Pages

Wednesday, January 22, 2014

Aku Merindui Ikhwah


Aku Merindui Ikhwah

Kerinduan itu hanya terasa ketika
Tidak bersama mereka yang dikasihi
Aku bertemu mereka kerana Allah
Lalu berpisah dari mereka keranaNya

Janji Rasul menyebut bahawa
Seorang yang bertemu dan berpisah
Kerana Allah semata-mata
Mendapat naungan ArasyNya


Aku merindui saat bersama ikhwah
Ketika sama-sama duduk menambahkan FAHAM
Walau lenguh belakang dan kebas punggung
Tapi tetap terus menunggu sehingga jelas

Aku merindui saat bersama ikhwah
Ketika solat, qiam, tilawah dan bermathurat bersama
Menambahkan bekalan ruh, iman dan taqwa
Bekalan apa yang lebih penting dari bekalan taqwa?

Aku merindui saat bersama ikhwah
Ketika makan bersama dari sebuah talam
Saling bertaaruf dan saling berUKHUWWAH
Saling mengaplikasikan makna sebenar takaful

Aku merindui saat bersama ikhwah
Ketika kami bertanding bersama
Ada kumpulan yang menang dan ada yang kalah
Namun ukhuwwah tetap terus subur tidak meluka hati

Aku merindui saat bersama ikhwah
Semoga kerinduan ini menjumpakan kita
Semuanya di dalam syurga yang abadi
Salin berjiran dan berziarah

Itulah ikhwah, mereka yang kurindui...

Mashizaki Keikan
-Safar 1435H-

No comments:

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]