Pages

Thursday, April 1, 2010

Prinsip & Permulaan Bicara

Artikel ini adalah artikel ke-2 daripada 6 siri. Sebuah artikel dari siri "Kembali Kepada Keaslian".

...sambungan...

Prinsip Yang Jelas

"Terdapat suatu kisah di mana suatu ketika ahli-ahli bahasa tidak sependapat tentang jumlah rangkap syair Alfiyah bin Malik. Perselisihan yang timbul ini nampaknya tiada jalan penyelesaian sehinggalah suatu ketika ada seorang pakar bahasa membawakan sebuah naskhah Alfiyah bin Malik sambil berkata: 'Ini dia, kiralah jumlahnya!' Akhirnya mereka berjaya mencapai kata sepakat. Tindakan pakar tersebut berjaya menyelesaikan masalah mereka."
(dipetik dari Risalah "Adakah Kita Golongan Yang Bekerja?" oleh Hasan al-Banna)

Mari Kita Mula Berbicara

Saya teringat sebuah kisah di dalam sirah nabawi. Saat tersebut adalah ketika Abu Talib sudah mula sakit, sebagai akibat dari pemboikotan musyrikin Makkah ke atas Bani Mutallib dan Bani Hasyim. Al-Mala' (kepimpinan) musyrikin telah bertemu dan mengatakan, "Dahulu mereka membiarkannya sehinggakan apabila bapa saudaranya mati baru mereka hendak mengerjakannya".

Akhirnya mereka telah bersetuju untuk berjumpa RasuluLlah SAW untuk berunding buat kali terakhirnya sebelum kematian Abu Talib.

Apabila ar-Rasul, Abu Talib dan para pemimpin musyrikin berhimpun, Abu Talib menerangkan keinginan para pemimpin musyrikin tersebut. Beliau telah mengajak supaya kedua-duanya tidak menganggu satu sama lain. Mendengar hal ini, RasuluLlah SAW telah menjawab, "Apa pendapat kamu sekiranya aku mengemukakan kepada kamu satu perkataan yang apabila kamu ucapkannya kamu akan menguasai seluruh bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain akan tunduk kepada kamu?"

Kepimpinan Quraisy menjadi bingung lantaran persoalan tersebut. Mereka tidak mengetahui perkataan apakah yang begitu berkuasa sekali. Lalu Abu Jahal pun berkata: "Apa dia perkataan tersebut? Demi bapamu, mudah sangat! Kami boleh mengucapkannya dan sepuluh yang lain pun tidak mengapa"

Baginda SAW menjawab, "Ucaplah La-ilaha-illa-Llah di samping kamu menolak seluruh penyembahan-penyembahan yang lain"

Begitu hebat sekali kalimah yang dinyatakan ini. Sememangnya di dalam sirah tamadun Islam, hal ini telah terbuktikan, betapa luasnya jangkauan Islam sehinggakan pernah ada seorang khalifah (saya dah lupa namanya) yang berkata:

"Hai hujan, turunlah di mana sahaja di bumi ini, pasti ia akan sampai juga kepadaku" (atau seperti mana yang diucapkan).

...bersambung...

10 comments:

Anonymous said...

Ada beberapa kesilapan yang perlu diperbaiki:

1. Sumber quote; align left.
2. "pernah ada seornag khalifah"; seorang khalifah.

Mashizaki Keikan said...

mantap.

+akufobia+ said...

hoho.ada checker.

Mashizaki Keikan said...

Diri sendiri lah. Malas nak log in, tu pakai anonymous je time tu...

thaaqhib said...

kepimpinan = salah
pimpinan = betul.

kalau digunakan dalam ayat tu la.. kepimpinan quraisy.~~ patutnya pimpinan

ntah ah~

Mashizaki Keikan said...

eh, gitu?

Kepimpinan macam lebih kena dengan "The Leaders" je...

Walaupun kalau translate jadi Leadership.

Hmm...

Mashizaki Keikan said...

Berkenaan dengan bahagian "Prinsip yang Jelas", Hasan al-Banna telah menjelaskan satu analogi yang sangat tepat. Analogi yang berlaku dalam realiti dunia semasa.

Apabila timbulnya pergaduhan atau perselisihan pendapat tentang sesuatu, maka kita harus mengembalikannya kepada sumber asalnya. Seperti mana para penyair tidak bersetuju dengan berapa rangkap Alfiyah bin Malik. Mereka dibawa kepada melihat sumber asalnya.

Apabila beberapa golongan tidak bersetuju dengan sesuatu di dalam urusan agama ini, maka hendaklah mereka kembali kepada kitab Allah dan sunnah Rasulnya.

Atas sebab itu, saya membawa perkara ini di dalam siri yang kedua ini. Agar semua jelas tentang apa yang dikehendaki daripada deen ini. Bukan apa yang dikehendaki oleh individu perorangan.

Mashizaki Keikan said...

"Mari Kita Mula Berbicara" pula membawa maksud bahawa aqidah yang satu ini sepatutnya menyatukan hati-hati manusia sehingga mereka menjadi ummah yang satu. Ini selagi mereka berpegang teguh dengan dua asas yang telah saya sebutkan tadi.

Bibit perpecahan akan bermula apabila aqidah ini mula terseleweng. Terseleweng dengan "mendahului" Allah dan Rasul, dalam erti kata mengambil sumber-sumber yang lain dahulu sebelum mengambil Islam.

QM said...

La ilaha illa Allah.

Uluhiyyah. Tauhid yang benar mencorakkan kerangka pemikiran dan semua pendirian, tindakan, sikap kita.

Dari sini kita melihat dakwah Nabi secara jelas. Bermula dengan membetulkan kepercayaan, aqidah manusia. Dakwah kepada Islam pintunya adalah dakwah kepada aqidah yang benar.

Surah Al-Kahfi dikatakan oleh Nabi boleh menyelamatkan manusia dari dajjal. Bermaksud merupakan ubat untuk permasalahan kita di akhir zaman ini. Dan intipati surah alKahfi adalah pembetulan aqidah.

Tabiat tarbiyyah AlQuran itu bermula dengan pencongkolan tauhid didalam hati dan membersihkan hati dari syirik.[Sayyid Qutb]

Mashizaki Keikan said...

Yang akhirnya, dengan kerangka yang betul tersebut lahirnya orang-orang yang satu fikrah. Hanya dengan berpegang teguh dengan kalimah ini, manusia dapat disatukan.

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]