Pages

Friday, January 15, 2010

Taman-taman Iman

Syeikh Abdul Majid Aziz al-Zindani
Pengasas Universiti al-Iman, Yemen

Seorang sahabat telah mengepost sebuah berita yang membawa perkhabaran dari Yemen. Lalu melalui berita tersebut saya tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keadaan di sana. Lagi-lagi saya mengetahui bahawa di sana terdapatnya seorang syeikh yang sangat saya kagumi. Dalam tercari-cari tentang berita-berita lanjut tentang negeri Yemen, kecenderungan saya telah terubah kepada mencari berita-berita terkini mengenai syeikh tersebut - Syeikh Abdul Majid Aziz az-Zindani.

Saya telah mengenal beliau melalui beberapa penulisan beliau di dalam beberapa buah buku yang sangat-sangat bermanfaat buat kami di sini. Antaranya ialah - Kitab Tauhid (Diperakui oleh Fakta Sains) dan Kitab al-Iman. Sememangnya dia seorang tokoh yang terkenal di negaranya sebagai seorang syeikh yang telah mengasaskan Universiti al-Iman, salah sebuah universiti yang hebat di Yemen.

Seorang syeikh di Malaysia pernah bercerita tentang keadaan di Yemen: "Ada pihak-pihak lawan kepada kumpulan yang menubuhkan Universiti al-Iman telah berkata kepada mereka: Kami tak suka kamu, tapi disebabkan universiti kamu hebat, kami menghantar anak-anak kamu ke sini".

Di bawah ini terdapat siri video mengenai universiti tersebut dengan tajuknya, "Hadaiq al-Iman" (Taman-taman Iman):

Part 1


Part 2


Part 3

1 comment:

Unknown said...

hu.kalau ada kat malaysia sebiji macam ni macam mana rasanya ek.

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]