Pages

Friday, April 16, 2010

Persepsi dan Perubahan

Saya menulis "Mahmud 'Azzat dan rakan-rakan IM yang lain telah dibebaskan" di status MukaBuku saya sambil membuat capaian (link) ke laman Fikrah-Dakwah, sebuah laman web pro-Ikhwan Malaysia.

Tidak lama kemudian ayah saya menegur di status berkenaan di dalam ruangan komen, "Sheikh Mahmoud Ezzat (bukan Azzat), Timbalan Mursyid Am Ikhwan Muslimin". Salah rupanya nama yang saya tulis, saya pasti saya mendengar beliau sendiri (Dr. Mahmud 'Ezzat) yang memperkenalkan dirinya dengan "Mahmud 'Azzat" melalui dokumentari ringkas di Youtube:


Sampai sahaja di rumah, kena tegur lagi dengan ayah saya, "Mahmud 'Ezzat lah, bukan 'Azzat. Dia nak jugak tegakkan benang yang basah dia tu... Macamana kalau orang panggil 'Immar dan bukan 'Ammar?".

Isya'.

Selesai isya', saya berjalan menuju ke kereta. Di pertengahan jalan seorang arab telah bersalaman dengan saya. Lalu ditegurnya seperti kebiasaan pak-pak arab yang lainnya,

"Assalamu'alaykum"

"'alaykumussalam warahmatullah!"

"Owh? You speak arab?"

"Qalilan faqat..."

"Are you a UTM student?"

"Yes, I am from the mechanical engineering faculty"

"Owh, my friend here is also from the same faculty..."

"Yeah, I know him, but I don't think he knows me. By the way, where are you from?"

"I'm from Libya."

"Oh, the country north of Africa?"

"Yes, you seem to know about the arab world"

"Haha, boleh laa"

"You know the president of the country?"

"Hmm... Yes I know, but I don't quite remember his name"

"Well, he's quite famous you know... Gadafi"

"Ahh, yess... Gadafi, I know him"

"Hehe, anyway, nice meeting you..."

"Yes* by the way, what's your name?"

"(He said the name of a prophet), what's yours?"

"I'm 'Ammar"

"'Umar?"

Baru sahaja di rumah berbicara berkenaan nama Syeikh Mahmud 'Ezzat, dan ejaannya. Tiba-tiba sebaik sahaja selepas isya' diuji dengan dipanggil 'Umar, atau lebih tepat lagi orang tak tahu pun 'Ammar, dan dia menyebut 'Umar.

"No, 'Ammar... Do you know 'Ammar bin Yasir?"

"'Umar? I know 'Umar al-Khattab"

"Yes, he was the the second khalifah. But don't you know 'Ammar? 'Ammar bin Yasir?"

"err... There's a lot of sahabahs, I don't quite remember them."

"You don't know 'Ammar bin Yasir? He was one of the earliest sahabahs... The son of Sumayyah, the first syahidah. Don't you know him?"

"Well there are a lot of sahabahs..."

"Hehe, well then. Anyway, ilal liqa'..."

"Yeah, and don't forget my name... (He repeated his name)"

"Assalamu'alaykum"

"Wa'alykumussalam..."

--
Sememangnya menjadi satu masalah yang besar, apabila individu-individu muslim yang juga merupakan unit terkecil dari ummah muslim, tidak mengenali generasi terdahulu di dalam sirah deen (agama) mereka. Jika mereka tidak mengenal sirah generasi terdahulu, sudah pasti mereka juga tidak menyedari penyakit-penyakit yang sedang melarat menimpa ummah.

Suatu ketika dahulu, saya menyangka pak-pak arab yang datang ke Malaysia dengan tujuan menyambung pelajaran pada peringkat post-graduate adalah orang-orang yang arif tentang sirah bangsa mereka (baca: bangsa arab). Lagi-lagi mereka ini adalah dari kalangan orang-orang yang elit dari mereka. Sepatutnya mereka mengetahui perkara-perkara asas sirah seperti; siapakah 'Ammar bin Yasir, atau siapakah Bilal al-Habsyi, atau siapakah al-Arqam bin Abi al-Arqam.

Perkara ini membuatkan persepsi saya terhadap orang arab berubah, bahkan persepsi terhadap golongan elit berubah sama sekali. Neraca kefahaman terhadap deen bukanlah sejauh mana seseorang itu mencapai kelulusan akademik (Masters, Ph.D, dll), tetapi neraca kefahaman terhadap ad-deen itu diukur dengan sejauh mana seseorang itu ditarbiyah dengan pentarbiyahan yang sebenar.

Saya merasakan diri saya beruntung, kerana semenjak kecil lagi saya telah didedahkan untuk mengenali Islam, mengenali siapakah generasi terdahulu yang telah berjuang menegakkan Islam, dan apakah sumbangan-sumbangan mereka. Bahkan ramai dari kalangan budak-budak generasi yang sama, memiliki nama-nama yang mengingatkan kepada pahlawan-pahlawan Islam dari kalangan as-sabiqunal awwalun (yang terdahulu dan paling awal).

Kesemua ini adalah hasil usaha golongan yang saya kenali sebagai "Pakcik-makcik", mereka lebih saya muliakan berbanding dengan orang lain yang sebaya dengan mereka (setelah ibu bapa saya). Hasil titik peluh mereka; nurseri-nurseri dan tadika-tadika Islam didirikan. Kemudiannya hasil dari itu, sekolah-sekolah Islam pula dibangunkan. Sehinggakan sekarang, institusi-intitusi pendidikan ini (di bawah rangkaian Musleh) telah memainkan peranannya yang sangat besar di dalam pembangunan modal insan di Malaysia yang tercinta ini.

Berapa ramai manusia yang telah terkesan dengan sistem pendidikan yang komprehensif ini? Sudah tentu jumlahnya telah mencapai satu angka yang boleh dibanggakan. Tetapi bukan jumlah yang diinginkan, bukan jumlah sahaja yang diinginkan.

Yang diinginkan ialah lelaki-lelaki sejati (rijalul ummah) yang mampu membawa perubahan kepada masyarakat, di atas manhaj yang jelas, yang berpegang kepada sistem, dan bergerak secara kolektif (jama'i). Yang diinginkan adalah jiwa-jiwa yang bebas dari segala cengkaman jahiliyyah. Yang diinginkan ialah hati-hati yang suci bersih dan dipenuhi di dalamnya kitabuLlah yang agung.

Tanpa pentarbiyahan yang sebenar, tidak mungkin nasib sesebuah ummah itu mampu diubah. Bahkan jika ada perubahan pun, ia adalah perubahan yang tidak mampu bertahan lama. Betapa tepatnya kata-kata seorang syeikh;
"Sesuatu yang berubah ke arah kebaikan dalam tempoh satu malam, mungkin juga boleh berubah ke arah kejahatan dalam tempoh yang sama!"

24 comments:

M said...

oh, rasa mcm susah nak digest fakta yg msh ada org x kenal 'Ammar bin Yasir... Kalau tak kerana perkingsian ni, ana akan rasa ini mustahil. Tp dari segi pronounciation, A dgn U agak jauh berbeza... A dgn I pun... salah dengar ke?

Ye, mmg sgt bertuah dilahirkan dan dibesarkan di kalangan mereka yg punya fikrah agama yg hebat=)

Abdullah Munir said...

salam..

dalam video tu dia mention 'ezzat...
bunyi macam 'azzat..tp bila dgr betul2 'ezzat..'ain dia dalam~

Mashizaki Keikan said...

M:
MEmang sukar dibayangkan ada orang boleh tak kenal siapa 'Ammar bin Yasir. Ingatkan semua orang dah tahu sahabat yang sorang ni. Ingat dia dah cukup popular.

Tapi mungkin kita rasa macam tu sebab dalam keluarga kita masing2 ada 'Ammar, so macam pelik kalau orang tak kenal 'Ammar.

Lagi satu, i dan o pun jauh jugak beza bunyinya..! "Perkingsian..." LOL...

Munir:
Seriusly saying, ana memang dengar dia cakap 'Azzat dalam video tu. Tu yang ana mempertahankan jugak tu pendapat ana. Anyway, apa-apa hal pun, dia ada tulis kat bawah tu 'Izzat.

YamaShita KaiTo said...

last-last rupenyer pak arab tu nak test angah kot . . .


hahaha~ mane la tau . . .

kiding-kiding . . .

Mashizaki Keikan said...

Hmmm.. ye la tu... Ada jugak yang nak kena nih....

AkmAr hiShAm ZuLKEfLi said...

iyep..sememangnya anta beruntung.
harap ana boleh jugak kelak.>_<

erm..rasanya anta mention pak arab, mungkin terlalu general kot...tapi kalau mostly yg anta jumpe cmtu, ermm.nk uat cmne..ok.

pak arab kat 'sini'..utm gak...x cmtu..

pape pun kan, ntah cmne ar dlu ana leh pk orang2 arab ni bagus2..dh smpai utm, ermm...same je rasenye ng orang melayu, de yang ok de yang tak. tapi sapekah? itulah dia..tuttt.
just my two cents.maaf kalau de salah.

Mashizaki Keikan said...

Haaa~

Ana mention Pak Arab sebab persepsi kita terhadap Pak Arab secara umumnya macam 'alim gila. Padahal macam yang nta cakap lah, dia macam kita jugak. Ada yang bagus dan ada jugak yang kurang sikit bagusnya. Ada jugak yang teruk! Macam tu.

Kita selalu tgk "Pak Arab" dalam video, tgh solat bersama "Imam Arab" yang baca Qur'an sangat sedap... Jadi persepsi kita terhadap mereka macam tu.

Just to proove a point.

'ain3ra' said...

Salam,

'Abidah likes this post :)

Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab dibesarkan dalam bi'ah yg solehah, hasil titik peluh pakcik makcik semua. Dan berapa ramai antara kita yang sanggup mewarisi perjuangan mereka di setiap medan? :)

Mashizaki Keikan said...

Hmm... Agak berat rupanya tanggungjawab generasi yang datang sesudah mereka.

Malanglah kalau kita sentiasa sahaja melihat hasil usaha golongan terdahulu dengan pandangan "gelas separuh kosong". Sedangkan pengorbanan mereka terlalu tinggi.

Dalam salah satu wahana dakwah ikhwan ialah: amal mustamir (amal yang berkesinambungan). Kalau lah generasi kita decide untuk memulakan benda-benda yang baru dengan meninggalkan legasi generasi terdahulu, tak mungkin amal yang berkesinambungan tu dapat terlaksana.

Amal mustamir.

Amal mustamir...

Amal mustamir.............

+akufobia+ said...

like.kadang bukan kita tak hebat untuk meneruskan apa yang telah mereka usahakan.cuma kadang kita bukan dari penerus mereka.tapi kita adalah yang membuka langkahcararuang baru hasil dari berkembangnya akal,teknologi,peradaban.nta didatangkan pak arab oleh DIA untuk diuji sebentar.lalala.

Mashizaki Keikan said...

akhi, memastikan amal berkesinambungan itu satu hal, dan membuka ruang-ruang baru satu hal yang lain.

bahkan generasi yang baru macam kita memang sentiasa saja ada ruang baru untuk diterokai.

sebenarnya, kita bukan tak hebat, tapi kita yang tak guna potensi kita sepenuhnya. cuba kita tgk berlian, karbon hitam yang kotor menjadi berlian hanya setelah diproses dengan sangat-sangat lama di bawah tekanan yang memanjang sehingga ia menjadi satu batu yang sangat-sangat mahal.

kalau kita nak jadi hebat, boleh je. jom bersama da'wah dan tarbiyah, moga Allah menjadikan kita hebat bersama orang-orang yang hebat. takpun, paling kurang pun, moga kita mendapat sedikit tempias2 orang yang hebat.

sekali lagi, amal mustamir itu penting akhi...

amal mustamir itu penting.

"Kita bukan memulakan sesuatu yang baru, tetapi meneruskan apa yang telah diusahakan oleh generasi terdahulu!"

kahfi8 said...

hm, bleh test kat housemate ana.

dia algeria. pastu tak fasih sgt BM n BI. secara tak langsung, dpt recover balik vocab2 arab yg dah lupe time sekolah dulu..

Mashizaki Keikan said...

test apa akhi?

test diorang kenal tak 'ammar bin yasir? hmmm....

Kalau ustaz2 sekolah nta tu, mungkin mereka tahu kot...

M said...

'Ammar - Cuba tnya keluarga yg xde 'Ammar. Agak2 derang kenal tak? Ana yakin derang tau, Insya-Allah. Mungkin dari segi suasana kita dibesarkan menyebabkan our awareness towards sirah lebih baik.

Emm...Well that obviously a little thing people call "typo" (cet time tu jugak laa dia nak buat typo >_>)

Mashizaki Keikan said...

Mungkin kat Malaysia ni ramai yang tau kot Ammar bin Yasir. Lagipun, macam agak popular jugak lagu Sumayyah tu.

About the typo... haha~

permata said...

setiap org ada kelebihan dan kekurangan..kesian kat pak arab tu..menjadi mangsa..dikatakan spt menjadi punca hilangnya persepsi lama "bagusnya Pak Arab"..isy3

Mashizaki Keikan said...

Hmm... Pak Arab tu, walaupun dia tak tahu pasal 'Ammar bin Yasir, tapi at least dia rajin pergi masjid/surau/musolla.

Sesetengah daripada kita (orang Melayu), sirah power, bahasa Arab power, bacaan al-Qur'an mantap (sedap), tapi solat kat bilik sorang2. Takpun subuh kantoi.

Pak Arab tu masih hebat dari segi amal fardi walaupun mungkin knowledge wise in terms of sirah certain sahabat, dia kurang sikit.

permata said...

A better point of view, good. "Gelas separuh penuh" kan..

Mashizaki Keikan said...

"Gelas separuh penuh..." quite right there...

Anonymous said...

pada ana, tahu tak sesuatu seerah itu is not that big issue...

yang penting amal....

'amal biar selaras dgn kefahaman dan pengetahuan...
tahu banyak, tapi 'amal?

terlalu berteori pun tak elok, beramal tanpa teori pun tak bagus..

Mashizaki Keikan said...

tak tahu details sirah tu satu cerita, ye anonymous.

tapi tak tahu siapa 'Ammar bin Yasir, tu satu benda yang pelik. ia adalah basic dalam sirah. bukannya terlalu detail pun.

kalau tak tahu nama siapa sahabat2 yang wafat masa perang badar, atau kalau tak tahu siapa nama sahabat ansar yang pertama sekali masuk Islam dan memberikan bay'ah di aqabah, atau tak tahu siapakah sahabat yang RasuluLlah SAW suruh jadi spy sebelum memerangi tentera musyrikin dalam satu peperangan, kalau tak tahu yang itu, mungkin boleh diterima lagi.

analoginya macam jadi engineer, tapi basic matematik pun tak tahu... satu benda yang pelik.

yang penting amal ye?

memang yang penting amal, tapi cuba kita tengok dari satu sudut ye...

siapakah 'Ammar bin Yasir? dalam zaman apakah kisah dia popular? zaman makkah atau madinah? kenapa? mengapa cerita/kisah berkenaan dia sangat penting? adakah pengajaran yang boleh diambil dari kisah bilal lebih kurang sama?

kalau kita tengok, bagi kita, al-Qur'an adalah sumber utama rujukan kita. As-Sunnah RasuluLlah SAW adalah sesuatu yang menghuraikan tentang sumber yang pertama tersebut, dan memainkan fungsinya agar kita memahami dengan baik apa yang sebenarnya dikehendaki dari al-Qur'an. Sirah RasuluLlah SAW adalah untuk meletakkan sesuatu itu di dalam konteksnya (yang mana ramai gagal untuk melakukan demikian, dan selalu sahaja mengambil dalil di luar konteks).

Sirah sahabat pula adalah untuk kita ambil contoh yang baik dari hidup mereka sebagai bukti program al-Qur'an dan sunnah Rasul (ajaran Islam lah tu) adalah something yang praktikal. Praktikal dan tak macam agama2 lain (contoh; buddha - memang mustahil lah capai tahap buddha, tak pernah ada pengikut dia jadi tahap buddha, sebab memang tak boleh pun. memang agama yang salah). Praktikal untuk kita contohi sikap mereka, atau mungkin kelebihan mereka, atau mungkin juga kekuatan mereka.

Dalam konteks yang lebih khusus, 'Ammar bin Yasir memeluk Islam di zaman makkiyah. Kisah dia (dan juga Bilal) menunjukkan bagaimana hebatnya aqidah (benda asas ni, bukan teori melangit sangat pun) sehinggakan diseksa macamana teruk sekalipun, mereka tetap utuh dengan aqidah yang benar ini. Macam pulak dengan kebanyakan kita sekarang? Baru disogok dengan duit sikit, dah nak tukar agama? Na'uzubiLlah min zalik.

So, dengan sahabat yang sorang ni, kita perlu tahu kisah dia, supaya kita tahu macamana nak memperkukuhkan aqidah kita. Memperkukuhkan aqidah adalah satu kewajipan ke atas setiap muslim.

Terpulanglah kalau rasa memperkukuhkan aqidah tu tak penting... Tak payahlah ambik tahu pasal golongan2 yang awal ini...

WaLlahu a'lam.

p/s: sori kalau terkasaq bahasa.

Anonymous said...

ok....pemberian kefahaman yang cantik dan jelas...dan sesuai untuk orang yang berada dalam lingkungan tarbiyah(biasanya kalau orang tarbiyah tak tahu seerah memang peliklah)

cuma, mungkin kita buka skop pemikiran kepada orang2 biasa... seerah itu bukan pengetahuan yg common bagi mereka. jadi tak adil jika kita terus mengatakan "peliknya tak tahu, ingat dah tahu"

permata said...

spt biasa dgr cara bahasa anon ni... tp di mana ya..? hmm, whatever~

Mashizaki Keikan said...

eh? siapa ye? memecah keanonymousannya...

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]