Pages

Wednesday, February 3, 2010

Dasar Persamaan

Realiti Masa Kini

Namun demikian, secara realitinya kadangkala kita melihat orang-orang yang satu aqidah tidak dapat bersatu sesama mereka. Bahkan bukan sekadar tidak bersatu, malahan berbalahan sesama mereka! Pilu dan sedih kita melihat keadaan seperti ini. Sudah tentu terdapat suatu masalah yang besar, yang berpunca dari satu punca yang tertentu.

Ketidak-satuan hanyalah merupakan satu simptom. Umpama sebuah iceberg, simptom iceberg tersebut hanyalah sebuah pulau ais yang kecil yang kelihatan di atas air sedangkan di dalam air tersebut terdapat ketulan ais yang sangat-sangat besar. Besarnya berklai-kali ganda berbanding dengan apa yang kelihatan di atas air. Puncanya datang dari 'somewhere'.

Jika kita telah mengatakan bahawa aqidah yang betul mampu menyatukan manusia, maka sekiranya aqidah ini rosak atau mempunyai cemaran-cemaran, ia akan membawa kepada kerosakan kesatuan dan mula menunjukkan simtom-simtomnya. Sekurang-kurangnya sedikit. Yang sedikit tersebut akan membuak menjadi banyak, dan ianya akan berterusan sehinggakan berlakunya perpecahan.

Hikmah Yang Diajarkan; Langkah Pertama

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
(al-Hujurat, 49:13)

Perbezaan memang merupakan satu benda yang pasti akan berlaku. Ia sememangnya tidak dapat dielakkan. Pasti ada sahaja benda yang membezakan kita dengan orang lain. Sehinggakan di dalam ayat di atas pun Allah menggambarkan betapa wujudnya perbezaan di antara manusia.

Walaubagaimanapun, Dia telah mengajarkan kepada kita satu hikmah yang begitu releven buat kita. Iaitu dengan mengajarkan kepada kita supaya kita kembali kepadanya. Bertaqwa di dalam setiap urusan hidup. Kita semua tidak mulia di sisiNya selagi tidak ada nilai ketaqwaan di dalam diri kita.

Begitu jugalah halnya ketika Allah ingin menyatakan tentang ummah yang terbaik, Dia telah memulakannya dengan ayat ketaqwaan;
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan sepenuhnya menyerah diri (kepada Allah)"
(Aali Imran, 3:102)

Hikmah Yang Diajarkan; Langkah Kedua

Perbezaan-perbezaan yang kecil itu adalah sangat-sangat kecil. Tetapi akan menjadi besar sekiranya mata hanya memandang kepada benda-benda kecil tersebut. Umpama seseorang dewasa yang tinggi berdiri di kalangan kanak-kanak. Dia akan kelihatan tinggi. Tetapi apabila dia berdiri disebelah pokok-pokok, apalah sangat ketinggian si lelaki 'tinggi' tersebut berbanding dengan ketinggian pokok?

Apabila kita melihat sebuah gelas yang berisi dengan air seperti di dalam gambar, apakah yang pertama terbayang di benak fikiran kita?

Sebuah gelas yang (1) separuh kosong atau sebuah gelas yang (2) separuh penuh?

Jika jawapan kita adalah yang pertama, maka berhati-hatilah. Namun jika jawapan kita adalah yang kedua, bagus.

Kita sepatutnya mengajar diri kita melihat kepada kebaikan yang ada pada seseorang. Kebaikan yang dapat menyatukan di antara satu sama lain. Apabila terdapatnya kecenderungan mencari titik persamaan, akan bermulalah permulaan kesatuan.

Jangan disebabkan kita hanya menumpu kepada segala perbezaan, ia menghalang kita dari bersatu sebagai satu umat.

Bersatulah dalam hal-hal yang thawabit (tetap).

Masih Lagi Berbeza

Jika masih lagi terdapat perbezaan yang tidak dapat dielakkan, maka jalan yang terbaik adalah supaya masing-masing saling menghormati pandangan satu sama lain. Kemudiannya masing-masing melapangkan dada masing-masing, dan mengucapkan salama.

Masing-masing tidak cuba untuk meruntuhkan yang lainnya. Tetapi masing-masing berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan masing-masing (yang masih terbatas di dalam batasan syara').

Kita mengharapkan agar suatu masa nanti kita akan bersatu juga. Jika tidak di dunia, insya Allah di akhirat nanti di dalam syurga Allah yang sangat luas.
"Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus."
(al-Baqarah, 2:213)

11 comments:

UMMU HAFSIN said...

salam. ana sokong dn ana stuju dgn pandangan dn hujah yg diberikn...

Mashizaki Keikan said...

Sememangnya kita harus cuba bersatu di atas kesamaan. Tetapi pada masa yang sama, jika kita tidak mampu, sekurang-kurangnya kita berlapang dada dengan mereka serta tidak menjatuhkan orang lain.

kahfi8 said...

salaam,

ukhuwwah itu lebih penting dari mempertahankan pendapat. Mungkin pendapat kita betul, tapi dalam sesetengah hal, perlulah berfikiran positif dan memikirkan kepentingan ummah.

setuju dengan pendapat dalam entry ini.. =)

mari berlapang dada dengan semua orang..!

Mashizaki Keikan said...

ya, betul ya akhi....

Tapi ana taknak berlapang dada dengan semua kot. Dengan kuffar, kita sangat-sangat kena berhati-hati.

Kuffar dengan non-muslim lain ye.

kahfi8 said...

Eh ye le. Lupa nak statekan di situ.

Ada batas lain plak ngan non-muslim dan juga orang Islam yang anti-Islam.

Jazaakallaah kerna mengingatkan.

Mashizaki Keikan said...

Wa-iyyaka (sama-sama)!

Btw, nta apa habaq? Lama tak tanya habaq nta ye...

Mashizaki Keikan said...

artikel ini adalah artikel yang neutral. tidak menyentuh mana2 pihak apatah lagi menghina mereka.

saya pelik dengan sesetengah orang.

permata said...

saya pun pelik..

rasanya x de pulak terbaca simptom2 "mencari kesalahan dan MEMBURUK2KAN kump lain" spt yg dikatakan..

hm..

Mashizaki Keikan said...

saya membuka ruang ini untuk berbincang dengannya...

mai lah bincang wahai anonymous "im"...

Anonymous said...

assalamu'alaykum..erm nqbh ana ada bercerita tentang iceberg ni, masa ana bertanya sesuatu pd dia...terkadang kita ni terlalu cepat justify sesuatu sedangkan peringkat kefahaman dan ilmu masih lagi cetek.melihat realiti hari ini, sebenarnya amat sedih. teringat pula,ada seorang kwn yang tidak punya fikrah apa pun bertanya kan tentang hari kiamat " bukan ka ummat islam akan menang sebelum kiamat? tapi kenapa tanda2 kiamat lebih bnyak dr tanda2 ummat islam nak menang" ...gurp!

Mashizaki Keikan said...

satu persoalan yang lain... "nak jadi yang mana? yang tanda-tanda qiyamat tu atau yang tanda-tanda kebangkitan Islam tu?"

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]