Belajar bahasa arab?
Sesetengah orang telah meletakkan persepsi di dalam pandangan mereka bahawa belajar bahasa arab ini merupakan sesuatu yang sukar.
Katanya, "Ana dulu tak pernah belajar bahasa arab masa kat sekolah dulu..."
Atau mungkin, "Ye laa, korang semua boleh laa... Sekolah agama. Ana sekolah sekular!"
Sesetengahnya pula mengatakan, "Ana takde masa lah nak belajar, mana ada duit nak pergi ke negeri arab. Ye laa kan, ada orang kata nak belajar bahasa ni kena duduk sekali dalam budaya masyarakat tersebut. Bahasa ni kan budaya jugakkan?"
Bagi saya, saya melihat ianya adalah satu perkara yang senang. Ia hanya terletak kepada diri kita sendiri sama ada kita nak ataupun taknak.
Sewaktu di sekolah dahulu, sememangnya saya telah mengambil kelas bahasa arab sejak dari darjah lima sehingga tingkatan lima. Akan tetapi, berdasarkan pemerhatian yang telah saya buat, walaupun ada kawan-kawan saya yang lebih lama telah mempeljari bahasa arab, penguasaan mereka kurang dari saya (tiada niat merendahkan). Ada dari kalangan mereka yang telah mengambil bahasa arab sejak dari darjah satu lagi, sedangkan saya dalam tempoh darjah satu hingga empat telah belajar di sekolah yang sekular (sekolah di Coventry, UK).
Apa yang banyak membantu saya di dalam bahasa arab ialah al-Qur'an itu sendiri. Ketika sekolah, saya berani mengatakan bahawa dengan banyaknya pengajian al-Qur'an dan pemerhatian terhadap isi kandungan al-Qur'an lah yang telah membantu saya dengan banyaknya untuk laju sedikit di dalam bahasa arab. Banyak perkataan (vocabs) arab yang ada dalam kamus ini, datangnya dari al-Qur'an.
Keinginan seseorang untuk memahami al-Qur'an pasti akan mendorongnya untuk mempelajari bahasa arab dengan baik. Kerana seseorang itu pasti dapat menyatukan perasaan (ketika membaca al-Qur'an dengan alunan yang merdu) dengan kefahamannya yang pastinya akan memberikan impak yang sangat besar kepada imannya. Dan akhirnya iman tersebut akan bergejolak dengan kuat di dalam dadanya, sehinggakan terpancar amal-amal yang benar yang membenarkan imannya. Lalu sempurnalah tiga syarat dari imannya.
Saya hanya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sebuah perkongsian yang sangat menarik yang telah disampaikan oleh penyampai di dalam siri-siri video di bawah. Tajuknya ialah "Why and How to Learn Arabic Spoken in the Qur'an" (ada 6 video), manfaatkanlah dengan baik insya Allah:
Video 1:
Video 2:
Video 3:
Video 4:
Video 5:
Video 6: