Pages

Tuesday, February 16, 2010

Ciri Pemuda

Hasan al-Banna ketika memberi ucapan


Wahai sekalian pemuda...


Sesuatu fikrah itu akan berjaya jika wujud keyakinan yang kuat terhadap fikrah yang didokong tersebut, wujudnya keikhlasan dalam mendokongnya, semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha merealisasikannya. Keempat-empat asas ini, iaitu keimanan (keyakinan), keikhlasan, semangat dan amal adalah sifat-sifat istimewa para pemuda.

Sebabnya ialah, asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, dan asas amal ialah keazaman yang membara. Setiap sifat ini tidak berada pada sesiapa kecuali pada para pemuda.

Atas dasar ini dalam mana-mana bangsa para pemuda menjadi tonggak kepada kebangkitan mereka. Setiap kebangkitan ada rahsia kekuatannya yang tersendiri. Setiap fikrah ada pendokong panjinya.

"Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami menambah buat mereka huda (petunjuk)"
(al-Kahfi, 18:13)

9 comments:

kahfi8 said...

Salaam,

Bagus jugak diselitkan ucapan dalam b.arab.

Baarokallaah.. =)

Mashizaki Keikan said...

Ucapan yang ada tu hanya sebahagian sahaja... Sebenarnya ucapan tersebut lagi panjang. Video tu pun bukan dari ucapan tu sepenuhnya. Ana pun tak tahu dari mana datangnya recording tersebut... Dan ana pun tak tahu sama ada yang itu suara Hasan al-Banna atau tak.

p/s: ada orang kata, "kurang ikhwanic kalau tak dalam bahasa arab"...

alB said...

jazakallah khair jaza'
da lame ana cari transalation utk vid ni... wlupn da lame ana bookmark blog nta dlm google chrome ana, baru la ni allah menunjukkan ana video nie siap ada translation n arabic teks.
errr, saki-baki translation n teks ucapan(arabic) xde ke khi?
jazakallahu khair jaza' wa barakallahufika

alB said...

ana minta izin utk copy link nya ya?
credit to nta

Mashizaki Keikan said...

Sebenarnya ana ambik translationnya dari Risalah Pemuda Hasan al-Banna dalam buku Himpunan Risalah al-Banna. Dalam risalah tersebut, ucapan Hasan al-Banna lain sikit dari yang ada kat dalam video. Yang sama hanya yang ada BMnya di post ana ni. Gitu.

Mashizaki Keikan said...

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=216131.html

alB said...

yea ana copy and post disana...
jazakallah khair

Abdullah Munir said...

http://www.youtube.com/watch?v=kKTfiUfiFBY&feature=player_embedded

Mashizaki Keikan said...

Mantap2... Video ni, nta yang buat eh Munir?

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]