Pages

Saturday, January 30, 2010

Bahasa Arab

Belajar bahasa arab?

Sesetengah orang telah meletakkan persepsi di dalam pandangan mereka bahawa belajar bahasa arab ini merupakan sesuatu yang sukar.

Katanya, "Ana dulu tak pernah belajar bahasa arab masa kat sekolah dulu..."
Atau mungkin, "Ye laa, korang semua boleh laa... Sekolah agama. Ana sekolah sekular!"

Sesetengahnya pula mengatakan, "Ana takde masa lah nak belajar, mana ada duit nak pergi ke negeri arab. Ye laa kan, ada orang kata nak belajar bahasa ni kena duduk sekali dalam budaya masyarakat tersebut. Bahasa ni kan budaya jugakkan?"

Bagi saya, saya melihat ianya adalah satu perkara yang senang. Ia hanya terletak kepada diri kita sendiri sama ada kita nak ataupun taknak.

Sewaktu di sekolah dahulu, sememangnya saya telah mengambil kelas bahasa arab sejak dari darjah lima sehingga tingkatan lima. Akan tetapi, berdasarkan pemerhatian yang telah saya buat, walaupun ada kawan-kawan saya yang lebih lama telah mempeljari bahasa arab, penguasaan mereka kurang dari saya (tiada niat merendahkan). Ada dari kalangan mereka yang telah mengambil bahasa arab sejak dari darjah satu lagi, sedangkan saya dalam tempoh darjah satu hingga empat telah belajar di sekolah yang sekular (sekolah di Coventry, UK).

Apa yang banyak membantu saya di dalam bahasa arab ialah al-Qur'an itu sendiri. Ketika sekolah, saya berani mengatakan bahawa dengan banyaknya pengajian al-Qur'an dan pemerhatian terhadap isi kandungan al-Qur'an lah yang telah membantu saya dengan banyaknya untuk laju sedikit di dalam bahasa arab. Banyak perkataan (vocabs) arab yang ada dalam kamus ini, datangnya dari al-Qur'an.

Keinginan seseorang untuk memahami al-Qur'an pasti akan mendorongnya untuk mempelajari bahasa arab dengan baik. Kerana seseorang itu pasti dapat menyatukan perasaan (ketika membaca al-Qur'an dengan alunan yang merdu) dengan kefahamannya yang pastinya akan memberikan impak yang sangat besar kepada imannya. Dan akhirnya iman tersebut akan bergejolak dengan kuat di dalam dadanya, sehinggakan terpancar amal-amal yang benar yang membenarkan imannya. Lalu sempurnalah tiga syarat dari imannya.

Saya hanya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sebuah perkongsian yang sangat menarik yang telah disampaikan oleh penyampai di dalam siri-siri video di bawah. Tajuknya ialah "Why and How to Learn Arabic Spoken in the Qur'an" (ada 6 video), manfaatkanlah dengan baik insya Allah:

Video 1:


Video 2:


Video 3:


Video 4:


Video 5:


Video 6:

12 comments:

PalTel said...

bila ramai pemuda yang memandang belajar untuk kerjaya mka ditolaknya jauh-jauh b.arab ini.

sedangkan ianya satu keperluan dan kemestian!

+akufobia+ said...

jom mulakan.

Mashizaki Keikan said...

Bahasa Arab ni satu benda yang best kalau at least ia dapat jadi our second language, instead of english.

Mujahid Hasanuddin said...

hmm kat UIA (my kulliyah) ramai yg amik bahasa arab untuk kerjaya pula hehe..

wah balik ni dah boleh cakap arab dengan 'Ammar la iAllah

Mashizaki Keikan said...

Laa, memang lah... Your course bukan wajib ke ambik bahasa arab?

Lepas ni, kalau nta tak cakap bahasa arab dengan ana, ana tak tahu lah nak kata apa...

p/s: tgh mencari orang-orang yang dapat berbahasa sekali. nak cakap arab pulak lepas ni.

Mashizaki Keikan said...

Btw, this brother's name is Nouman Ali Khan.

al-marjan said...

Jadi sekarang ni belajar arab drp siapa? inisiatif sendiri lah ye? Yelah, dekat U tak ambil kos BA kan?

Baguslah praktik bahasa syurga tu dari sekarang. Tak ramai sebenarnya nak mendalami BA ni sebab some people think ianya SANGAT SUSAH.

Belum cuba belum tahu, ye tak

Mashizaki Keikan said...

Sekarang tak belajar pun bahasa Arab secara rasmi. Di UTM ni lately ramai orang arab, cakap sahaj bahasa Arab dengan mereka untuk improve bahasa Arab.

Ramai yang lupa kepada ayat:
"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Qur'an untuk pelajaran, maka ADAKAH orang yang mengambil pelajaran?" (54:32)

Brother ni ada sebut tentang ayat ni dan telah menghuraikan dengan sangat cantik.

Ibnzakaria said...

sini, dah ade member2 yang pegi talk brother Nouman ni..
Kalau ade peluang pergi, mmg tak boleh dilepaskan..

Humayra' said...

Belajar BA dari kecil.. tpi sayang sbb dulu tak sedar kpentingnnya. kat sini dah kurang peluang utk belajar. tapi mmg harap dpt menguasai BA, insyaAllah...

jazakallahukahir for sharing the videa

Mashizaki Keikan said...

Dulu banyak benda yang kita take for granted. Kita banyak dapat benda dalam keadaan yang tak dapat nak menghargai nilai sesuatu benda tu.

Bila kita dah duduk dalam dunia sebenar baru kita terasa kepentingan benda2 tersebut, tetapi by that time kita dah terlewat untuk mendapatkan sebesar-besar manfaat dengan peluang yang besar tersebut.

Nampaknya untuk kembali belajar, kena ada usaha yang luar biasa... supaya kita dapat menguasai BA. Tak boleh tidak, mesti ada usaha yang luar biasa.

Mashizaki Keikan said...

btw, wa iyyakum...

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]