Artikel yang ana tulis ini adalah buat sahabat-sahabatku yang dikasihi yang baru memulakan usrah agar kita semua jelas dengan apa yang diingini daripada usrah tersebut. Dan juga buat sahabat-sahabatku yang sudah lama mengikuti usrah tetapi masih tidak jelas dengan apa yang ingin dicapai daripada usrah tersebut. Dengan harapan bahawa suatu hari nanti, kita bersama-sama akan menjadi seorang hamba Allah yang hebat sepertimana hebatnya RasuluLlah, para sahabat dan para salafussoleh. Juga dengan harapan pada suatu hari nanti, kita dapat bergerak bersama-sama di dalam satu barisan yang tersusun menyeru manusia kepada Islam yang tulen.
Wahai sahabat yang dikasihi Allah,
Sesungguhnya, banyak sekali ana melihat di kalangan orang yang baru mengikuti usrah, mereka mengikuti dengan pelbagai tujuan. Ada yang tujuannya untuk mencari sesuatu yang dapat memuaskan hatinya, yang sentiasa tercari-cari hala tuju dan arah gerakan di dalam hidupnya. Ada pula yang hanya mengharapkan agar dirinya terpelihara dalam bi'ah (suasana) yang soleh, supaya dirinya tidak dibawa oleh arus maksiat dan kehancuran. Ada juga yang mengikuti usrah kerana terpaksa, kalau tidak nanti ada orang yang tertentu akan tanya dia perkembangan usrah macamana, takut-takut tak dapat dijawab nanti. Tidak terlepas juga golongan orang yang mengikuti usrah kerana mahu dilabel sebagai orang yang 'alim lagi komited dengan da'wah. Dan bermacam-macam lagi sebab yang menghasilkan pelbagai perspektif terhadap fungsi sistem usrah itu sendiri.
Maka disebabkan itu wahai sahabat yang dikasihi, suka sangat-sangat ana mengajak kita sama-sama merenung kembali... Adakah kita ini termasuk dalam salah satu golongan yang niatnya tidak betul atau kita ini termasuk dalam golongan orang yang sentiasa mengikhlaskan diri kepada Allah? Dengan mengharapkan redhaNya dengan mengikuti sistem usrah ini? Marilah kita sama-sama merenung kembali dan memuhasabah diri kita, kerana ada pepatah arab yang mafhumnya, "Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab." Semoga dengan kita menghisab diri kita balik, kita dapat mengikhlaskan diri mengikuti program usrah yang kita ikuti ini.
Sahabatku, setelah itu tidak cukup untuk kita hanya meletakkan keikhlasan di dalam amal kita tetapi kita tidak mengetahui hala tuju kita atau apa yang ingin dicapai daripada amal tersebut. Kerana perkara atau amal yang dilakukan tanpa hala tuju umpama kapal terbang yang terbang di langit dan tidak tahu destinasinya. Ia hanya menunggu minyaknya habis dan kemudian setelah itu ia jatuh terhempas, mengorbankan dirinya. Dia sendiri akan merasa kerugian.
Namun demikian, ana tidak ingin kita melihat jauh sangat terlebih dahulu tetapi kita melihat apa yang ingin kita capai secara individu. Apa yang sepatutnya kita peroleh daripada institusi tarbiyah@usrah dalam konteks ini.
Sahabat yang dirahmati Allah, ana berharap agar anda dapat memiliki kesepuluh-sepuluh sifat ini sebagai natijah atau musabab mengikuti sistem usrah dan tarbiyah yang telah dirancang itu:
- Mempunyai aqidah yang sejahtera.
- Beribadah dengan ibadah yang sahih.
- Mempunyai akhlak yang mantap.
- Sentiasa bermujahadah lawan nafsu.
- Mampu berdikari.
- Kuat tubuh badan.
- Sangat menjaga waktunya.
- Sentiasa teratur urusannya.
- Luas ilmu pengetahuannya.
- Bermanfaat kepada orang lain.
Kemudian akhlak yang mantap itu akan jelas terserlah dan lahir di dalam keperibadian kita, sebagai manifestasi kekuatan hubungan dengan Allah. Lalu disempunakan sifat-sifat yang lainnya ada di dalam ciri yang telah disebutkan di atas sehingga ciri yang terakhir, iaitu kita ini sentiasa bermanfaat kepada orang lain.
Sahabatku yang dikasihi, sesungguhnya ana telah mempelajari satu perkara yang ana dapat sendiri daripada pengalaman yang sedikit ini. Bahawasanya orang yang kering hubungannya dengan Allah tidak akan berjaya mempaut hati orang untuk mengikuti jalan yang mulia ini sekaligus pasti akan gagal dalam usahanya membina generasi al-Qur'an yang unik.
Dan akhirnya, marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita agar kita bersama dapat memperbaiki diri kita pada ciri kelemahan kita di dalam sepuluh ciri tersebut agar ruh pejuang Islam yang tulen itu ada di dalam kita. Dan agar kita ini dapat melahirkan suatu generasi yang suci seperti mana generasi para sahabat terdahulu, bersama-sama. Insya Allah.
Daripada sahabatmu,
-MK-
6 comments:
dibaca dan direnungkan. ana perhati word by word tanpa satu pun yg terlepas pandang.
jakallahukhair
buat ana merenung kembali niat sebenar dan keikhlasan hati dlm membuat apa2 jua perkara.
Bukan itu sahaja, bahkan kena mempunyai hala tuju; ke manakah kita nak bawa keikhlasan tersebut? Dan akan datang pulak persoalan selepas itu, macamana?
testing...
ouh....
simple ana igtkan rupanya ada lg perbincanagn yg lebih seni.
renungan....
assalamu"alaykum ana merasakan kekuatan ana terletak pd kekuatan yg ALlah salurkan pd mad'u usrah. semuaya tersusun indah mengikut 10 muasafat tarbiyyah.haza jamil! tiada kata utk mengambarkan indahnya 10 musafat tarbiyyah..yg ptt dihayati semua daie.marilah yg bersesiapa shj yg berada di atas jalan ini agar terus mekar dgn usaha yg gigih dlm da'wah dan meletakkan harapanya hanya pd ALlah.
betul..betul...
Post a Comment