Pages

Sunday, November 30, 2008

Mujahadah

#4
مجاهدا لنفسه

Dalam artikel pada kali ini, saya ingin membawa anda kepada suatu hakikat yang agung, terutamanya buat mereka yang ingin mengikuti sunnah RasuluLlah SAW yang terbesar; da'wah. Kita mengetahui bahawa da'wah merupakan seseuatu yang sangat berat amanah dan tanggungjawabnya, sehingga di peringkat awal risalah dan wahyu sampai kepada RasuluLlah, Allah memerintahkan:
"Wahai orang-orang yang berselimut! Dirikanlah malam melainkan (sebahagian dari waktunya yang) sedikit"
(al-Muzammil, 73:1-2)

Tidak lain dan tidak bukan ia merupakan suatu tanggungjawab yang besar seperti yang disebutkan Allah kepada RasulNya: "Sesungguhnya kami akan menurunkan ke atasmu suatu kata-kata yang sangat berat" (al-Muzammil, 73:5). Dan tidak lain dan tidak bukan ia memerlukan satu langkah permulaan yang baik. Langkah permulaan yang salah akan memberikan kesan yang memanjang kepada usaha da'wah seseorang. Bermacam-macam kemungkinan boleh mendatang: penyelewangan, futur, lesu, lemah dan kegersangan serta bermacam-macam lagi.

Seseorang boleh bermula dengan bermacam-macam kaedah atau cara untuk melakukan da'wah. Dan nama mereka munkgin boleh sampai satu negara mengenalinya. Dia juga munkgin boleh menganjurkan bermacam-macam program da'wah, yang tujuannya adalah untuk membuat arus pemikiran manusia memahami sesuatu perkara menurut pandangan Islam, atau berusaha sedaya upaya untuk mendidik atau mentarbiyah orang supaya memahami Islam, tetapi seandainya langkah bermulanya salah, maka dia akan mendapat kehampaan di atas kehampaan.

Ketahuilah bahawa jalan ini, adalah suatu jalan yang panjang. Ia memerlukan kepada bekalan yang tidak putus-putus dari sumbernya yang Maha Kekal. Ketahuilah wahai jiwa, bahawa umur jalan ini tidak dikira dengan umurmu, tetapi ia mempunyai hayatnya yang tersendiri yang telah ditentukan Allah. Sama ada anda berjalan di atasnya atau ditinggalkannya, ia tetap akan berjalan. Siapakah setelah kefahaman sampai kepada mereka, tidak mempunyai cita-cita untuk mati di atas jalan ini?

Ketahuilah wahai jiwa-jiwa yang hatinya rindu kepada Allah. Bahawa langkah pertama yang harus ditempuh oleh seorang da'i ialah pembebasan diri dari hawa nafsu secara total. Kerana hawa nafsu adalah sumber penyakit-penyakit hati yang lain. Anda tidak bisa melakukan lonjakan da'wah seandainya hati dan tekad anda masih keberatan meninggalkan medan nafsu. Ia pasti akan menjadi jerat-jerat berbisa yang bakal membunuh nafas da'wah pada diri itu.

Tetapi pembebasan ini, tidak dapat berlaku melainkan hanya setelah memahami hakikat syahadah yang sebenar, dan beramal dengannya. Dia tidak menjadikan bagi dirinya Ilah (tuhan yang diletakkan perhambaan kepadaNya) yang selain dari Allah Yang Maha Esa. Televisyen, darama, game, computer, internet, kawan-kawan, bahkan apa sahaja yang terdapat di dunia ini yang boleh mencengkam hatinya, lalu dia lela dan lalai dari tujuan hidupnya: "Dan tidaklah aku menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah (kepadaKu)" (51:56).

Tidak hairanlah mengapa kita melihat ramai yang berada di dalam arena tetapi umpama ruh yang sudah hilang dari jasadnya. Kata-kata yang susah diterima oleh hati yang hidup dengan iman, apatah lagi oleh orang-orang yang sangat memerlukan curahan iman.

Ini adalah satu perkara yang besar. Sehingga RasuluLlah SAW pernah menggambarkan di dalam sebuah hadith: "Kamu umpama buih di air bah", umpama buih-buih yang mengikuti gelombang airnya. Isinya kosong dan yang wujud hanyalah kerangkanya. Jika ianya berlubang nescaya futurlah buih tersebut. Semua ini gara-gara penyakit kelemahan atau "al-Wahnu"; "cintakan dunia dan bencikan kematian".

Bermujahadah melawan nafsu, untuk mengatasi rintangan-rintangan yang mendatang menjadi suatu kewajiwapan. Sekiranya hal ini tidak berjaya dilaksanakan nescaya, akan binasalah urusan hidup, yang hanya berlandaskan hawa nafsu dan syaitan yang menghasut. Lepaskanlah dirimu sepertimana syaitan melepaskan diri dari setiap orang yang telah disesatkannya;
"Sepertimana syaitan apabila dia berkata kepada insan: 'Kufurlah kamu!' Dan apabila dia (insan) kufur, maka dia (syaitan) berkata: 'Sesungguhnya aku berlepas diri darimu. Sesungguhnya aku takutkan Allah tuhan sekalian Alam'"
(al-Hasyr, 59:16)


Berlepaslah diri dari nafsumu, wahai jiwa-jiwa yang hidup!

--
Artikel-artikel berkaitan:
  1. Ciri yang ingin diapai, 29 Oktober 2008.
  2. Aqidah yang sejahtera, 10 November 2008.
  3. Ibadah yang sahih, 17 November 2008.
  4. Akhlaq yang kukuh, 21 November 2008.

No comments:

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]