Pages

Wednesday, November 9, 2011

Qurban 04: Umat Pejuang

...sambungan...



Umat Pejuang

Ummah kita ini adalah sebuah ummah yang tertegak di atas perjuangan. Ia bukan sebuah bangsa yang bangun dengan angan-angan dan mimpi. Ia bukan sebuah ummah yang berjaya hanya disebabkan doa-doa para rahib. Tetapi ia adalah satu bangsa yang berpaksikan deen yang berlandaskan sunnatuLlah. Tidak boleh tidak, kebangkitan dan kemenangan Islam itu hanya dapat tercapai dengan penggembelengan usaha dan tenaga manusia.

Walaubagaimanapun, penggembelengan usaha dan tenaga manusia ini mustahil terjadi jika ianya tidak diiringi dengan pengorbanan. Dan pengorbanan itu mustahil untuk diberikan tanpa tarbiyatul iman.

Cita-cita kita adalah untuk menjadi sebaik-baik ummah:
"Kamu telah dijadikan sebaik-baik ummah yang dilahirkan untuk manusia. Kamu menyuruh kepada ma'ruf, mencegah daripada kemungkaran, dan kamu beriman dengan Allah..." (Aali Imran, 3:110)
Kita ingin menjadi contoh kepada dunia dalam semua perkara. Kita ingin menjadi satu kelompok manusia yang tersebar sinaran kebahagiaan daripadanya. Kita mahu dunia ini menjadi satu dunia yang aman, semua orang boleh menikmati hak mereka beragama tanpa ada halangan dari mana-mana pihak. Kita inginkan sebuah dunia yang tidak wujud lagi fitnah dalam erti katanya yang sebenar.

Atas dasar itu, iman harus dibina dan kesatuan harus dipupuk. Tidak boleh tidak tarbiyatul iman sangat-sangat diperlukan. Tarbiyatul iman inilah yang ditunjukkan oleh kisah hidup Nabi Ibrahim dan diceritakan di dalam beberapa tempat di dalam al-Qur'an .

Inilah asas yang akan menjadi mekar. Lalu memberikan kebahagiaan kepada dunia dan seisinya.

Inilah nilai yang ingin ditanam melalui pengorbanan di dalam ibadah Qurban.

Inilah mengapa hari ini lebih mulia dari hari-hari yang lain.

Selamat Hari Raya 'Eidul Adha buat semua.
Kullu 'Am Wa Antum Tayyibun!

No comments:

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]