Pages

Sunday, November 2, 2008

Jangan Bersedih: Jangan Putus Harapan

Jangan bersedih.

Dan jangan pula berputus asa.

Apakah disebabkan dosa yang sudah lalu, ia menghalang kita dari bertaubat kepada Allah?
Apakah disebabkan keketagihan kepada maksiat menyebabkan kita berat untuk bertaubat?

Tidak...
Jangan sesekali begitu, bahkan engkau telah melakukan satu kesilapan.
Juga kesalahan.

Begitu luas rahmat Tuhanmu, apabila Dia menjanjikan buat hamba-hambanya...
Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang melampui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(az-Zumar, 39:53)

Bukankah Dia telah menyebut bahawa Dia Maha Mengampuni dosa-dosa kesemuanya? Begitu Penyayang sekali Tuhanmu kepadamu... Mintalah darinya keampunan dan maghfirah...

RasulNya yang mulia juga telah menyampaikan, suatu Firman yang jelas dari Allah:
"Hai anak Adam! Sesungguhnya engkau, selagi mana engkau suka berdoa dan berharap kepadaKu, Aku ampunkan bagimu semua atas dosa apa sahaja yang ada pada dirimu, dan Aku tidak mempedulikan banyaknya..."
(Hadith)

Walau sebanyak mana sekalipun dosa samada yang menggunung tinggi, atau yang melaut luas atau yang memenuhi langit dan bumi. Kesemua dosa tersebut pasti diampunkanNya.
"...Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, jika datang kepadaKu membawa berbagai kesalahan yang sepenuh bumi, kemudian engkau menemui Aku, asalkan engkau tidak menyekutui sesuatu dengan Aku, nescaya Aku akan datang pula kepadamu dengan pengampunan sepenuh isi bumi itu pula."
(Hadith)

Dia mengampunkan hamba-hambaNya, kerana Dialah jua al-Ghafur dan at-Tawwab, selagi mana para hambaNya meminta keampunan dariNya.

Hanya syirik sahaja yang tidak diampunkan, bagi mereka yang telah jelas ilmu kepada mereka.
"Sesungguhnya, Allah tidak mengampunkan dosa mempersekutukan Dia dengan sesuatu, akan tetapi Dia mengampunkan apa yang selain itu bagi siapa yang Dia kehendaki..."
(an-Nisa', 4:48)

Begitu luasnya rahmat Tuhan, Ilah manusia, dan Maalik manusia.

Tetapi, janganlah...
Janganlah mengambil peluang ini, untuk melakukan dosa terang-terangan. Kemudian merancang untuk bertaubat kepadaNya, kerana Nabi yang mulia telah menyebut:
"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)"
(Bukhari & Muslim)

Dosa itu tidak dihebahkan kepada orang, bahkan dengan sedaya upaya dia menyebunyinya dari orang lain. Kerana itu adalah di antaramu dan Tuhanmu. Mintalah terus dariNya...

Itu jugalah tanda bahawa engkau mengakui kesalahanmu sebagai hamba, bahkan hatimu mengiktiraf bahawa dirimu memang telah berbuat salah kepada Tuhannya...

Apakah ada yang lebih zalim dari mereka yang berbuat salah lantas tidak mengakui kesalahannya? Bahkan disebarkan, dan dirasa bangga dengan melakukannya?

Sekali-kali tidak... Janganlah begitu, kerana Tuhanmu Maha Penerima Taubat buat mereka yang kembali kepadanya dengan hati yang mengharap.

Dialah yang Maha Pengampun...

Dia jualah yang Maha Penyayang...

Adakah ada yang mampu menandingi si Dia ini?
"...Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir."
(Yusuf, 12:87)

--
Kedua-dua hadith "Wahai anak Adam..." diambil dari Riyadhus Salihin, Imam Nawawi, hadith ke-1875, Kitab Istighfar.

8 comments:

Mashizaki Keikan said...

what do you mean? Btw, how did you find this blog?

Anonymous said...

salam...
mmg allah maha penyayang, maha pengampun... 2 sume org taw...
but d problem is internal conflict...
even allah da ampunkn pn, byg2 dosa smlm tetap ikut kemana mana... 2 yg masalah tu...mcm mana ek?
2 yg mengganggu sy 4-5thn ni... any idea? x pn ni tanda allah masih x ampunkn lg? kompius...

Mashizaki Keikan said...

Botol yang buruk lagi remuk dan dipadatkan...

Boleh dilihat dari dua sudut:
(1) Botol itu adalah sampah yang tidak berguna, yang menyumbang kepada mengotorkan alam ini.
(2) Botol tersebut adalah plastik yang tidak lagi digunakan kerana fungsinya sudah tamat, kemudian digunakan pula untuk direcycle.

Begitu juga halnya dengan banyang² dosa tersebut. Kita boleh melihat sesuatu perkara dari bermacam-macam sudut. Kalau kita nak lihat dari sudut yang negatif, maka hasilnya insya Allah negative. Tetapi jika apa yagn dah berlaku itu diambil sebagai satu perkara yang positif, yang mana ia merangsang kita untuk sentiasa menjauhi perbuatan buruk tersebut pada masa-masa akan datang, maka kita jugalah yang akan memperolehi kebaikan darinya.

Tapi, as the saying goes:
"Easier said than done!"

Miss Mawa said...

ana suka post ni. been planning to write things like this for quite sometime but you came with it first so bgsla. ana refer je kat cni

Mashizaki Keikan said...

Keyakinan dan pengetahuan kepada sesuatu perkara itu berbeza tarafnya. Tahu sahaja tidak cukup, bahkan kita dituntut untuk meyakini suatu hal setelah datang ilmu kepada kita. Sama ada meyakini bahawa ia adalah baik atau meyakini ia adalah buruk, itu lain ceritanya. Di sini, keyakinan datang selepas pengetahuan.

Ketahuilah bahawa orang-orang yang mempunyai keyakinan setelah datang ilmu kepada mereka, mereka akan merasai bibit-bibit kemanisan dari sesuatu perkara tersebut. Dan hasilnya, apabila perasaan cinta kepada kebaikan timbul, dia akan menghasilkan tindakan.

Mana tidaknya? RasuluLlah SAW ada menyebut:
"Tiga golongan dari kamu yang merasai kemanisan iman...(antaranya ialah) dia benci untuk kembali kepada kekufuran (atau buat dosa) sepertimana dia benci untuk dicampak ke dalam neraka" (Muslim)

Mashizaki Keikan said...

Ada sedikit penambahan di bahagian akhir...

"...Sesungguhnya yang berputus asas dari rahmat Allah hanyalah orang-orang yang kafir" (Yusuf, 12:87)

Teruskan mujahadah!

Anonymous said...

maksud nta same jgk dgn :

klu sekadar bercakap je tp amalnye xde,xde gune nye

btol x...

>..<

Mashizaki Keikan said...

Err, tak paham...

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]