Sepuluh tahun sebelum tahun kebangkitan, satu dunia telah digemparkan dengan peristiwa 11 September, di mana dunia menyaksikan kedua-dua menara World Trade Centre (WTC) di New York telah dilanggar oleh kapal terbang, dan kedua-duanya runtuh. Kejadian yang menggemparkan dunia tersebut juga telah diiringi dengan satu kejadian yang hampir serupa yang berlaku di Pentagon, pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS). Tidak lama selepas kejadian tersebut, Presiden Bush mengisytiharkan perang terhadap Afghanistan pada bulan Oktober 2001, dengan alasan langkah pertama memerangi Terrorism, dan juga dengan alasan untuk mendapatkan Usamah bin Laden dan kumpulan al-Qaedanya. Bahkan peperangan tidak sekadar terhenti di situ, ia lanjut sehingga terjadinya peperangan Iraq pada bulan Mac 2003. Semenjak dari peristiwa 11 September, dan dengan peranan propaganda media barat, kebanyakan masyarakat barat telah dikuasai pemikiran mereka dengan Islamafobia (takutkan Islam). Musuh-musuh Allah telah merancang untuk menjatuhkan Islam, namun mereka hanya mampu merancang, sedangkan sebaik-baik perancang adalah Allah.
Monday, January 9, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)