Pages

Friday, April 4, 2014

Beberapa Prinsip Dalam Menghukum

Pandangan saya adalah berdasarkan video yang saya lihat di FB dengan link berikut: https://www.facebook.com/photo.php?v=679030488805371
---
Saya menghormati Ustaz Don di atas kapaisiti ilmunya dan jasanya mengajar al-Qur'an di rancangan TVnya di TV al-Hijrah. Namun beliau harus mengambil sikap yang lebih adil dalam konteks suasana Mesir.

Ini pandangan saya terhadap apa yang beliau sebutkan:

1. Kelebihan melihat Nabi Muhammad SAW di dalam mimpi merupakan sesuatu kelebihan yang Allah kurniakan ke atas sesiapa yang Allah kehendaki, dan syaitan tidak dapat menyerupai Baginda SAW walau di dalam mimpi. Ini adalah satu fadhilah/kelebihan peribadi yang Allah hendak kurniakan kepada sesiapa yang Allah kehendaki.

2. Kata-kata seseorang boleh diterima atau ditolak, melainkan kata-kata RasuluLlah SAW yang maksum. Jumhur ulama' juga telah bersepakat bahawa sumber dalil yang disepakati ada tiga; (1) Al-Qur'an, (2) As-Sunnah, dan (3) Ijma' Ulama' (Kesepakatan Ulama'). Perihal yang ketiga, juga tertakluk dan bersumberkan sumber yang pertama dan kedua. Tidak mungkin ulama' bersepekat di atas sesuatu yang salah, dan tidak mungkin pula terjadi ijma' melainkan semua ulama' yang mu'tabar memberikan pandangan yang sama dalam sesebuah isu.

Oleh itu, sehebat manapun seseorang syeikh, kata-kata mereka tetap boleh diterima atau ditolak, dan dinilai semula berdasarkan pandangan syeikh yang lain yang menggunakan dalil al-Qur'an dan as-Sunnah sebagai sumber penghujjahan.

3. Pengikut-pengikut Ikhwan terdiri dari bermacam-macam latar belakang, dan macam-macam peringkat kefahaman terhadap Islam. Bagi mereka yang baru, mungkin terdapat fikrah Islam yang bercelaru, tetapi Ikhwan memproses dan mentarbiyah mereka sehingga mereka menjadi seorang muslim yang sejati dengan 10 sifat yang disebutkan oleh Hasan al-Banna; (1) sejahtera aqidahnya, (2) beribadah dengan sahih, (3) kukuh akhlaqnya, (4) kuat tubuh badannya, (5) mampu berdikari, (6) sangat teratur urusannya, (7) sangat memelihara masa, (8) penguasaan ilmu yang mantap, (9) bermujahadah lawan nafsu, dan (10) bermanfaat buat orang lain.

4. Pelabelan bahawa pengikut Ikhwan adalah Salafi Wahabi merupakan sesuatu yang kurang tepat. Sebab-sebabnya;
(a) Allah melarang memanggil seseorang/sesuatu pihak dengan nama yang buruk; "Dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk" (al-Hujurat, 49:11). Istilah Wahabi hanyalah istilah yang diguna pakai oleh golongan orang yang tidak suka kepada gerakan moden bernama 'Salafi' yang keras menolak perkara-perkara yang bertentangan/tidak terdapat di dalam qur'an atau hadith. Melabel seseorang dengan gelaran yang tidak disukai olehnya, adalah sesuatu yang Allah dengan jelas larang. Apatah lagi di Mesir, Ikhwan dan Salafi dengan jelasnya merupakan dua kelompok manusia yang berbeza, masing-masing dengan pendekatan mereka.
(b) Ikhwan mengaku bahawa mereka adalah sebuah jamaah yang mempunyai ciri; Dakwah Salafiyah. Yakni, dakwah yang mereka lakukan adalah dengan mengambil risalah Islam dari dua sumber asalnya; al-Qur'an dan as-Sunnah, serta mengambil kehidupan salaf (sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in) sebagai contoh memahami dua sumber asal tersebut.

5. Mendengar ura-ura bagi menghukum dan menumpahkan darah muslimin yang menuntut keadilan dikembalikan ditempatnya. Ura-ura menutup Universiti al-Azhar hanyalah ura-ura. Ura-ura hanyalah sesuatu yang belum pasti lagi kesahihannya, apatah lagi diragui kebenarannya. Apatah lagi jika ura-ura tersebut datang dari pihak-pihak yang sengaja ingin melaga-lagakan atau menjatuhkan kerajaan yang adil. Nah, Allah sebutkan dengan jelas di dalam surah al-Hujurat juga, surah ke-49, ayat ke-6:
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepadamu seorang fasiq membawa berita maka selidiklah (kebenarannya) dahulu, dikhuatiri kamu menimpakan sesuatu kaum (kelompok) dengan sebab kejahilanmu, maka disebabkan itu kamu menyesal dengan perbuatanmu".

Apabila bertembung antara ketidakpastian (ura-ura) dengan sesuatu yang jelas (prinsip keadilan yang dipertahankan oleh Ikhwan), maka sepatutnya yang jelas itu dipilih.

Jika Ikhwan dianggap bughah (memberontak) dan halal darah mereka, sebenarnya pihak kudetalah yang telah bughah terlebih dahulu - bahkan menumpahkan darah. Ikhwan masih tetap dengan prinsipnya - berjuang dengan keamanan, walau beribu-ribu ahli sudah terkorban bersama beribu-ribu lagi rakyat Mesir.

6. Akhir sekali, apa yang saya sebutkan ini bukan untuk merendahkan mana-mana pihak. Sesungguhnya seorang ustaz, yakni 'alim, tetap mulia seperti yang disebutkan oleh banyak sekali hadith tentang orang yang berilmu. Semoga Allah mengampunkan beliau dan memberikan kepada beliau taufiqnya di dalam memberikan pandangan berkenaan dengan deen ini. Peribadi beliau harus terus dihormati, namun pandangannya ini harus ditolak.

Mashizaki Keikan
-Ampang-
4/4/14
--
Disclaimer: Video yang saya kongsikan tersebut mungkin ada unsur-unsur negatif yang melabel pihak ustaz Don. Saya berlepas diri dari perihal tersebut. Saya cuma mengambil bahagian yang beliau sebutkan tentang Ikhwan dan Mesir.

3 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

bbet99 said...

"Dapatkan SUPER BONUS NEW MEMBER 150% dalam permainan dan mainkan permainan kesukaanmu hanya dalam 1 user id. Ikuti juga promo menarik lainnya yang kami sediakan hanya di bbet99.fun . 100% TERPERCAYA.
BOLA ONLINE
Agen Bola
Taruhan Bola"

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]