Pages

Thursday, October 30, 2008

Harapan Yang Tinggi

Sebuah olahan dari kefahaman maratib amal Ikhwanul Muslimin yang di-repost semula dari arkib.
--
Islam yang tulen.

Adalah sesuatu yang diharapkan oleh golongan yang terbaik agar ummahnya berpegang kepada perkara tersebut. Tetapi persoalannya, siapakah golongan orang yang terbaik itu? Dan apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam yang tulen? Untuk menjawab persoalan pertama, kita sudah tentu sangat familiar dengan satu firman Allah yang telah menyatakan:

Maka siapakah yang lebih baik kata-katanya selain dari orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh, lalu berkata; "Sesungguhnya aku termasuk orang yang berserah diri"?
(Fussilat, 41:33)

Dan juga Allah menyebut:

Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, amar ma'ruf dan nahi mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
(Aali 'Imran, 3:104)

Maka mereka ini golongan du'at (penyeru) yang mengajak kepada Allah, mereka beriman kepada Allah dan membenarkan apa yang ada di dalam hati mereka dengan mengerjakan amal sepertimana yang disebutkan di dalam kedua ayat di atas itu. Mereka inilah golongan orang yang menjadi murabbi (pendidik) kepada ummah mereka. Mereka ini jugalah yang akan menjadi saksi ke atas manusia keseluruhannya manakala ar-Rasul menjadi saksi pula ke atasnya seperti yang telah dijelaskan oleh Allah di dalam kitabNya yang agung (2:143).

Tidaklah mereka menyeru manusia kepada Allah melainkan mereka itu mempunyai suatu perasaan kasih sayang yang sangat kuat kepada ummah mereka, lalu dengan perasaan kasih itu mereka menggerakkan segala tenaga yang ada pada mereka untuk berjihad di atas jalan Allah. Kerana mereka meyakini akan suatu hakikat yang pernah disebut oleh ar-Rasul SAW:
"Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslimin, maka dia bukan termasuk dari kalangan mereka."
(at-Tabrani²)

Dan mengetahui hakikat ini, da'wah itu menjadi satu kewajipan yang pasti bagi mereka untuk mengeluarkan ummah ini dari kehinaan yang menimpa lantaran suatu kelemahan yang disebut oleh RasuluLlah SAW sebagai al-Wahnu. Apakah dia al-Wahnu? Ia adalah cintakan dunia dan bencikan kematian, suatu hal terjadi lantaran kegersangan si hamba Allah yang bergelar muslim dari keimanan yang mendalam.

Golongan da'i ini berhempas pulas untuk mengembalikan ummahnya kepada Islam yang tulen. Dan apakah pula Islam yang tulen? Sudah tentu Islam yang tulen itu adalah Islam sepertimana keislaman yang dianuti RasuluLlah SAW, para sahabatnya dan golongan salafussoleh. Iaitu penyerahan diri secara total kepada Allah dan Rasulnya, serta mengimani dan mengamalkan segala tuntutan di dalam syahadatayn³.

Dengan memahami makna syahadatayn dan tuntutan-tuntutannya, seorang murabbi itu berusaha dengan sedaya upayanya mengeluarkan ummahnya dari kegelepan dan kezaliman sesuai seperti kata Rabi' bin Amir kepada Rustum:
Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami bebaskan (merdekakan) manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.
(Qisah)

Atas dasar kasih dan sayang kepada ummahnya, lalu dia mensasarkan untuk mencari mutarabbi (yang dididik) yang akan dibentuk dengan sibghah (celupan) Allah; "Celupan Allah. Siapa yang lebih baik celupannya daripada Allah?" (2:138). Dan hanya selepas bersusah-payah, berpusing-pusing dan bermain-main dengan si mutarabbi setelah sekian lamanya barulah ikatan hati itu terbentuk di antara mereka sesuai dengan apa yang Allah sebut; "Dan Allah mensatukan hati mereka" (8:63). Dan hanya selepas itu program takwin (pembentukan) yang halus dapat dimulakan. Maka berlalulah ia dengan takwinnya dengan melalui siri-siri program Qur'ani yang Rabbani.

Takwin, adalah satu proses yang sangat panjang yang susah lagi payah untuk ditempuh oleh seorang murabbi. Ia merupakan suatu hal yang sangat memerlukan kesabaran, dan tidak lain dan tidak bukan, kesabaran dan ketaqwaan kepada Allah adalah di antara bekalan yang paling penting. Seperti halnya yang Allah sebutkan "Dan berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa" (2:197). Akan tetapi kesusahan itu ditepisnya di dalam pemikirannya kerana meyakini hal-hal yang disebutkan di dalam al-Qur'an dari janji-janji Allah yang manis dan benar, lagi mahar-maharnya yang mahal.

Sang murabbi yang dirinya sendiri pernah melalui fasa-fasa yang sama telah melihat dan memerhatikan keadaan ummahnya yang terdahulu, setelah ia jatuh di dalam tangan sekularisma dan tangan puak kuffar, melihat bagaimana lemahnya ummah ketika itu. Mereka ditindas di sana dan di sini, dan mereka terumbang-ambing umpama buih di lautan. Dan keyakinannya pada ayat Allah ini mendorongnya dengan lebih kuat untuk beramal dan melakukan takwin kepada mutarabbinya:

Dan sekiranya kamu berpaling, Dia akan menggantikan (kamu) dengan suatu kaum yang lain, dan mereka tidak akan (derhaka) seperti kamu.
(Muhammad, 47:38)

Dengan proses takwin itu, dia berharap agar mutarabbinya dapat dibentuk karakteristiknya sehingga ia menjadi seorang individu muslim yang sempurna, yang memiliki ciri-ciri yang pernah saya sebutkan di dalam post "Ciri Yang Ingin Kita Capai" (16 Feb 2008) dan dihuraikan dengan ringkas di bawah label 10 Ciri Individu Muslim dengan beberapa siri postings. Disebutkan secara ringkas di sini; mutarabbi tersebut faham dengan perkara-perkara asas dalam Islam, lalu menterjemahkannya dalam bentuk amal. Dia mendirikan solat dan bukan membuat solat. Dia membaca al-Qur'an dan berusaha memahaminya, tidak seperti sami yang mengucapkan mantera-mantera yang tidak boleh difahami maknanya. Dia sentiasa menjadikan amal soleh suatu rutin hariannya, yang dilakukan secara berterusan dalam keadaan yang bukan "hangat-hangat tahi ayam". Dia melakukan amal-amal yang dapat mendekatkan dirinya dengan Allah dan bermacam-macam lagi yang mana semuanya itu dalam rangka membina iman yang mendalam di dalam dirinya serta mendekatkan diri kepada Allah; "dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya" (5:35).

Setelah berjaya membina iman yang mendalam di dalam diri, sudah tentu si mutarabbi akan mempunyai satu keimanan yang mendorongnya untuk mencari pula mad'u (orang yang diseru). Yang dengan mad'u tersebut dia pula belajar membina orang, dan akhirnya dia berjaya mengumpulkan satu peringkat mutarabbi yang baru yang dikumpulnya di dalam satu keluarga atau usrah. Kali ini gilirannya pula membina orang sambil pada masa yang sama turut berdiskusi dengan sang murabbinya tentang skill-skill menangkap hati mad'unya yang baru. Si mutarabbi ini pula mencuba dan mencuba sehingga dia berjaya membawa satu usrah yang muntijah (berhasil) seperti mana usrah yang diikutinya, akan tetapi dia akan mula berasa tidak puas dengan itu bila masanya sampai.

Bila masanya sampai, dia akan mula melalui fasa-fasa yang akan timbul di hatinya untuk berkahwin dan membina sebuah Baytul Muslim (rumah tangga muslim atau BM). Yang mana dia meyakini akan suatu hadith yang berbunyi:

"Apabila berkahwinnya seorang hamba, maka dia telah menyempurnakan sebahagian dari deennya, maka bertaqwalah kepada Allah untuk sebahagian yang baki itu"
(Hadith)

Mutarabbi yang telah didik ini juga meyakini suatu hadith yang lainnya:
"Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu."
(Bukhari dan Muslim).

Dan hasil dari keyakinannya itu, dia memilih orang-orang yang berada di atas jalan ini, iaitu jalan da'wah. Dan mereka itu sama-sama faham tentang keperluan amal Islami, mereka sama-sama faham tentang Islam yang tulen, mereka sama-sama mengerti hakikat jalan ini dan mereka itu sama-sama mengikuti program tarbiyah dan takwin yang sama. Bukan disebabkan ingin mengambil kesempatan mencari orang baik di atas jalan da'wah tetapi kerana meyakini bahawa tidak lain dan tidak bukan orang yang deennya baguslah merupakan suatu sunnah atau tuntutan dari Nabi untuk dicari, dan tidak lain dan tidak bukan berkahwin dengan orang yang sekufu dengannya di atas jalan da'wah ini adalah sebagai kesinambungan dari jalan da'wah yang telah dilaluinya pra-perkahwinannya.

Tentang hakikat ini, sang murabbi sering mengingatkan sang mutarabbi bahawa jalan da'wah adalah jalan yang panjang dan berkesinambungan, dan kesinambungannya bukan terhenti di pembinaan peribadi muslim sahaja tetapi ia berterusan pula kepada Baytul Muslim, yang kemudiannya kepada Masyarakat Muslim dan seterusnya, seperti yang telah dijelaskan oleh al-Ustaz Hassan al-Banna di dalam Risalah Ta'alim (dan dipendekkan oleh saya di dalam bentuk peta minda).

Seorang murabbi akan sentiasa mengingatkan "anak-anak" usrahnya agar ingat dan meyakini bahawa seandainya orang yang tidak berada di atas jalan da'wah dipilih, ia mungkin menjadi musabbab kepada terhentinya da'wah ketika sudah berada di alam yang baru. Lalu dengan itu, dia menguruskan buat "anak"nya yang tersayang itu, sehinggakan dia itu dipertemukan dengan orang-orang yang berada di dalam sistem yang sama dan dikahwininya atas dasar iman dan deen seperti yang disebut Baginda SAW di dalam hadithnya. Hasil dari itu, perkahwinan adalah perkahwinan yang diberkati dengan keduanya saling ditemukan atas dasar iman dan penyempurnaannya.

Dan nikah tidak dijadikan sebagai matlamat bahkan hanya sebagai alat. Maka dengan memahami hakikat ini, dia berusaha bersama zaujahnya (pasangannya) untuk mendirikan Baytul Muslim, bukan sekadar membuatnya. Umpama kayu yang diproses untuk membina rumah, tetapi bila ia tidak didirikan atau digunakan nescaya kayu yang telah diproses tersebut akan reput dek masa yang berlalu pantas. Dari keduanya ini lahirlah generasi baru yang suci, dan membesar di dalam keluarga yang mengamalkan Islam sepenuhnya, andai ia didirikan. Dan si ibu bapa memainkan peranan yang penting di dalam mentarbiyah anak-anaknya dengan tarbiyah Islamiyah yang sebenar.

Mutarabbi kini tidak lagi bergelar mutarabbi bahkan dia sudah menjadi murabbi, sejak mempunyai usrah yang pertama yang dibawanya. Kini dia mempunyai dua usrah; mad'unya dari kalangan orang yang terbina tautan hati melalui proses da'wah fardiyah (da'wah individu) dan keluarganya yang terikat di dalam Baytul Muslim yang penuh barakah. Daripada kedua-dua usrah inilah berkembangnya da'wah dan berkembangnya ia sehingga terbentuk Masyarakat Muslim.

Masyarakat Muslim inilah pula yang berusaha sedaya upaya mereka untuk membebaskan watan (tanah air) mereka dari dijajah oleh bangsa-bangsa kuffar. Pembebasan masyarakat dari kehinaan dilakukan bukan dari satu sudut sahaja bahkan dari sudut-sudut yang syumuliyah (menyuluruh). Iaitu dengan membebaskan mereka secara fizikalnya dan secara fikri (pemikiran) dari penjajah yang jahat. Tetapi keutamaan ditumpukan kepada pembebasan secara fikri dahulu seperti yang banyak berlaku di dalam sejarah negara Muslim. Dan sunnah ini sendiri ditunjukkan di dalam sunnah Baginda SAW.

Pembebasan demi pembebasan diusahakan dengan sepenuh jiwa dan raga, dan da'wah dibuat tanpa kenal penat dan lelah. Juga dengan membuang makna jemu dan malas dari kamus hidup seorang pejuang yang berjuang di atas jalanNya. Masyarakat generasi al-Qur'an itu menggerakkan seluruh anggotanya untuk melakukan takwinul ummah (pembentukan umat) dengan melalui perkara-perkara asas seperti yang disebutkan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, pembebesan dari pengaruh barat sahaja tidak mencukupi kerana pernah ada satu kata-kata yang sangat bermakna, "Kejahatan yang terancang akan mengalahkan kebaikan yang tidak terancang". Dan hal ini sangat bertepatan dengan ayat yang disebutkan oleh Allah di dalam Qur'an yang agung:
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di atas jalanNya (dalam keadaan) bersaf-saf seperti binaan yang kukuh.
(as-Saff, 61:4)

Oleh itu, menjadi suatu kewajipan untuk mereka ini membentuk satu organisasi yang tersusun untuk memimpin negara yang telah dibebaskan ini. Dan di bawah kepimpinan yang tersusun rapi inilah terbentuknya sebuah kerajaan yang Islami yang dengan keislamannya dipercepatkan lagi proses-proses takwinul ummah dan lain-lain proses yang asasi. Dengan menekankan aspek tarbawi dan pada masa yang sama memimpin masyarakat ke arah perubahan dan pengislahan total dari kuasa-kuasa barat kepada keimanan kepada Allah, "Kebajikan itu bukanlah dengan menghadapkan wajahmu ke timur atau ke barat" (2:177).

Dengan meyakini bahawa al-Fath itu semakin dekat, "pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat" (as-Saff, 61:13), setiap individu yang berjuang di atas jalan da'wah ini juga meyakini bahawa bukan di tempatnya sahaja yang berlaku da'wah dan pengembangan Islam, tetapi ianya berlaku di seluruh pelusuk dunia. Di mana-mana sahaja, termasuk di barat sekalipun terdapat usaha-usaha takwinul ummah dan pengislahan. Maka apabila majoriti dari tanah air ini telah diperbaik kerajaannya, maka kemudiannya mereka ini bersatu di bawah satu kepimpinan, yang suatu ketikanya pernah dikenali sebagai khalifah.

Dan saat ini akan tiba, dan tanpa sebarang keraguan lagi seperti sebuah hadith yang menyebutkan perjalanan tamadun Islam, di akhirnya RasuluLlah SAW menyebut; "kemudian terbinalah Khilafah di atas manhaj Nabawi" dan kemudian RasuluLlah senyap (Ahmad, hadith penuh).

Walaubagaimanapun, ianya masih tidak cukup. Kerana Islam yang tulen tidak mengajar ummahnya untuk berhenti setakat itu sahaja bahkan risalah ini adalah untuk seluruh umat manusia, "Dan tidaklah kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk manusia keseluruhannya" (34:28). Bahkan sistem di dalam Islam disusun dengan sebaik mungkin oleh Sang Khaliqnya agar seandainya semua manusia mengikutinya dan tidak ada pun yang tidak mengikutinya, nescaya dunia akan selamat dari kehancuran, melainkan ketetapan Allah datang.

Atas dasar ini, keseluruhan masyarakat Islam disuruh untuk terus menerus melakukan jihad sehingga sepertimana yang disebutkan Allah ini:

Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah, dan agama hanya bagi Allah semata.
(al-Anfaal, 8:39)

Pada saat ini, manusia akan tunduk di bawah Islam, sama ada dengan rela atau secara terpaksa tetapi pada masa tersebut dunia berada di bawah pemerintahan yang berserah diri kepada Allah. Hal ini berlaku sehinggakan sikap manusia berubah untuk cenderung kepada Islam seperti yang pernah terjadi suatu ketika dahulu di dalam sejarah Islam, dan yang sedang berlaku sekarang tetapi terhadap tamadun Barat. Semua apa yang dilakukan sekarang di merata dunia sedang berpaksikan Barat, dari perkara yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada perkara yang sebesar-besarnya. Islam perlu menggantikan Barat dan menjadi al-Ustaziyatul al-'Alam (world order). Tidak boleh tidak.


Sememangnya jalan yang harus dilalui itu sangat panjang lagi susah, dan proses yang sangat susah lagi mencabar ini sememangnya tabiatnya begitu:

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata "Aku beriman" sedang mereka belum lagi diuji? Sesunguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti tahu orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.
(al-Ankabut, 29:2-3)

Dan di dalam perjalanan menuju kepada Rahmatan lil 'Alamin, dapat dilihat betapa ramai yang telah terkorban kerana melihat dan menggerakkan hakikat ini dan ramai lagi yang akan terkorban pada masa-masa akan datang. Tetapi pengorbanan ini adalah pengorbanan yang berbaloi kerana ia adalah "tijaratan lan tabur" (suatu perniagaan yang tidak rugi):

Sesunguhnya Allah membeli dari orang-orang mu'min jiwa mereka dan harta mereka dengan Jannah. Mereka berperang di atas jalan Allah, lalu mereka membunuh dan dibunuh.
(at-Tawbah, 9:111)

Inilah jalan yang paling selamat yang harus ditempuh oleh setiap du'at, dan mereka yang menginginkan Islam kembali memerintah. Tidak boleh tidak kita harus bermula dari unit yang paling kecil dan bergerak ke arah yang terbesar. Sehinggakan dunia ini merasai Islam sebagai rahmat baginya dan seluruh alam.

Tetapi persoalannya, kita termasuk dalam golongan yang mana?

Dan mengapa kamu tidak menginfaqkan harta kamu di jalan Allah, padahal milik Allah semua pusaka langit dan bumi? Tidak sama orang yang menginfaqkan (hartanya di jalan Allah) di antara kamu dan berperang sebelum al-Fathu (pembukaan). Mereka lebih tinggi darajatnya daripada orang-orang yang menginfaqkan (hartanya) dan berperang selepas itu. Dan Allah menjanjijkan kepada masing-masing mereka (balasan) yang lebih baik. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.
(al-Hadid, 57:10)

Adakah kita golongan yang bekerja atau golongan yang "menunggu" al-Fath?

--
  1. Majma' Az-Zawaid, 10/248: ada perawi bertaraf Matruk.
  2. Perlu merujuk kepada buku Islami untuk melihat pendetailan lanjut tentang Islam. Tidak akan dibincagkan secara panjang di sini. Sila lihat; Asas-asas Islam, Manhaj Hidup Islam oleh Maududi.
  3. Thanks to Munah for the pic "Race Towards Goodness!".
--
Artikel-artikel berkaitan:

Wednesday, October 29, 2008

Ciri Yang Ingin Dicapai

Bismillah ana memulakan bicara...

Artikel yang ana tulis ini adalah buat sahabat-sahabatku yang dikasihi yang baru memulakan usrah agar kita semua jelas dengan apa yang diingini daripada usrah tersebut. Dan juga buat sahabat-sahabatku yang sudah lama mengikuti usrah tetapi masih tidak jelas dengan apa yang ingin dicapai daripada usrah tersebut. Dengan harapan bahawa suatu hari nanti, kita bersama-sama akan menjadi seorang hamba Allah yang hebat sepertimana hebatnya RasuluLlah, para sahabat dan para salafussoleh. Juga dengan harapan pada suatu hari nanti, kita dapat bergerak bersama-sama di dalam satu barisan yang tersusun menyeru manusia kepada Islam yang tulen.

Wahai sahabat yang dikasihi Allah,

Sesungguhnya, banyak sekali ana melihat di kalangan orang yang baru mengikuti usrah, mereka mengikuti dengan pelbagai tujuan. Ada yang tujuannya untuk mencari sesuatu yang dapat memuaskan hatinya, yang sentiasa tercari-cari hala tuju dan arah gerakan di dalam hidupnya. Ada pula yang hanya mengharapkan agar dirinya terpelihara dalam bi'ah (suasana) yang soleh, supaya dirinya tidak dibawa oleh arus maksiat dan kehancuran. Ada juga yang mengikuti usrah kerana terpaksa, kalau tidak nanti ada orang yang tertentu akan tanya dia perkembangan usrah macamana, takut-takut tak dapat dijawab nanti. Tidak terlepas juga golongan orang yang mengikuti usrah kerana mahu dilabel sebagai orang yang 'alim lagi komited dengan da'wah. Dan bermacam-macam lagi sebab yang menghasilkan pelbagai perspektif terhadap fungsi sistem usrah itu sendiri.

Maka disebabkan itu wahai sahabat yang dikasihi, suka sangat-sangat ana mengajak kita sama-sama merenung kembali... Adakah kita ini termasuk dalam salah satu golongan yang niatnya tidak betul atau kita ini termasuk dalam golongan orang yang sentiasa mengikhlaskan diri kepada Allah? Dengan mengharapkan redhaNya dengan mengikuti sistem usrah ini? Marilah kita sama-sama merenung kembali dan memuhasabah diri kita, kerana ada pepatah arab yang mafhumnya, "Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab." Semoga dengan kita menghisab diri kita balik, kita dapat mengikhlaskan diri mengikuti program usrah yang kita ikuti ini.

Sahabatku, setelah itu tidak cukup untuk kita hanya meletakkan keikhlasan di dalam amal kita tetapi kita tidak mengetahui hala tuju kita atau apa yang ingin dicapai daripada amal tersebut. Kerana perkara atau amal yang dilakukan tanpa hala tuju umpama kapal terbang yang terbang di langit dan tidak tahu destinasinya. Ia hanya menunggu minyaknya habis dan kemudian setelah itu ia jatuh terhempas, mengorbankan dirinya. Dia sendiri akan merasa kerugian.

Namun demikian, ana tidak ingin kita melihat jauh sangat terlebih dahulu tetapi kita melihat apa yang ingin kita capai secara individu. Apa yang sepatutnya kita peroleh daripada institusi tarbiyah@usrah dalam konteks ini.

Sahabat yang dirahmati Allah, ana berharap agar anda dapat memiliki kesepuluh-sepuluh sifat ini sebagai natijah atau musabab mengikuti sistem usrah dan tarbiyah yang telah dirancang itu:
  1. Mempunyai aqidah yang sejahtera.
  2. Beribadah dengan ibadah yang sahih.
  3. Mempunyai akhlak yang mantap.
  4. Sentiasa bermujahadah lawan nafsu.
  5. Mampu berdikari.
  6. Kuat tubuh badan.
  7. Sangat menjaga waktunya.
  8. Sentiasa teratur urusannya.
  9. Luas ilmu pengetahuannya.
  10. Bermanfaat kepada orang lain.
Semoga dengan aqidah yang sejahtera kita beriltizam dan berpegang dengan keyakinan yang betul, iaitu dengan aqidah ahli sunnah wal jama'ah. Dan dengan ibadah yang betul itu kita termasuk dari kalangan hamba Allah yang tidak menokok tambah dengan bid'ah yang sesat lagi menyesatkan, atau mengurangkannya. Iaitu dengan sentiasa bersumberkan al-Qur'an dan as-Sunnah. Dengan itu hubungan yang kuat dengan Allah itu dapat dibina di atas jalan yang lurus lagi suci.

Kemudian akhlak yang mantap itu akan jelas terserlah dan lahir di dalam keperibadian kita, sebagai manifestasi kekuatan hubungan dengan Allah. Lalu disempunakan sifat-sifat yang lainnya ada di dalam ciri yang telah disebutkan di atas sehingga ciri yang terakhir, iaitu kita ini sentiasa bermanfaat kepada orang lain.

Sahabatku yang dikasihi, sesungguhnya ana telah mempelajari satu perkara yang ana dapat sendiri daripada pengalaman yang sedikit ini. Bahawasanya orang yang kering hubungannya dengan Allah tidak akan berjaya mempaut hati orang untuk mengikuti jalan yang mulia ini sekaligus pasti akan gagal dalam usahanya membina generasi al-Qur'an yang unik.

Dan akhirnya, marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita agar kita bersama dapat memperbaiki diri kita pada ciri kelemahan kita di dalam sepuluh ciri tersebut agar ruh pejuang Islam yang tulen itu ada di dalam kita. Dan agar kita ini dapat melahirkan suatu generasi yang suci seperti mana generasi para sahabat terdahulu, bersama-sama. Insya Allah.

Daripada sahabatmu,
-MK-

Label

Insya Allah di dalam post-post yang akan datang, setiap post akan dibahagi-bahagikan kepada kategorinya yang tertentu. Ini adalah dengan tujuan memudahkan para pembaca sekalian mencari dan melihat tajuk-tajuk yang berkaitan dengan artikel yang dibaca. Secara asasnya ia akan terbahagi kepada kategori-kategori berikut:

Ahlan Wasahlan!

Assalamu'alaykum warahmatuLlah!

Due to several reasons, I have decided to make my blog more organized in terms of its content, ideas, management of topics and more. Insya Allah through this blog, I will be only discussing about the fikrah of Islam, be it from the idealistic point of view or from my own experience retold. With the hope that all the readers of my blog can gain lots of benefit from it, without having my contents diverge too much on things not considered as part of amal qawiyun. Apart from that, this blog will also be a place where I share my ideas on current issues that I'm concerned with, or things that I think I would like and need to comment on. And it will also be used to put whatever that comes into my mind regarding on this fikrah, that I feel one day it shall remind me about the things I may forget.

About the old blog, I will still keep it but on a different address. You can follow the link of the site; (ArkibATMKeikan).

May Allah forgive us for the the wrong doings that we have done, and may accept this as part of our amal to gain his pleasure and redha for we do not know which amal it is that He will accept.

And lastly, I really hope all the readers and followers of my blog could gain lots of benefits from this insya Allah;
"The example of those who spend their wealth in the way of Allah is like a seed (of grain) which grows seven spikes; in each spike is a hundred grains. And Allah multiplies (His reward) for whom He wills. And Allah is all-Encompassing and Knowing."
(al-Baqarah, 2:261)

Wa ilal liqa'
WaLlahu a'lam!

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]