Pages

Tuesday, November 8, 2011

Qurban 03: Tarbiyatul Iman

...sambungan...


Matlamat Yang Jelas

Pengorbanan yang tidak mempunyai matlamat tidak membawa erti kepada pengkorban yang melakukan pengorbanan. Di dalam banyak ayat yang menuntut untuk berjuang, Allah pasti akan mendahulukan pengorbanan harta sebelum pengorbanan jiwa. Persoalannya, adakah pengorbanan harta lebih penting? Adakah cukup seseorang mengatakan, "aku dah beri hartaku pada jalan Allah, cukup lah tu. Allah pun sebut harta dahulu sebelum jiwa"?

Sesungguhnya menginfaqkan harta di atas jalan Allah merupakan satu permulaan yang baik untuk melatih dan menanam jiwa berkorban di dalam diri seseorang hamba. Mana tidaknya, "harta dan anak-anak merupakan perhiasan kehidupan dunia..." (al-Kahfi, 18:46). Sekiranya sifat cintakan dunia ini tidak dikikis sedikit demi sedikit, bagaimana apabila tiba masanya seruan jihad dilaungkan seseorang itu terasa mudah untuk berangkat berjuang?

Maka kerana ini hati perlu didik dengan tarbiyatul iman (didikan iman). Ia menjadi satu pra-syarat penting sebelum tuntutan-tuntutan yang lebih besar datang kepadanya. Ini jugalah yang ditunjukkan di dalam sirah Nabi Ibrahim AS sebelum beliau diperintahkan untuk menyembelih anaknya Ismail. Lihatlah dan renunglah ayat-ayat berikut: 
Dan (ingatlah) di waktu Ibrahim berkata kepada ayahnya, Aazar, "Adakah kamu menjadikan berhala-berhala itu sebagai Tuhan? Sesungguhnya aku mendapati kamu dan kaummu berada dalam kesesatan yang nyata." Dan demikianlah Kami memperlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) di langit dan bumi dan (Kami memperlihatkannya) agar dia termasuk orang yang yakin. Ketika malam telah gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Inilah Tuhanku", tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: "Saya tidak suka kepada yang tenggelam". Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: "Inilah Tuhanku." Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: "Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pasti aku termasuk orang yang sesat". Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar". Maka apabila matahari itu terbenam, dia berkata: "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan." (al-An'am, 6:74-79)
Dan ingatlah apabila Ibrahim berkata: "Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan yang mati." Tuhan berkata: "Apakah engkau tidak beriman?" Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku beriman), akan tetapi untuk memperkukuhkan keimananku" Tuhan berkata: "Maka ambillah empat ekor burung, dan jinakkanlah ia kepadamu (dan cincanglah ia). Kemudian letakkanlah setiap bahagian darinya (setelah dicincang) di atas gunung. Kemudian serulah ia, ia akan datang kepadamu dengan pantas. Ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana" (al-Baqarah, 2:260)
Sedangkan Nabi Ibrahim bertanya kepada Allah untuk menambahkan keteguhan imannya, apatah lagi kita sebagai umat pada akhir zaman. Tarbiyatul iman inilah yang kemudian akan mengakar di dalam hati, dan menggerakkan tubuh dan minda ke arah keredhaan Allah semata-mata;
"Apakah kamu tidak melihat bagaimana Allah mengambil perumpamaan kalimah tayyibah (LailahaillaLlah)? (Ia) seperti sebuah pohon yang baik, (yang mempunyai) akar yang kukuh dan tangkai menjulang tinggi ke langit." (Ibrahim, 14:24)
...bersambung...

No comments:

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]