AlhamduliLlah menjadi kebanggaan kami, para Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) JB, dengan sebab kemenangan adik-adik kami di dalam pertandingan debat Bahasa Arab di IIUM tempoh hari. Tahniah diucapkan (baca:dituliskan) buat mereka.
Saya secara peribadinya bukan sekadar berbangga kerana kemenangan tersebut, tetapi juga atas beberapa sebab lain yang bersangkut-paut soal penguasaan bahasa Arab. Adik-adik ini telah menunjukkan satu contoh yang sangat baik bahawa jika kita bersungguh untuk menguasai bahasa Arab, dan sememangnya meletakkan usaha untuk mempelajarinya, seseorang itu akan mampu untuk berbicara di dalam bahasa tersebut.
Selain itu, mereka juga menjadi bukti yang hidup bagi membuktikan bahawa tidak mustahil untuk menguasai bahasa arab, tanpa pergi ke negara-negara Arab.
Saya juga sangat kagum dengan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh para asatizah SMIH dalam konteks ini. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa penatnya mereka di dalam memerah keringat dan peluh agar anak-anak murid mereka dapat menguasai bahasa Arab dengan baik. Moga Allah membalas jasa mereka dengan kebaikan yang banyak.
Mudah-mudahan juga, suatu hari nanti kita semua di sini (Malaysia) akan hidup di dalam satu suasana yang mana semua orang memahami apa yang dibaca dari al-Qur'an.
Berikut ini video bagi perlawanan debat peringkat akhir kumpulan Bahasa Arab:
9 comments:
Tahniah ana ucapkan.. walaupun ana disarawak.. Ana tetap berbangga.. Kerana SMIH berada diJB dan di negeri Ana.. hehehe.. Tahniah buat semua
wow.tahniah.
Admin HB: Enta orang johor? Dok mana?
i like...=)
Of course lah you like, because you're also an alumnian.
Ana rasa tersisih
Tapi tidak mengapa
Allah kan ada
Akhi, tak perlu rasa diri tersisih. Kerana ana tak kata hanya alumni sahaja yang berbangga. Sudah pasti ramai ikhwah dan akhawat yang selain alumni juga akan berbangga di atas kejayaan anak-anak ikhwah ini.
salam.. masyaAllah.. hebatnya!!
macam mana mereka boleh fasih berbicara bahasa Arab ye??
bukan setakat cakap.. tapi berdebat..
yg duduk kat negara arab pun tak masyi2 lagi
sebab mereka betul2 terdesak nak pakai untuk berdebat... lagipun, mereka memang telah ditraining khas oleh ustazah-ustazah kat SMIHJB.
Anyway, kalau dok negeri arab tapi satu kelas semua orang melayu je, dan tambah pulak class belajar dalam BI, memang la takleh nak dapat BA tu.
Nampaknya kena memaksa sikit la supaya boleh cakap arab ye? Nanti balik dari menumpang kat sana, takdelah rugi sangat eh?
Paling kurang pun, bila baca al-Qur'an dapat paham jadi laa...
Post a Comment