Pages

Sunday, January 3, 2010

Makan Berterusan

Seseorang yang makan sedikit tetapi banyak kali mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk jadi gemuk berbanding dengan orang yang makan banyak tetapi sekali-dua dalam sehari.

Kenapa? Tak percaya?

Macam Kapasitor

Saya boleh membuat satu analogi seperti sebuah kapasitor elektrik (orang elektrik jangan banyak songel ya! Orang mekanikal yang hurai ni...). Apabila arus mengalir dalam litar yang mempunyai sebuah kapasitor, maka cas di dalam kapasitor tersebut akan bertambah. Tetapi apabila arus tidak dilalukan, maka kapasitor pula yang akan memberikan arus kepada litar dan casnya pula akan berkurangan.

Kalaulah kita membiarkan litar tersebut dengan lama tanpa dilalukan arus, segala cas yang berada di dalam kapasitor tersebut akan hilang. Cas-cas tersebut kesemuanya telah dimanfaatkan sehingga tiada lagi yang tertinggal melainkan kesemuanya telah dimanfaatkan.

Walaubagaimanapun, seandainya kita hanya membiarkan litar tersebut dalam tempoh yang sekejap tanpa aliran arus, kapasitor tidak akan sempat ternyah-cas (discharge) sepenuhnya sebelum ianya dicas semula oleh arus yang mengalir di dalamnya.

Kalaulah keadaannya begini, dan jika kita menganggap bahawa kapasitor tersebut boleh berkembang kapasitinya, hasilnya ialah kita akan mendapati kapasitor tersebut telah menjadi besar!

Makanan

Dalam konteks pemakanan pun begitu juga. Belum sempat makanan yang sebelum dihadam, masuk pula makanan yang baru ke dalam perut. Input makanan selalu saja masuk ke dalam badan. Akhirnya seseorang yang kerap makan akan menjadi gemuk. Orang yang sekali dua sahaja makan dalam sehari, walaupun banyak, tetap kurus seperti biasa.

Ibadah pun sama?

Dalam hal ibadah pun sama juga. Mari kita melihat sebuah situasi;
  • Target: Khatam satu Qur'an
  • Tempoh: Satu bulan
Pendekatan;
  • Menghabiskan al-Qur'an dalam masa 3 hari dengan membaca 10 juzu' pada 3 hari pertama, dan tidak membaca langsung pada baki hari yang ada (sebab dah capai target).
  • Menghabiskan al-Qur'an dalam masa satu bulan dengan membaca 1 juz sehari, dan setiap hari membaca.
Persoalan: Yang manakah yang lebih baik?

Ruh umpama jasad. Ia memerlukan makanannya juga. Jika kita tidak memberikan makanannya, maka ia akan menjadi kurus. Jadi, ianya harus sentiasa sahaja diberikan makanannya. Apabila kita bercakap tentang makanan, makanan yang lebih terlihat kesannya ialah makanan yang dimakan sedikit demi sedikit tetapi banyak kali. Jasad yang diberikan makanan akan mudah menjadi gemuk atau sekurang-kuranngya tak kelaparan.

Jasad yang lapar ada risiko-risikonya, dan pada ruh yang lapar juga ada risiko-risikonya. Seseorang mungkin tahu sesuatu hukum, tetapi apabila dia tidak mempunyai kekuatan ruh, maka dia tidak akan mampu untuk melaksanakan apa yang dia tahu. Ini meningkatkan lagi kebarangkalian untuk terjebak ke dalam maksiat (baca: apa-apa yang mendatangkan dosa).

Makanlah makanan ruh dengan sebanyak mungkin agar ia menjadi gemuk-gemuk belaka. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa dari kalangan kamu.

nota: Satu artikel yang sudah lama tertulis, tetapi tersimpan sahaja sebagai draft. Gaya bahasa penulisan bukan gaya bahasa biasa penulisan MK.

No comments:

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]