bermusafir kebanyakan dari musafir akan solat bersendirian padahal boleh sahaja mereka solat berjamaah. Tapi contoh ini mungkin kurang sikit relevennya. Mungkin kita boleh mencari contoh-contoh yang lain?

Manakah yang lebih teruk? Makan babi atau dedah aurat? Kalau kita ingin menambahkan "spice" di dalam isu ini kita utarakan satu persoalan yang lebih ganas; "Manakah yang lebih teruk; Pendakwah yang makan babi atau yang dedah aurat?" Dan boleh sahaja kita mengeluarkan persoalan-persoalan lain yang lebih hangat untuk dibincangkan dan diselesaikan masalahnya, tetapi adakah menjawab persoalan itu yang utama?

Sudah tentu jika mencari jawapan kepada persoalan ini, pasti soalan ini sahaja yang akan terjawab. Tetapi masalahnya, kita bukan ingin menyelesaikan masalah ini sahaja... Bahkan kita ingin agar tertanamnya di dalam pemikiran satu kaedah berfikir yang benar yang melihat dari skop yang lebih besar, dan yang akan menjadi bekalan untuk masalah-masalah lain yang mendatang. Bukanlah sekadar berkisar di sekitar jawapan yang diberikan sahaja.

Mengapa babi nampak teruk?

Kita andaikan ada pendakwah yang makan babi, dan dibandingkan dengan pendakwah yang dedah aurat... Kita pasti akan rasa lebih jijik kepada orang yang makan babi. Kata kita, "Babi ini satu binatang yang kotor lagi jijik. Dia suka main-main dalam lecak yang sangat kotor". Tambahan pula, sejak dari kecil kita telah dididik untuk menjijikkan babi. Setiap kali kita tertengok babi sahaja, mak kata; "Eeee... Jijik. Binatang kotor. Jangan dekat. Jangan sentuh!"

Maka lama-kelamaan kita pun menjadi sangat-sangat jijik kepada babi, melihat babi pun seolah-olah macam dah haram, apatah lagi jika memakannya. Tapi kalau makan memang Allah sudah menyebut keharamannya.

Aurat macamana?

Dalam soal aurat, kita telah banyak didedahkan dengan bahan-bahan yang banyak mendedahkannya. Buka sahaja surat khabar, muka surat yang kedua sudah pasti akan ada wanita separuh b***l terpampang sebesar-besar muka surat. Itupun cukup baik, berbanding yang memang memaparkan gambar tersebut pada muka surat hadapan. Baru surat khabar.

Kita jalan-jalan di shopping complex, seperti Jusco dan sebagainya, pasti akan kelihatan wanita-wanita dan juga lelaki yang tidak cukup benang. Buka televisyen makin menjadi-jadi. Nasib baik buka radio, radio tiada paparan yang boleh menunjukkan apa yang tak patut ditunjukkan.

Dalam keadaan ini, dari sesuatu yang sudah jelas keharamannya oleh Allah SWT, ia menjadi sesuatu yang rutin dalam hidup untuk dilihat. Dari hanya melihat kepada beramal pula. Akhirnya ia menjadi satu wabak yang tidak dapat dibendung. Tetapi permulaan kepada membiasakan diri menyebabkan ramai dair kita menjadi lali kepada soal aurat. Semua ini adalah di dalam agenda peperangan pemikiran kaum kuffar terhadap ummah. Saya telah menghuraikannya dalam post yang lalu.

Jadi yang mana lagi teruk?

Satu hal yang kita kena ambil kira ialah, Islam sentiasa mengambil berat hal atau maslahah umum berbanding maslahah peribadi. Dalam konteks ini, kita mengetahui bahawa kedua-dua ini adalah perkara yang haram. Cumanya, satu kita rasa jijik dan lagi satu... er, tanya diri sendiri. Adakah perasaan melihat aurat dan mendedahkannya akan melahirkan rasa jijik yang lebih teruk atau tak?

Jika kita melihat kepada kesan yang dibawa oleh kedua-dua masalah ini, dedah aurat boleh membawa kepada wabak masyarakat sedangkan memakan babi kesannya hanya pada diri sendiri. Dedah aurat boleh memyebabkan masalah seperti sumbang mahram, seks, merogol, mencabul dan lain-lain, sedangkan memakan babi hanya membawa kepada masalah kesihatan yang teruk.

Dari segi rukhsah pula, dalam hal mendedahkan aurat, ianya hanya boleh dalam keadaan tertentu. Tetapi keadaan tertentu itu pun dalam keadaan yang sangat terkawal sehingga wabak gejela sosial tidak mungkin bermula dari rukhsah tersebut. Manakala memakan babi dibolehkan apabila wujud sebab rukhsah; dalam keadaan terpaksa (yang tidak ada makanan lain melainkan babi). Jika dalam terpaksa kita terpaksa memakan babi sekadarnya, dan yang sekadarnya itu tumbuh menjadi daging kita yang sekadar, adakah yang sekadar ini boleh membawa kepada masalah keberkatan zuriat pada masa-masa akan datang (seperti yang pernah dikomen dalam post sebelumnya)? Bukan zalim macam begitu?

Ar-Rasul SAW pernah menyebut bahawa setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, dan ibu bapalah yang membentuk dia menjadi samada Yahudi, Nasrani atau Islam. Ya, sememangnya ada proportion kesan daging yang haram terhadap iman keturunan, tetapi suasana dan kesan yang timbul disebabkan mendedahkan aurat lagi besar. Kerana ia adalah satu wabak yang hidup di dalam masyarakat dan suasana itulah yang akan membentuk seseorang individu atau generasi.

Cuba bayangkan kalau mak bapak tersebut memakan babi, tetapi sampai suatu ketika mereka berhenti (dan bertaubat). Selepas itu sahaja mereka dikurniakan seorang anak dan anak tersebut dibesarkan dalam suasana Islami, tanpa dia mengetahui mak bapaknya pernah memakan babi... Adakah dia akan menjadi orang yang rosak atau soleh?

Dan cuba bayangkan pula, mak bapak yang tak jaga soal aurat. Dalam keadaan tersebut mereka dikurniakan seorang anak, dan anak tersebut membesar dalam suasana itu... Adakah dia akan menjadi seorang yang soleh atau rosak?

Bandingkanlah di antara keduanya...

Kesimpulan

Saya bukanlah ingin menghalalkan memakan babi, apatah lagi perbuatan mendedahkan aurat. Tetapi saya ingin membawa para pembaca sekalian kepada memikirkan sesuatu dengan cara pemikiran yang betul. Kadangkala bukan jawapan yang kita cari, tetapi jalan untuk sampai kepada jawapan tersebutlah jawapannya. Dan kadangkala kita terlalu sibuk untuk menjawab persoalan-persoalan yang timbul sehingga kita lupa kepada tujuan utama soalan tersebut dipersoalkan.

WaLlahu a'lam!

nota: Apa-apa hal pun, untuk mendapatkan feel yang lebih bolehlah rujuk Fiqh Awlawiyat oleh as-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

Thursday, May 7, 2009

Kesalahan dan suasana yang puas

Manusia.

Masing-masing mempunyai kehebatan masing-masing.
Masing-masing mempunyai kekuatan masing-masing.

Tetapi, masing-masing juga ada kelemahan masing-masing. Walau sehebat manapun mereka, manusia yang bergelar insan tersebut mempunyai had kekuatan mereka. Atau kadang-kadang pemikiran yang hebat si insan sedikit terlarut dengan suasana kengarutan yang ada di sekitarnya.

Sedangkan sahabat-sahabat RasuluLlah SAW sendiri pernah mengadu tentang kelemahan iman mereka, kadang-kadang... Apatah lagi insan yang biasa yang sudah jauh dari zaman Rasul yang mulia. Sudah pasti ujian dan godaan yang diterima lebih hebat lagi secara relatif kerana dirinya yang jauh, bahkan sangat-sangat jauh dari sumber kekuatan yang langsung (Nabi Muhammad SAW).

Iblis berkata:
"kemudian akan ku datangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)"
(al-A'raf, 7:17)

Dan sejurus selepas itu Adam AS telah melakukan satu kesilapan yang besar. Seorang Nabi yang agung, yang merupakan bapa kepada sekalian manusia, telah melakukan satu kesilapan yang besar.
"Maka syaitan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun surga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: 'Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?' "
(7:22)

Tetapi kesilapan tersebut telah ditutupi dengan satu pengakuan yang benar, dan taubat yang haq:
"Mereka berdua berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami dan sekiranya Engkau tidak mengampunkan dosa kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi"
(7:23)

Ya Allah, ampunkanlah kesilapan kami...(T_T)

Namun demikian, kita kadang-kadang tak perasan kesilapan kita. Jadi sahabat-sahabat yang budiman menjadi standard yang akan "check and balance" tindakan kita. Begitu indahnya adanya sahabat-sahabat yang budiman yang menegur segala kesilapan kita. Seperti halnya 'Umar atau Abu Bakar yang akan diingatkan oleh sahabatnya dengan pedang jika dia terpesong dari jalan Allah ketika menjadi khalifah.

Manisnya perasaan saling berkasih-sayang ini, yang wujud di dalam nidzamul usrah sehingga mencapai tahap: "...saudara yang diberi nasihat itu bersedia serta sanggup menerima nasihat dari saudaranya tadi dengan sukacita dan gembira dan memberi terima kasih atas nasihatnya itu. Saudara yang memberi nasihat itu pula janganlah berubah hati terhadap saudaranya yagn tersilap tadi walaupun perubahan perasaan hati sejarak sehelai rambut sekalipun" (al-Banna, Usrah dan Da'wah).

Uhibbukum fiLlah~
-Pancung aku banyak² sikit wahai ikhwah-

Wednesday, May 6, 2009

Makan babi atau...?

Baru-baru ini, dunia kita baru digegarkan dengan sebuah penyakit baru, H1N1 influenza. Ada yang kata ianya ada kaitan dengan babi, dan ada yang kata babi ini punca penyebab berlaku. Tak kurang juga ada yang mempertahankan dengan mengatakan bahawa penyakit ini takkan tersebar dengan memakan babi.

Tapi apa-apa hal pun, kita mengetahui bahawa babi adalah haram dimakan.

Sempenan peristiwa yang banyak menyebut tentang babi, saya suka untuk membangkitkan satu persoalan:

"Yang manakah lebih teruk? Makan babi atau dedah aurat?"

Monday, May 4, 2009

Mars Kepanduan

Minta maaf sejak kebelakangan ni asyik mengepost berkaitan dengan lagu-lagu jihad di sini. Nantikan kemunculannya... Click!



Mars Kepanduan
Munsyid: Shoutul Harakah

Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang

Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karna Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia...

Tekad



Tekad
Munsyid: Izzatul Islam

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kedzaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini sepenuh ridho Ilahi

Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran , siapapun pemanahnya
Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya

Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Ilahi....rabbi

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan
Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan Mengoyak dan menumbang kezaliman

Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi.... Rabbi

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan
Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Tuk arungi da’wah ini , jalan panjang

Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi.... Rabbi

Merah Saga



Merah Saga
Kumpulan: Shoutul Harakah

Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu...

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah di tanahairmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad Palestina
Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
Syahid dalam cinta-Nya...

Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
Syahid dalam cinta-Nya...

Friday, May 1, 2009

What did I do today?



What Did I Do Today?
by Dawud Wharnsby Ali

Oh the moon has come
The day is done
The night has covered up the sun.
I have stood so often before you to pray
But I wonder Allah, tell me, what did I do today?
Did I remember the words of Al-Fatiha?
Did I take time to thank you for all that I have?
Did I call on you to guide my way?
Tell me, what did I do today?

I have whispered to you
As I made ruku
Subhana Rabiy'yal adheem.
But was my faith
Bright or grey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I smile at my brother?
Was I kind to my mother?
Did I teach another something that I know
Or did my love of this world lead me astray?
Tell me, what did I do today?

Sami Allah hu liman hamida
Rabanna lakal hamd.
Sami Allah hu liman hamida
Rabanna lakal hamd.
La illaha il Allah.
La illaha il Allah.

Though I've bowed to you
with my face in the dust,
subhana raby'yal a'la
Did I turn to you
And did I obey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I use my time?
Did I use my mind?
If I search my heart what will I find?
The light of your guidance is a glimmering ray,
Tell me, what did I do toady?
Oh Allah, tell me, what did I do today?

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]