Pages

Saturday, February 28, 2009

"Di mana al-mutahaabun dengan KemuliaanKu?"

Teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang Syeikh tentang sesuatu...

Terdapat seorang lelaki yang berangkat dari tempat tinggalnya menuju ke suatu destinasi. Lalu di dalam perjalanan tersebut dia terserempak dengan seorang lelaki yang tidak dikenali, dan lelaki tersebut bertanya,
"Ke manakah engkau ingin pergi?"
"Aku ingin berjumpa dengan saudaraku"
"Apa hubunganmu dengan lelaki tersebut? Adakah engkau mempunyai bisness dengannya? Bukankah warna kulitmu berbeza dengannya?"
"Bagus buatmu! Sesungguhya aku adalah Jibril, utusan Allah. Allah mencintaimu sebagaimana engkau mengasihi saudaramu itu!"

--

Terdapat satu golongan yang mulia di sisi Allah, ketika hari Qiyamat Allah bertanya tentang mereka;
"Di manakah (sedang Dia Maha Mengetahui) orang-orang yang saling mencintai dengan kemuliaanku? Pada hari ini, aku menaungi mereka di bawah nauganKu. (Iaitu) pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu!"
(Muslim)

--

Para syuhada' cemburu terhadap mereka, dan juga para ambiyai'. Siapakah yang tidak cemburu terhadap yang lain sedang kekasih Agungnya mengisytiharkan kasih-sayang dan cintaNya buat mereka?

Inilah antara kata-kata seorang Syeikh yang mampu menggegarkan hati seorang pendengar tatkala hatinya disibukan dengan urusan-urusannya.

Maka dengan rahmat Allah, Dia menyatukan hati kami dan mempertemukan kami disebabkan Islam yang ada di dalam hati kami.
"Dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu, ketika kamu bermusuh-musuhan dahulu lalu Dia menyatukan di antara hati-hati kamu. Maka kamu menjadi saudara disebabkan rahmat Allah tersebut..."
(Aali 'Imran, 3:103)

Adakah ada sesuatu yang lebih baik dari mendapat nikmat dari Allah dengan dikurniakan seorang saudara yang beriman? Lalu dengan keimanan tersebut, dia mengingatkan kita terhadap hal-hal keimanan? Bagaimana tidak mustahil hal yang Allah sebutkan sebagai sambungan kepada ayat tersebut, "...sedang kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Dia menyelamatkan kamu darinya..."? Padahal ia adalah suatu hal yang begitu mudah bagiNya.

Yang pada akhirnya, apabila individu-individu ini dibangkitkan di akhirat kelak, mereka diseru oleh Rabb Yang Maha Penyayang, "Di manakah orang-orang yang saling berkasih-sayang disebabkan KemuliaanKu?" Lalu, mereka mendapat naungan Allah SWT yang Maha Pemurah.

Sunday, February 15, 2009

Serangan Pemikiran Kuffar

Bismillahir Rahmani Rahim…

Di dalam post yang lalu (Palestin dan Peranan Kita) dan ketika timbulnya isu keganasan Israel di Gaza, saya telah menceritakan tentang masalah yang dihadapi oleh ummah. Iaitu tentang kelemahan (al-wahnu) yang ada pada individu-individu yang mengaku dirinya muslim. Kita mengingati kembali sebuah hadith yang disebutkan oleh RasuluLlah SAW: "…dan Dia mencampakkan ke dalam hati kamu al-Wahnu…" dan disambung lagi, "(al-Wahnu adalah) cintakan dunia dan bencikan kematian" (Abu Daud, Ibn Majah). Dari hadith ini, kita dapat melihat bahawa orang muslim kini; (1)tidak memiliki keimanan yang mendalam, (2)hatinya dicegkam oleh urusan dunia, dan (3)semangat jihad telah hilang sama sekali dari dada mereka kerana takutnya mereka kepada kematian. Tetapi persoalannya, bagaimanakah satu ummah yang pernah memegang tamadun dunia dan menjadi al-ustaziyatul alam (paksi utama dunia) boleh menjadi begitu teruk sekali keadaannya? Apakah sebab-sebab dan punca yang menyebabkan boleh terjadinya hal-hal yang disebutkan oleh RasuluLlah itu sehingga sebuah tamadun yang agung berjaya diruntuhkan?

Sememangnya apa menyebabkan bangsa muslimin ini lemah ialah diri mereka sendiri. Suatu ketika dahulu, ketika zaman-zaman perluasan dan penyebaran Islam ke seluruh dunia ummah ini adalah ummah yang kuat. Musuh-musuhnya terasa gerun terhadap mereka disebabkan kehebatan dan 'izzah yang ditunjukkan oleh para mujahid yang berjihad dan berda'wah di jalan Allah. Bahkan kegerunan tersebut umpama kegerunan yang dirasai saat berjumpa dengan seekor singa yang buas. Bangsa muslim pada ketika itu maju dengan lajunya membuat futuhat (pembukaan wilayah) dengan Islam yang mulia. Ruh jihad yang mengalir di dalam salur darah dan sendi-sendi para muslimin ketika itu begitu hidup sekali. Jika musuh-musuh Islam berhadapan dengan tentera Islam, nescaya kebiasaannya yang menang adalah tentera muslimin.

Tetapi setelah mengecapi manisnya berada di puncak dunia, ramai dari kalangan mereka yang mula terpesona dan terikat hatinya kepada kesenangan dan kemewahan dunia. Lagi-lagi golongan kepimpinan yang menaungi ummah pada ketika itu. Pada masa yang sama, musuh-musuh Islam sudah mula menyedari bahawa mereka tidak akan mampu menang dengan peperangan yang berlaku secara fizikal sahaja. Bagaimana suatu kaum yang takut mati, dan ingin mendapat tujuan dunia boleh menandingi sebuah ummah yang rakyatnya tidak takut mati, bahkan matlamatnya ialah Allah dan hari akhirat? Bagaimana mereka boleh menandingi sebuah bangsa yang cita-cita tertingginya adalah untuk menegakkan kalimah Allah atau syahid di atas jalan tersebut? Mereka mengatakan, "selagi mana adanya semangat jihad, selagi itulah kita tidak akan menang".

Lalu mereka merancang untuk berperang dengan cara-cara yang selain dari Ghazwatul ‘Askariyah (peperangan ketenteraan) untuk mengalahkan dan menguasai bangsa yang agung ini. Oleh itu, timbullah di benak fikiran mereka idea untuk melancarkan Ghazwatus Siyasiyah (peperangan politik), Ghazwatul Iqtisadiyah (peperangan ekonomi), dan juga Ghazwul Fikri (peperangan pemikiran). Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjauhkan ahli bangsa muslim ini dari al-Qur’an dan as-Sunnah sehinggakan kesetiaannya tidak lagi kepada Allah dan Rasul, tetapi kesetiaan itu diberikan kepada kaum kuffar. Mereka ingin menentang dan menjatuhkan sebuah ummah yang kuat dengan mencabut serta membuang sumber kekuatan itu dari dada umat Islam.

Dengan terlancarnya Ghazwul Fikri terhadap umat ini, kaum kuffar berjaya menghancurkan pemikiran bangsa muslim. Kita dapat melihat kesannya di depan mata kita, walaupun di dalam universiti ini sendiri. Dahulu bangsa muslimin banyak disibukkan pemikiran mereka terhadap urusan-urusan yang besar, dan jiwa mereka jarang dilalaikan dari hal-hal yang kecil. Mereka berjuang di atas jalan Allah dengan sebenar-benar juang, al-Qur’an dihafaz sejak dari umur yang kecil lagi, dan remaja-remaja hatinya cinta kepada berjihad di jalan Allah. Tercatat di dalam sejarah, seorang pengintip barat telah terjumpa dengan seorang remaja yang menangis di tepian jalan. Remaja tersebut ditanya, "Mengapa engkau menangis wahai anak?" lalu dia menjawab, "Ibuku tidak membenarkan aku keluar berjihad dengan mujahidin, selagi mana aku belum menghafaz al-Qur’an… Aku ingin berjihad sekarang…". Begitu murni dan mulia sekali pemikiran remaja muslim ketika itu. Mereka disibukkan dengan cita-cita menguasai al-Qur’an dan syahid di atas jalan Allah. Tetapi sekarang, jika terjumpa seseorang yang bernangis di tepian jalan mereka akan mengatakan "Aku telah ditinggalkan oleh pasanganku…". Neraca pemikiran para pemuda ummah telah berubah dari hal yang besar kepada hal yang remeh.

Usaha-usaha yang dilancarkan oleh barat dan kaum kuffar bertambah subur dengan pelancaran hari-hari peristiwa seperti Valentine's day. Disebabkan kejahilan yang menimpa umat Islam, mereka turut menyambut hari Valentine. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa peristiwa ini bertentangan dengan aqidah Islam. Maka hasilnya, ramai yang melihat hari tersebut sebagai hari kekasih dan ini membawa mereka untuk berpacaran bersama-sama dengan pasangan mereka, walaupun mereka belum lagi diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah. Hal ini membawa kepada kehancuran akhlak di kalangan pemuda-pemuda khasnya pemuda Islam. Kerana deen (agama) ini mengajar supaya setiap muslim menjauhi zina.

Apabila perbuatan menyambut hari Valentine dan juga hari-hari yang lain menular dan menjadi kebiasaan, ia menjadi petunjuk bahawa pemikiran masyarakat kita telah dirosakkan oleh barat dan kaum kuffar. Secara tidak langsung, musuh-musuh Islam berjaya menjalankan salah satu dari agenda mereka untuk menjauhkan umat Islam dari al-Qur’an dan as-Sunnah, bahkan membuat perkara-perkara yang dengan terang bertentangan dengan apa yang terdapat di dalam kedua-dua sumber tersebut.

Selain dari itu, Ghazwul Fikri ini telah berjaya melarutkan keperibadian seseorang muslim. Ini bertepatan dengan apa yang Allah sebutkan: "Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolong(mu), hingga mereka berhijrah pada jalan Allah. Maka jika mereka berpaling, tawan dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil seorangpun di antara mereka menjadi pelindung, dan jangan (pula) menjadi penolong" (an-Nisa', 4:89). Terlarutnya keperibadian seorang muslim sehinggakan mereka menjadikan musuh-musuh Islam sebagai penolong dan pelindung.

Bahkan hasil dari serangan yang telah dilancarkan ke atas pemikiran umat Islam, ramai yang telah murtad dan meninggalkan agamanya. Dalam sesetengah keadaan, ada individu-individu yang tidak terhenti sekadar murtad berkeseorangan, mereka turut mengajak dengan bangganya kepada orang lain untuk turut murtad dari deen Islam, dengan alasan konon-kononnya mereka telah mendapat "hidayah" dari "Tuhan". Allah telah berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, niscaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi" (Aali 'Imran, 3:149).

Wahai saudara pembaca yang budiman, kita ingin agar kita kembali menjadi ummah yang gemilang. Kita ingin agar kita kembali menjadi al-Ustaziyatul ‘alam, tetapi bagaimanakah kita boleh kembali kepada keadaan tersebut sekiranya kita tidak membebaskan seluruh pemikiran kita, jiwa kita, dan jasad kita dari dicengkam oleh musuh-musuh Islam. Marilah kita mengembalikan masyarakat kita kepada Allah SWT tanpa sebarang syaratpun. Kita ingin agar iman yang mendalam kembali memenuhi hati ummah, tetapi persoalannya bagaimana?

Sebagai kesimpulan, ar-Rasul telah menyebut: "Aku meninggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada dua perkara ini, iaitu Kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah nabiNya" (Malik, al-Muwatto').

Saturday, February 7, 2009

Ketulenan Hati

Sesungguhnya ini adalah satu peringatan, buat diri yang selalu lupa. Adakah kau ingat dirimu itu terlalu baik? Atau hatinya terlalu lembut? Atau imanmu sudah terlalu tinggi? Sehinggakan peringatan yang keras itu tidak menjadi keperluan lagi bagimu?

Fikirlah dan fahamilah dengan hati yang lembut...
Resapilah ruhnya..!

Wahai diri!

Sungguh!
Dirimu tidak selamat.

Kerana sang musuh azalimu sentiasa mempunyai keazaman yang tinggi dan tekad yang kuat untuk menumpaskanmu. Lagi-lagi ketika dia membuat perjanjian dan bersumpah di hadapan Tuhanmu, bahawa "Pasti aku menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus, kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dan dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan engkau tidak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur": (716-17).

Iblis yang zalim lagi dilaknat telah dari dahulu lagi berusaha untuk menyesatkan manusia. Adakah, wahai diri yang lena, engkau ingin termasuk golongan yang disesatkan itu? Lalu dengan kesesatan itu, engkau tidak mendapat sebarang petunjuk dari hidayah dan taufiqNya?

Tidak!
Jangan sesekali begitu!

Dan kemudiannya, tidak lagi!
Jangan sesekali begitu!

Jadilah olehmu orang yang ikhlas... Iaitu orang yang disebutkan oleh Iblis (sebagai pengecualian): "...melainkan hamba-hambaMu yang ikhlas" (15:40). Sungguh Iblis dan bala tenteranya tidak langsung berkuasa ke atas mereka yang ikhlas. Kerana sememangnya mereka tidak mempunyai kekuasan pun, melainkan kekuatan yang Allah berikan kepada mereka.

Ingatlah wahai diri!
Sesungguhnya hidupmu adalah dalam da'wah.
Tetapi kerjamu tidak memastikan apa yang engkau perbuat bakal diterima oleh Allah. Ingatlah tentang suatu kisah, tentang seorang sahabat Nabi yang telah berhijrah bersama-sama baginda SAW. Sahabat tersebut telah melakukan satu amal yang sungguh mulia, kerana beliau telah berhijrah dan secara langsung beliau tergolong dalam golongan muhajirin. Tetapi, disebabkan niatnya adalah untuk mengahwini seorang wanita yang dikasihinya maka apa yang diperoleh adalah berdasarkan apa yang diniatkan, "Sesungguhnya setiap amalan adalah dengan niat, dan setiap individu dinilai berdasarkan niatnya" (Bukhari dan Muslim).

Wahai diri, engkau mengetahui bahawa hijrah adalah suatu kemuliaan, dan penghijrah itu adalah orang-orang yang mulia, kerana Allah sering mengulang-ulang dan menyebut-nyebut tentang kaum muhajirin di dalam kitabNya yang Agung, "Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar, dan dari orang-orang yang mengikuti mereka dengan kebaikan, Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha terhadap Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungia-sungai. Mereka kekal di dalamnya, itulah kemenangan yang agung" (9:100). Tetapi, melakukan sesuatu yang disyari'atkan tidak menjamin amal itu diterima Allah.

Ketahuilah bahawa al-ikhlas adalah satu syarat yang penting agar amal yang dilakukan diterima Allah. Ketahuilah juga bahawa ianya haruslah selari dengan apa yang telah digariskan di dalam syari'at. Hanya dengan kedua-dua ini amalmu akan diterima kelak.

Wahai pemilik hati yang hidup!

Khalis adalah ketulenan.

Sebuah bekas madu yang dijual kepada orang, tetapi telah dicampur dengan air walau sedikit tidak disebut sebagai suatu yang khalis. Khalis ialah suatu keadaan apabila madu di dalam bekas tersebut benar-benar tulen dan tidak tercampur dengan walau sedikitpun bahan campuran yang lain, melainkan ianya hanya madu sahaja. Begitulah seperti yang digunakan dan difahami oleh orang Arab. Sesuatu itu tidak dinamakan khalis jika ia tidak tulen.

Begitu juga dengan niatmu. Niatmu perlu khalis kepada Allah. Sesungguhnya kemuliaan da'wah dan kebaikannya, tidak akan sampai kepada dirimu jika hatimu tidak dikhaliskan dari sebarang tujuan lain selain Allah. Juga hanya dengan penulenan yang hakiki engkau akan selamat di dalam peperangan abadi antara hamba-hamba Allah dengan kelompok syaitan.

Ketidak-ikhlasan adalah syirik, dan syirik adalah dosa yang sangat besar. "Sesungghnya Allah tidak mengampunkan dosa-dosa syirik, kecuali dosa-dosa yang selain dari itu..." (4:48). Tidak dinafikan bahawa syirik bahagian ini adalah syirik yang khafi atau tersembunyi. Yang kadangkala ada masanya engkau tidak sedar bahawa dirimu telah mensyirikkanNya, tetapi, wahai diri, berusahalah dan sentiasa perbaharui hatimu. Agar engkau sentiasa mendapat peliharaan Allah SWT dari syaitan yang dikeji.

Dan akhirnya, istiqamahlah engkau di dalam hidupmu dengan berpegang kepada kalimah ikhlas, bahawa "Tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruhnya". Seseorang yang ikhlas akan tetap beristiqamah dengan amalnya apabila dia diuji, dan perasaan syukur kepada Allah SWT akan berputik di hatinya jika ujiannya berupa kesenangan. Dengan demikian mudah-mudahan, wahai diri, ia menjadi petunjuk bagimu untuk mengetahui keikhlasan dirimu sendiri. Kerana Allah telah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan; Tuhan kami adalah Allah, kemudian mereka beristiqamah, maka tidak ada ketakutan ke atas mereka dan tidak mereka bersedih" (46:13).

Khallasu!
Tulenkanlah dirimu!

Sunday, February 1, 2009

Muhammad Hamid Abu An-Nasr

Muhammad Hamid Abu Nasr
Mursyidul 'Am ke-4 Ikhwanul Muslimin

Kehidupannya

Muhammad Hamid Abu An-Nasr, lahir pada tanggal 25 Maret 1913, di kota Manfaluth, propinsi Asyuth, Mesir. Sebuah daerah yang tumbuh di dalamnya Muhammad Hamid Abu An-Nasr, yang didirikan oleh kakeknya yang bernama Abu An-Nasr; seorang yang alim, Azahriy (ulama al-Azhar), penyair dan penulis dan merupakan salah satu pencetus kebangkitan kesusasteraan di Mesir di era Khadiwi Ismail, ikut juga berpartisipasi dalam penyusunan revolusi Arab, dan akhirnya Al-khadiwi Taufiq memutuskan untuk menentukan tempat tinggalnya di Manfelot , namun kemudian disingkirkan dengan cara diracun dan pada akhirnya meninggal pada akhir 1880.

Muhammad Hamid Abu Nasr hidup dalam keluarga yang kuat dengan kehidupan agama, sastra, dan politik. Dan hal tersebut diterjemahkan dalam partisipasinya mendirikan asosiasi keagamaan, dan forum kesusasteraan dan berpartisipasi dalam sistem politik; sehingga beliau dipercaya menjabat sebagai Amin mali (bendahara) Asosiasi Pemuda Islam, dan Ketua Asosiasi Reformasi Sosial Masyarakat dan anggota Komite Sentral delegasi di Manfelot.

Pada tahun 1933 menerima sertifikat kompetensi, dan menjadi anggota dari Asosisasi Reformasi Sosial Masyarakat di Manfalout tahun 1932, dan anggota dari Syubbanul Muslimin tahun 1933, dan Pada 1934 - 1935 M melallui temannya al-marhum ustadz Mohamed Abdul Dayem mendapat kabar bahwa mursyid pertama Ikhwanul Muslimin Hassan al-Banna akan berkunjung ke Jam’iyyah Syubbanul Muslimin di Asyuth, lalu beliau berbicara melalui telepon dengannya dan memintanya untuk untuk mengunjungi Manfalut untuk menyampaikan pidatonya disana. Dan setelah menyampaikan pidatonya mereka bertemu dan berdikusi bagaimana caranya mengembalikan umat Islam kepada Islam yang benar, dan saat itu beliau berkata kepada Imam Hasan Al-Banna berkata; namun hal ini bukanlah cara yang tepat untuk mengembalikan umat Islam pada masa keemasan dan kemuliaan masa lalu, beliau -Hasan Al-Banna- berkata kepadanya: jadi menurutmu bagaimana? Dan pada saat itu Muhammad Hamid Abu Nashr, berkata:” Saya pada waktu itu sangat berjiwa muda, dan senjata tidak pernah lepas dari saya seperti dalam menyambut pengunjung yang mulia yang saya cintai sebelum saya melihatnya. Saya berkata kepadanya: jadi satu-satunya cara untuk kembali kepada kemuliaan umat seperti masa lalu adalah ini… saya menunjukkan kepadanya senjata. Lalu beliau beliau turun dari tempat tidurnya seakan mendapatkan jawabannya, dan mendapatkan apa yang diinginkan, dan beliau berkata kepada saya: kemudian apa lagi? … bicaralah… lalu saya mendapatkan ucapan sebagai jawaban darinya dengan jelas, sambil mengeluarkan mushaf dari kopernya. Beliau berkata: apakah kamu mau berjanji dengan dua ini; mushaf dan senjata? Saya berkata: ya, dengan penuh kekuatan dan perasaan… dan saya tidak mensifatinya, kecuali karena karunia Allah yang berlimpah, dan kebahagiaan yang abadi yang di inginkan Allah melalui ilmu-Nya. Dan setelah selesai berbaiat dengan bentuk seperti tadi. Secara santai imam Hasan Al-Banna berkata: selamat, semoga Allah memberkahi, inilah awal kemenanganmu”.

Dakwah beliau
  1. Ustadz Muhammad Hamid bertemu dengan imam Syahid Hasan Al-Banna, pendiri dakwah Ikhwanul Muslimin di akhir tahun 1933, dan membaiatnya untuk bekerja di jalan Allah di bawah bendera dakwah yang penuh berkah ini.
  2. Ustadz Muhammad Hamid adalah orang yang pertama kali bergabung pada barisan dakwah Ikhwanul Muslimin di daerah perkampungan Mesir.
  3. Menjadi ketua cabang di Manfaluth hingga menjadi anggota dalam lembaga pendiri (majelis syura), kemudian setelah itu menjadi anggota maktab Irsyad umum jamaah.
  4. Menghadapi penangkapan dan penjara serta dijatuhi hukuman pada tahun 1954 dengan hukuman kerja paksa selama 25 tahun, dan berlalu hukuman padanya 20 tahun di penjara Mesir dalam keadaan tegar dan kuat tidak pernah luntur dan gentar dalam berdakwah dan tidak pernah lunak walau terus berhadapan dengan rintangan, cobaan dan fitnah, sehingga beliau keluar dari penjara pada tahun 1974 untuk melanjutkan kontribusi dan jihadnya untuk meninggikan bendera Islam.
  5. Beliau terus melakukan dakwah dan kepemimpinannya hingga beliau diangkat menjadi mursyid am Ikhwanul muslimin menggantikan ustadz Umar At-Tilimsani pada tahun 1986.
Ustadz Muhammad Hamid adalah orang pertama yang selalu menemani pendiri jamaah Ikhwanul Muslimin, dan menjadi penopang harakah pada tahun 30-an, hidup bersamanya dalam penuh ujian bahkan berbagai rintangan dengan penuh kesabaran dan ikhlas, tidak pernah luntur azimahnya walau harus hidup di penjara, dan tidak pernah melemah walau harus berhadapan dengan kerasnya fitnah dan cobaan, sehingga beliau menjadi qudwah dalam keikhlasan dan kejujuran iman.

Beliau memenuhi janjinya dalam berbaiat, bersungguh-sungguh dalam ide dan pikirannya, membawa dengan gigih amanah risalah sekalipun telah berumur 80 an tahun..

Salah seorang penulis Islam berkata: “Saya melihatnya beliau adalah sosok yang memiliki fanatisme keimanan, berjiwa dan semangat muda, berani seperti pahlawan, bijaksana laksana syeikh, kaya akan pengalaman, penuh dengan cahaya iman, memiliki kasih sayang laksana orang tua, kecintaan laksana seorang al-akh, interaksi yang jujur laksana seorang sahabat, memiliki bimbingan laksana seorang guru, kebaikan yang memberikan teladan, keikhlasan sang murabbi, selalu memberi dengan penuh wibawa dan kharisma, akhlaq yang mulia, seakan sosok yang memiliki kesempurnaan, tampak pada wajahnya menghadapi kegamangan dakwah dengan penuh kesungguhan dan optimisme, dengan akhlaq yang mulia, penuh kasih sayang, cinta, wibawa, dermawan, ikhlas dan kebapakan”.

Beliau adalah saksi sejarah pada masanya yang secara sempurna menceritakan peristiwa dan kejadian yang dialami, dan bagaimana berpegang teguh pada dakwah di tengah masyarakat dan politik terakhir kali hingga masuk pada dewan kota dan desa, di bawah kehidupan parlemen, hidup pada masa yang penuh tipu daya, fitnah, mengada-ada dan penuh rekayasa, berhadapan dengan vonis dan tuduhan-tuduhan lainnya. Beliau adalah teladan dalam berbagai sikap walau tubuhnya semakin melemah oleh karena banyaknya ujian, siksaan dan usia, hingga akhirnya beliau kembali kepada yang Maha Kuasa, bertemu dengan Rabb-nya setelah memberikan pengorbanan dengan jiwa dan ruh dengan penuh jihad, gigih, sabar dan memenuhi janji dalam dakwah.

Ikhwan Pada Masa Kepemimpinannya

Jamaah Ikhwanul Muslimin di bawah kepemimpinan ustadz Muhammad Hamid berhadapan dengan banyak peristiwa terutama dalam kancah politik, secara kongkret pada masa beliau tokoh-tokoh yang muncul dalam pemilihan persatuan profesi, club-club pendidikan pada universitas dan lembaga-lembaga sosial lainnya.

Jamaah Ikhwanul Muslimin pada masa kepemimpinannya ikut turun dalam pemilu anggota dewan tahun 1987 dan berkoalisi dengan partai al-amal dan al-ahrar, sehingga berhasil memasukkan 36 orang anggota Ikhwan menjadi anggota parlemen. Dan untuk pertama kalinya sepanjang sejarah Ikhwanul Muslimin masuk ke DPR dan menjadi pemimpin oposisi dalam bentuk yang kongkret, sebagaimana saat itu jamaah ikut dalam melakukan perbaikan majelis syura pada tahun 1989, dan mengikuti pemilu parlemen pada tahun 1990 dan bersama-sama ikut menjadi oposisi dengan partai-partai lain dalam menentang terus diterapkannya undang-undang darurat dan tidak adanya jaminan yang cukup untuk dilangsungkannya pemilu yang bersih… dan pada tahun 1992 jamaah Ikhwanul Muslimin juga ikut dalam pilkada yang ada di Mesir.

Dan pada tahun 1993 pemimpin jamaah menolak pengangkatan presiden Husni Mubarak untuk yang ketiga kalinya sehingga membuat marah pemerintah saat itu, dan memasukkan 82 orang dari pimpinan Ikhwanul Muslimin pada daftar yang akan diajukan ke mahkamah militer pada tahun 1995, dan menjatuhkan hukuman penjara terhadap 54 orang dari mereka dalam persidangan ilegal. Kemudian Ikhwanul muslimin juga ikut dalam pemilihan majelis syura (MPR) yang dilaksanakan pada tahun 1995.

Aktivitas politiknya

Abu An-Nasr pada awal kehidupannya telah ikut serta dalam amal sosial dan amal-amal Islami lainnya, sehingga beliau dapat mencapai berbagai jabatan penting, seperti sebagai:
  1. Anggota dalam jam’iyah Islah ijtima’i di Manfaluth, tahun 1932
  2. Anggota jam’iyah syubbanul muslimin, tahun 1933
  3. Anggota jamaah Ikhwanul Muslimin pada tahun 1934
  4. Anggota maktab irsyad jamaah Ikhwanul Muslimin.
  5. Mursyid am Ikhwanul Muslimin setelah meninggalnya Umar At-Tilimsani, tahun 1986

Berada dalam penjara

Abu Hamid Abu An-Nasr bersama dengan kawan-kawannya dari maktab Irsyad serta yang lainnya dari anggota jamaah Ikhwanul Muslimin ditangkap pada tahun 1954 saat terjadi bentrokan revolusi Mesir dengan jamaah Ikhwanul Muslimin dan dijatuhi vonis dengan hukuman kerja paksa seumur hidup. Dan beliau tetap ditahan hingga akhirnya dibebaskan pada masa presiden Anwar Sadat.

Kembali dalam kancah politik dan dakwah

Setelah keluar dari penangkapan, beliau kembali pada aktivitas dakwah dalam jamaah Ikhwanul Muslimin, dan kemudian dipilih menjadi mursyid Ikhwanul muslimin setelah ustadz Umar At-Tilimsani meninggal pada tahun 1986. Dan pada masa kepemimpinannya banyak anggota Ikhwan yang masuk dalam parlemen dan menjadi anggota dewan Mesir, dan jamaah menyaksikan akan perkembangan dan kemajuan yang gemilang pada masa kepemimpinannya.

Wafatnya

Muhammad Hamid Abu An-Nasr wafat dalam usia 83 tahun, yaitu tepat pada hari sabtu pagi tanggal 20 Januari 1996.

Buku-buku karangan beliau
  1. Hakikat al-khilaf baina “Al-Ikhwan al-muslimin” wa Abdul Nasser.


Sumber: www.al-ikhwan.net

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]