Pages

Sunday, September 20, 2009

'Eid Mubarak!

Assalamu'alaykum...

Buat Ikhwah dan Akhawat yang dikasihi, rakan-rakan sekursus, rakan-rakan sekolej, dan sesiapa sahaja yang dikenali mahupun yang tak dikenali (tetapi mengenali peribadi ini):

Dalam kesempatan yang ada ini,
Ingin diambil peluang keemasan ini,
Bagi memohon seribu kemaafan,
Tidak dilupakan juga keampunan,
Dari setiap insan yang pernah,
Saya bertemu dan bermesra ramah,
Andai ada di terkasar bahasa,
Atau terhutang budi bicara,
Atau tersakitkan si hati anda,
Hingga ia sedikit tercalar,
Supaya kita kosong-kosong,
Dan saling memaafi yang lain,
Dengan tulus tanpa berbohong,
Juga saya meminta pada semua,
Agar menghalalkan apa yang terhutang,
Supaya di akhirat nanti, kita,
Tidak tersangkut di pintu syurga.

Tetapi rugilah orang yang hanya menyambut hari ini dengan suka ria kerana "bulan yang penuh kongkongan" telah habis. Mereka ini bukanlah menyambut hari kembali kepada fitrah, tetapi mereka sebenarnya menyambut hari kebebasan syaitan daripada tempat belenggu di bulan Ramadhan. Janganlah kita termasuk orang-orang yang rugi ini.

Saya ucapkan Eid Mubarak, buat semua yang telah berjaya menghidupkan Ramadhannya dengan penuh keinsafan dan penuh pengharapan kepada Allah SWT. Sesungguhnya hari yang mulia ini adalah satu hari untuk mengucapkan serta meluahkan rasa syukur kita kepadaNya. Andai Ramadhan itu kita beramal dengan banyak amal yang soleh, moga apabila kita bersyukur, Allah akan menambahkan buat kita keteguhan hati untuk meneruskan amal-amal tersebut:
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: 'Tuhan kami adalah Allah' lalu mereka beristiqamah, akan turun ke atasnya malaikat (lalu berkata kepada mereka): 'Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih, dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu'"
[Fussilat, 41:30]

تقبل الله منا ومنكم


Mudah-mudahan Allah menerima amal kami dan amal kamu..!

1 comment:

Abu Khalid said...

Akhi
Ana pun nak mohon maaf andai ada salah silap

Salah kata
Salah taip

Ana kan manusia
Dan ana sedang belajar untuk jadi manusia yang semakin baik

Towards a better muslim
For a better world

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]