Artikel ini adalah artikel ke-4 daripada 6 siri. Sebuah artikel dari siri "Kembali Kepada Keaslian".
...sambungan...
Al-Banna Meringkaskan
Di dalam risalah Da'watuna yang telah ditulis oleh al-ustaz Hasan al-Banna (atau ceramahnya), beliau telah meringkaskan permasalahan ini dalam ayat-ayat yang ringkas lagi padat. Sesiapa sahaja yang membaca risalah ini, pasti akan terbayang betapa ayat-ayat yang berada di dalam risalah tersebut adalah kefahaman al-ustaz secara komprehensif dan menyeluruh terhadap ayat-ayat al-Qur'an dan hadith. Antaranya:
Jika yang dimaksudkan dengan patriotisme dan nasionalisme adalah berikut:
Tetapi jika patriotisme yang mereka maksudkan ialah memecah-belahkan ummah ini kepada beberapa puak yang saling bertelagah, saling berhasad-dengki, saling caci-mencaci saling tuduh menuduh dan saling dendam-mendendam, bersatu dan berpecah berlandaskan fahaman ciptaan manusia yang didorong oleh hawa nafsu, diatur oleh matlamat yang berbeza, digerakkan oleh fahaman yang hanya berlandaskan kepentingan peribadi, dalam masa yang sama pihak musuh mengambil kesempatan dengan menyemarakkan lagi api permusuhan, musuh memecah belahkan mereka dalam perkara yang sepatutnya mereka bersatu dan menyatu-padukan mereka dalam perkara yang tidak betul.....(sehingga akhir).
Patriotisme seperti ini adalah karut dan tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kepada para pendokong dan juga orang ramai.
Apa yang membezakan kita dengan mereka ialah kita meletakkan aqidah sebagai sempadan patriotisme kita. Sementara mereka meletakkan sempadan patriotisme mereka ialah sempadan geografi.
Manakala berkenaan dengan nasionalisme, jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah berbangga dengan bangsa sendiri hingga ke tahap merendahkan bangsa lain, memusuhi dan memanupulasi bangsa lain demi memartabatkan bangsa sendiri sepertimana yang pernah dilakukan oleh Jerman dan Itali atau mana-mana bangsa yang mendakwa mereka lebih isitimewa berbanding bangsa-bangsa lain, maka maksud seperti ini adalah suatu yang keji malah bercanggahan sama sekali dengan nilai peri kemanusiaan. Tindakan ini sebenarnya membawa maksud memanupulasi semua bangsa manusia demi mencapai suatu yang tidak pasti, suatu yang bukan hakiki dan tidak mendatangkan kebaikan kepada sesiapa.
...bersambung...

- Rasa rindu dan cinta kepada negara dan tanahair.
- Keinginan untuk membebaskan negara dari penjajah dalam bentuk fizikal dan non-fizikal.
- Pengukuhan hubungan rantau untuk kepentingan pembangunan lokal.
- Penaklukan negara dan menguasai negara lain dengan deen Islam.
- Berbangga dengan generasi silam untuk dijadikan contoh yang terbaik sehingga membangkitkan himmah (keinginan) yang tinggi memperjuangkan generasi kini.
- Keluarga dan ummah adalah orang yang menerima layanan yang terbaik, dan orang yang paling utama dilimpahkan segala sumbangan dan jihad.
Tetapi jika patriotisme yang mereka maksudkan ialah memecah-belahkan ummah ini kepada beberapa puak yang saling bertelagah, saling berhasad-dengki, saling caci-mencaci saling tuduh menuduh dan saling dendam-mendendam, bersatu dan berpecah berlandaskan fahaman ciptaan manusia yang didorong oleh hawa nafsu, diatur oleh matlamat yang berbeza, digerakkan oleh fahaman yang hanya berlandaskan kepentingan peribadi, dalam masa yang sama pihak musuh mengambil kesempatan dengan menyemarakkan lagi api permusuhan, musuh memecah belahkan mereka dalam perkara yang sepatutnya mereka bersatu dan menyatu-padukan mereka dalam perkara yang tidak betul.....(sehingga akhir).
Patriotisme seperti ini adalah karut dan tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kepada para pendokong dan juga orang ramai.
Apa yang membezakan kita dengan mereka ialah kita meletakkan aqidah sebagai sempadan patriotisme kita. Sementara mereka meletakkan sempadan patriotisme mereka ialah sempadan geografi.
Manakala berkenaan dengan nasionalisme, jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah berbangga dengan bangsa sendiri hingga ke tahap merendahkan bangsa lain, memusuhi dan memanupulasi bangsa lain demi memartabatkan bangsa sendiri sepertimana yang pernah dilakukan oleh Jerman dan Itali atau mana-mana bangsa yang mendakwa mereka lebih isitimewa berbanding bangsa-bangsa lain, maka maksud seperti ini adalah suatu yang keji malah bercanggahan sama sekali dengan nilai peri kemanusiaan. Tindakan ini sebenarnya membawa maksud memanupulasi semua bangsa manusia demi mencapai suatu yang tidak pasti, suatu yang bukan hakiki dan tidak mendatangkan kebaikan kepada sesiapa.
"Allah telah membersihkan kamu dari nilai jahiliyah dan budaya berbangga dengan nenek moyang. Seluruh manusia berasal dari Adam, dan Adam daripada tanah. Tiada kemuliaan bagi orang Arab berbanding bukan Arab kecuali dengan ketaqwaan"
(Hadith RasuluLlah SAW)
...bersambung...
8 comments:
Salam
Patriotisme@Nasionalisme = semangat kebangsaan?
Bila bicara bangsa = Melayu.
Kan?
Hasan al-Banna telah menjelaskan tentang maksud patriotisme & nasionalisme. Jika apa yang dimaksudkan oleh kedua-dua perkara tersebut adalah seperti ada di dalam artikel di atas (yang dibuat bullet form), maka definisi patriotisme dan nasionalisme tersebut diterima di sisi Islam.
Tetapi jika yang dimaksudkan membawa maksud yang mempunyai nilai-nilai negatif dari perspektif Islam, maka ia adalah diltolak dengan keras sama sekali.
Bila kita berbicara berkenaan bangsa tak semestinya merujuk kepada bangsa Melayu, tetapi bangsa Melayu juga tertakluk dengan apa yang disebutkan ini.
memberhentikan kebangsaan.
apa yang memberhentikan kebangsaan tu?
Cuba buat ayat penuh2 sikit supaya senang sikit orang lain faham...
ya.. iya..
itu maksud ana. bila yang batil itu mestinya ditolak.
tapi cuma terkilan bila la ni definisinya, Bangsa=Melayu=korup.
Dan malang bila orang Melayu itu sendiri memijak,merendahkan antara satu sama lain.
Sedangkan Melayu=Islam, tak dipandang berat. Islam cuma pada nama, amalan? Astaghfirullah.
Ada orang kata, "Islam tak perlukan Melayu, tapi Melayu yang perlukan Islam" bila dibangkitkan isu pemerintahan Malaysia wajarlah tampuk tertingginya si Islam. [ISLAM+ISLAM better than ISLAM+NONMUSLIM]
Oh,fahamkah point ana? Adeh.
Apa yang ana cuba bawak dalam konteks ini ialah berkaitan dengan konsep asas Islam.
Apa Islam terima dan yang Islam tolak.
Kita nak kena jelas tentang prinsip, dan hanya setelah jelas dengan prinsip barulah kita berbicara tentang siyasah.
Berapa ramai orang yang tak jelas prinsip, dan berbicara berkenenaan siyasah (politik), selepas itu mereka menyeleweng dari prinsip-prinsip asas Islam?
Saya di sini berbicara soal prinsip dan bukan soal siyasah.
WaLlahu ta'ala a'lam.
pemahaman kita tentang 'nasionalism' selama ni telah disilibuskan oleh penjajah. Sudah tentu bertentangan dengan apa yang Islam mahukan.
Untuk menyatukan bangsa atas nama nasionalisme yang benar ni, step pertamanya adalah memurnikan katakunci nasionalism.
Mungkin ada saja yang cuba menangguk di air keruh.
Bukankah di awal perbincangan prinsip penyatuan kita dalah aqidah yang benar, yang satu. Bukan salah satu pihak menjustifikasi sikapnya untuk bersatu tanpa kembali kepada asolah.
Balik kepada bagaimana manhaj salafussoleh memahami alquran. belajar untuk mengamalkan. bukan untuk mem'hak'kan yang batil.
dah jauh..
ok, logiknya. mudah saja, think globally. act locally..
I reiterate:
"Apa yang membezakan kita dengan mereka ialah kita meletakkan aqidah sebagai sempadan patriotisme kita. Sementara mereka meletakkan sempadan patriotisme mereka ialah sempadan geografi."
Post a Comment