Pages

Tuesday, June 22, 2010

Lagu Allahu Ghayatuna

Kumpulan SaffOne yang menyanyikan lagu IKRAM dan Allahu Ghayatuna.

Tajuk lagunya gempak; Allahu Ghayatuna. Ia memberi persepsi semangat lagu ini seakan-akan lagu Shoutul Harokah (baca: Sowtul Harokah) yang bernama bingkai kehidupan. Namun ianya agak berbeza dari segi rentaknya. Walaubagaimanapun, liriknya yang cukup mendalam maksudnya lebih penting untuk ditonjolkan, berbanding dengan rentaknya. Rentaknya mungkin boleh diubah pada masa-masa akan datang dengan harapan ia dapat menandingi rentak lagu Sowtul Harokah dan lain-lain.

Moga lagu Allahu Ghayatuna ini dapat mempertingkatkan semangat kita di dalam melaksanakan amal da'wah. Moga IKRAMians sentiasa jelas dengan lima slogan di dalam da'wah ini (yang telah dibawa oleh ustaz Hassan al-Banna):
  1. Allahu ghayatuna (Allah adalah matlamat kami)
  2. Ar-Rasulu qudwatuna (RasuluLlah adalah ikutan kami)
  3. Al-Qur'anu dusturuna (al-Qur'an adalah perlembagaan kami)
  4. Al-jihadu sabeeluna (Jihad adalah jalan juang kami)
  5. Wal-mautu fi sabeeliLlahi asma* amanina (dan mati syahid di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi!)
Ini adalah yang diharap-harapkan hasil daripada tarbiyah yang mulia ini.

Nah lagu Allahu Ghayatuna:



Allahu Ghayatuna

Lirik oleh:
Mohamed Hatta Shaharom
Arpah Abdul Wahab
SaffOne
Lagu oleh: SaffOne
Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Dengan kalbu tenang
Kami mengorak langkah
Di Jalan Juang-Mu Allah
Demi Redha-Mu ya Allah

Dengan jiwa tabah
Mengharapkan barakah
Engkaulah puncak kasih
Yang kami dambakan

Lelah hilang
Contoh dari Rasul-Mu
Kasihnya mengisi kalbu
Dalam perjalanan ini

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina

Bila panji Islam dijulang
Insan sejagat berlindung
Di bawah lembayung Arasy-Mu
Rahmah Yang Agung

Madah iman
Bergema seluruh alam
Mengubat rindu hamba-Nya
Pada Mu Yang Maha Esa

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allah Matlamat kami
Ar-Rasul contoh kami
Al-Quran panduan kami
Al-jihad jalan kami

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina

--
* asma (أسمى) dengan (ya' tanpa titik di hujung) bukan asma' (alif-hamzah selepas mim).
** Credit to Ustazah Sakinah Omar for the video.
*** Credit to pakcik Hisham Walat for the pictures. Boleh bukak agensi nih!

Lagu IKRAM

Prof. Dr. Hatta sebelum melancarkan dua buah lagu IKRAM.

Pada hari pelancaran IKRAM, dua buah nasyid telah dilancarkan. Satunya bernama IKRAM sendiri, dan yang lagi satu pula bernama Allahu Ghaayatuna. Sebelum melancarkan lagu IKRAM dan Allahu Ghayatuna, Prof. Dr. Hatta Shahrom telah menceritakan sedikit sebanyak latar belakang pembikinan dua buah nasyid tersebut.

Di antara perkongsian beliau ialah; "Rata-rata, apabila mendengarkan lagu IKRAM mereka menyukainya. Jika ada dua ratus orang, 198 daripadanya suka lagu IKRAM... Dua lagi tu, mungkin tertidur!"

"Tetapi bagi lagu Allahu Ghayatuna, apabila dimainkan, ada yang membuat 'thumbs down'. Namun apabila dimainkan kepada golongan yang muda, ramai yang menyukainya... Mereka mengatakan, 'Ini style kontemporeri!'"

Dr. Hatta sambung lagi, "Beauty is within the eye of the beholder..."

Di sini, saya inginkan kongsikan hanya sebuah lagu - Lagu IKRAM. Sebuah lagu yang mempunyai makna yang sangat mendalam. Mengesani jiwa-jiwa mereka yang telah bersama-sama di dalam program dan gerak kerja da'wah IKRAM. Nah dikongsikan lagu IKRAM:



IKRAM

Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne
Lagu oleh: Saff One
Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan...

--
Lirik diperoleh daripada www.ikram.my
Kredit to pakcik Hisham Walat untuk gambar.

Monday, June 21, 2010

Pertubuhan IKRAM Malaysia

IKRAM Malaysia
www.IKRAM.my
Tarikh lahir: 22 Oktober 2009
Tarikh lancar: 20 Jun 2010
Sejarahnya: Panjang!

Semalam, bersamaan dengan Ahad, 20 Jun 2010, dengan izin Allah saya telah berkesempatan untuk bersama-sama menyaksikan dan menyertai sebuah acara yang penuh bersejarah di dalam sejarah perkembangan dakwah di Malaysia. Menurut laman web IKRAM, dipercayai seramai 5335 orang ahli IKRAM telah menghadirkan diri di dalam peristiwa bersejarah tersebut. Bilangan yang begitu ramai buat sebuah NGO, telah memenuhi ruang dewan "Malaysia International Exhibition and Convention Centre".

Ahli-ahli IKRAM yang hadir sejumlah 5000 lebih orang.

Kehangatan perhimpunan IKRAM ini, sebenarnya telah terasa sebelum program bermula lagi, di mana ramai dari kalangan ahli-ahlinya yang muda telah menge"post" status-status teaser di Facebook masing-masing. Ada di antara mereka yang bersemangat, sehingga membuat event RSVP di laman sosial Facebook. Ada yang menulis, "IKRAM" sahaja, dengan dibalas oleh jawapan-jawapan yang hanya difahami oleh orang-orang IKRAM. Ada pula yang memang terus terang, "4 more days to Pelancaran IKRAM". Namun kesemua ini menimbulkan tanda tanya kepada orang umum yang tidak tahu menahu, sehingga ada yang bertanya, "Prof, IKRAM ni apa?" sebagai jawapan kepada post status IKRAMians.

Pertubuhan IKRAM Malaysia

IKRAM, seperti yang disebutkan di dalam perlembagaannya merupakan;
"Sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia."
(Perlembagaan IKRAM, 2009)

Di dalam ucapan al-fadhil ustaz Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad,
"Kelahiran IKRAM, dengan izin Allah SWT, merupakan satu sunatuLlah dan kehendakNya jua. Dalam situasi apa pun akan ada satu golongan yang mengangkat panji Islam, panji tauhid, dan menegakkan kebenaran, walaupun terpaksa melawan arus di dalam negara atau di persada dunia. Akan lahir seorang reformis, bersamanya satu golongan yang mencintai Allah dan dicintaiNya, lembut terhadap orang-orang mukmin, tegas terhadap orang-orang kafir, berjuang di jalanNya tanpa rasa takut akan kecaman manusia."
(Ucapan Presiden, Pelancaran IKRAM)

Ia mungkin merupakan sebuah pertubuhan yang baru didaftarkan dengan ROS, tetapi ia adalah sebuah kesatuan yang mempunyai sejarahnya yang panjang. Peranan yang telah dimainkan di negara Malaysia cukup besar terutamanya jika dilihat dari aspek amal da'wi. Cumanya, kita perlu mengkaji dengan lebih mendalam tentang sejarah, melalui sumber-sumber yang betul, untuk mengetahui peranan-peranan yang telah dimainkan oleh golongan terdahulu IKRAM.

IKRAM Menyatukan Bukan Memecahbelahkan

Mungkin akan ada segelintir manusia yang mengeluarkan persoalan, "Kenapa nak tubuhkan IKRAM? Bertambah lagi pertubuhan pemecahbelah gerakan Islam..."

Namun bagi orang-orang yang mengetahui sejarah penubuhan IKRAM, ia merupakan satu langkah penyatuan amal Islami di medan masyarakat Malaysia. Ia menyatukann beberapa pertubuhan yang besar lagi berpengaruh di Malaysia. Ia menyatukan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Medical Interest Group (MIG), Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH), Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS), dan juga Aqsa Syarif (AQSA).

Ustaz Dr. Parid ketika sidang media.

Selain dari itu, presidennya (gambar) dengan jelas telah mengatakan di dalam sidang akhbar, bahawa, "Kita akan bekerjasama dalam bidang yang sama dengan sesiapa sahaja, dan jika tidak sama, kita hanya akan bagi pandangan," (HarakahDaily, 2010)

Buat Para Pejuang IKRAM

Adanya IKRAM bukan bermakna semakin mudah kerja kita. Adanya IKRAM bukan bermakna adanya masa untuk bergoyang kaki. Adanya IKRAM bukan bermakna kita meninggalkan kerja-kerja terdahulu dan memulakan yang baru.

Tetapi adanya IKRAM bermakna kita semakin laju di dalam medan amal ini. Semakin kemas langkah dan gerak kerja kita. Semakin tersusun di dalam amal da'wah kita. Semakin tegar dan kental di dalam melaksanakan amal yang kita yakini ini.

Semuanya bertujuan mencapai tiga wahana da'wah kita: (1) iman yang mendalam kepada fikrah dan da'wah ini, (2) pembentukan yang kemas lagi rapi terhadap semua objek da'wah, dan (3) amal yang berterusan dan berkesinambungan.

Adanya IKRAM bermakna semakin bertambah kerja dan tanggungjawab kita.
"Kelahiran IKRAM, dengan izin Allah SWT, akanmembawa kita keluar ke satu suasana baru. Kemunculannya menjadikan kita berada di medan terbuka, berada di mihwar ijtima'i wa sha'bi, yakni tahap bersama-sama massa, masyarakat dan rakyat. Kita terus memasuki era penglibatan bersama masyarakat umum, menghadapi berbagai-bagai cabaran, yang kesemuanya menuntut kita semua terus-menerus mempersiapkan diri dengan keupayaan-keupayaan yang berganda untuk menanganinya dengan sebaik-baiknya."
(Ucapan Presiden, Pelancaran IKRAM)

Sambutan bersemangat para pemuda ketika diseru oleh Ustaz Alias Osman.

Akhirnya, marilah kita semua mempersiapkan diri! Semua agensi dan institusi IKRAM, dan organisasi IKRAM sendiri mestilah bersedia dengan sebaik-baik persiapan agar kita menjadi yang terbaik, golongan pilihan pada zaman kita, ansar Allah SWT, golongan al-Hawariyyun. Insya Allah menerusi merekalah Allah SWT akan memenangkan agamaNya; ke atas golongan inilah Allah menurunkan keberkatan, futuhat yang melimpah ruah dan keredhaan yang berkekalan.

Marilah kita sama-sama menjadi golongan yang praktikal!

Barisan kepimpinan pusat IKRAM.

Ustaz Alias Osman bersalaman dengan Syeikh Muhammad ar-Rasyid, penulis buku Muntalaq.

--
Beberapa berita berkenaan dengan IKRAM:
(1) MalaysiaHarmoni.com
(2) HarakahDaily.com
(3) Utusan Malaysia Online
--
Kredit to pakcik Hisham Walat for the pictures.

Friday, June 18, 2010

Majlis Pelancaran IKRAM

*Editted
www.ikram.my

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Misi dan Visi

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:
  1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
  3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
  4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
  5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
  6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.
Jawatankuasa Pusat IKRAM

Jati diri dan Sikap Positif Jalan Menuju Kebangkitan Umat

Risalah dari Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, 27-05-2010

Jati diri dan Sikap Positif Jalan Menuju Kebangkitan Umat

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW dan orang-orang yang mengikutinya, waba'du...

Jika setiap orang menyedari kedudukannya yang diberikan oleh Islam lalu memberikan perhatian penuh terhadap kehidupan ini, maka dirinya akan mengetahui nilai jati diri, tarbiyah dan pendidikannya, terutama kerana kita semua dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Oleh karena itu kita hendaklah menyedari tanggungjawab menjaga lembaran putih kehidupan kita, dengan merasai tanggungjawab, menjauhkan dari kecelaruan, mementingkan diri dan egoisme, dan berusaha membersihkan dan meningkatkan diri yang merupakan termasuk prinsip-prinsip langkah bermula dan penglibatan.

Kita sangat perlu kepada ketaqwaan yang menumbuhkan kepercayaan dalam jiwa, bertawakkal kepada-Nya, meminta pertolongan serta bergantung sepenuh kepada-Nya. Betapa perlunya diri kita dengan pergantungan dengan Allah hasil dari ketaqwaan kerana memberikan kesedaran dan kefahaman sehingga dapat memimpin kita untuk berfikir dan merenung, mendapat petunjuk dan mempunyai akhlak yang seimbang dalam kehidupan ini. Allah SWT berfirman:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي
Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang musyrik"
(Yusuf, 12:108)

Kehidupan Orang yang Mempunyai Jati Diri Sentiasa Mendahului (Sabiq) dan Bersegera

Terdapat riwayat mengenai Dzul Jushan. Nabi saw telah menyerukan Islam kepadanya setelah perang Badar, baginda berkata: "Wahai pemilik Dzul Jushan! Tidakkah engkau masuk Islam sehingga menjadi orang yang terkehadapan pada umat ini!"

Maka iapun menolaknya dan berkata: "Jika engkau berjaya menguasai Mekah dan menghuninya (baru aku masuk Islam)"

Nabi saw bersabda lagi: "Jika engkau masih hidup nanti, kelak akan menyaksikannya"

Pada satu masa kemudian orang yang mempunyai kedudukan itu berkata: "Demi Allah, ketika aku bertemu seseorang yang datang sambil berkendaraan. Aku bertanya: Anda dari mana? Dia menjawab: Dari Mekah. Aku bertanya lagi: Apa berita yang anda bawa? Ia berkata: Nabi Muhammad telah menguasai Mekah dan mendudukinya".

Dzul Jushan berkata: "Aku katakan: Aku telah dibohongi ibuku! Seandainya aku masuk Islam pada saat itu (alangkah lebih baik)" (Usudul ghabah)

Pada ketika berlaku perang al-Yamamah, Khalid al-Walid merasakan bahangnya pertempuran, membara dan menuncak, dia berpaling kepada al-Barra' bin Malik dan berkata: "Pergilah menuju mereka wahai pemuda Ansar. Lalu al-Barra' berpaling kepada kaumnya dan berseru: 'Wahai Ansar, jangan ada di kalangan kalian seorangpun yang berfikir untuk kembali ke Madinah! Sesungguhnya tidak ada lagi kota Madinah untuk kalian selepas ini. Yang ada hanyalah Allah Yang Esa kemudian syurga.'

Kemudian dia meluru kearah musyrikin dan mereka meluru bersamanya.

Inilah kewajipan kita yang utama dan paling penting, iaitu mencabut sifat wahan dari hati. Dan mulakanlah dengan mencabutnya dari hatimu!

Dari Manakah Timbul Jati Diri Kita?

Sesungguhnya Allah telah menetapkan langkah untuk mencapai keberkesanan dalam melakukan perbaikan dan perubahan ialah dengan kekuatan jati diri. Allah SWT berfirman:

يَا يَحْيَى خُذِ الْكِتَابَ بِقُوَّةٍ
"Wahai Yahya, ambillah buku ini dengan penuh kekuatan"
(Maryam, 19:12)

Iaitu kekuatan dalam mengembangkan potensi diri, kekuatan dalam menghadapi kesukaran, kekuatan dalam meninggikan nilai atau harga diri dan kekuatan keyakinan pada diri dan cita-cita, sekalipun rintangan dan cubaan sentiasa menghadang. Sesungguhnya kesukaran merupakan wahana paling berkesan dalam menggilap cita-cita dan menguatkan kemahuan. Orang yang mempunyai kemahuan yang kuat akan berusaha mengatasi segala rintangan walau sebesar mana sekalipun. Maka di situlah letaknya kemenangan.

Bagi mereka yang tidak memiliki kekuatan diri menghadapi kelemahan dan putus asa dalam melakukan perbaikan dan perubahan, maka mereka hanya membawa berita-berita bodoh tentang kemalasan, kelalaian serta ketidakpedulian, seperti kenyataan yang menyebut apa manfaatnya menyertai pilihanraya umum sedangkan keputusannya sudah diduga? Dan berbagai lagi halangan dan rintangan. Cara untuk menghilangkan halangan-halangan ini adalah dengan terus menerus bekerja sesuai dengan matlamat, terurus dan berkesinambungan sehingga dapat mencapai jati diri dalam bekerja.

Allah SWT berpesan kepada Rasul-Nya saw:

فَاسْتَمْسِكْ بِالَّذِي أُوحِيَ إِلَيْكَ إِنَّكَ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
"Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus"
(az-Zukhruf, 43:43)

Sabda Nabi saw: "Jika anda telah mengetahuinya maka berilah komitmen";

Maksudnya apabila sesuatu tanggungjawab tersebut menjadi tanggungjawab anda, dan anda wajib mempunyai keyakinan tentang kemuliaan amanah yang ada pikul dan ganjaran besar yang menanti Anda.

Dari sini kita mula bebas dari berbagai kekangan, kerana kebebasan adalah ruh kepada amal atau kerja yang berterusan. Kebebasan dan kemerdekaan adalah satu cara mengatasi segala bentuk penindasan dan kekejaman luaran. Begitu juga membebaskan diri dari penghambaan terhadap hawa nafsu , kerana pada hakikatnya jiwa manusia cintakan kebebasan dan kemerdekaan, dan lubuk hatinya juga sangat menyenangi hidup di dalam kemerdekaan. Hal ini tidak akan tercapai kecuali dengan menghambakan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan, menentang sebarang bentuk kekejaman luaran dan perhambaan dalaman.

Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa yang rela dengan kehinaan dirinya dengan taat kepada yang lain tanpa ada paksaan maka bukan golongan kami"
"Barangsiapa yang meninggal dalam mempertahankan hartanya maka ia adalah syahid, barangsiapa yang meninggal kerana mempertahankan tanah kelahirannya maka ia adalah syahid dan barangsiapa yang meninggal dalam rangka mempertahankan kehormatannya maka ia adalah syahid"
Allah SWT juga berfirman:
"Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang keji) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, Maka mereka kelak akan menemui kesesatan"
(Maryam, 19:59)

Nabi saw juga bersabda:
"Binasalah hamba dinar, Binasalah hamba dirham, Binasalah hamba permaidan, Binasalah hamba makanan"
Justeru melalui sifat jati diri inilah akan mampu membangkitkan umat Islam, dan mampu mendorong jiwa dalam menunaikan tugas dan amanah dengan baik. Namun jika jati diri ini hilang maka pelbagai usaha akan berubah menjadi kerja yang dilakukan secara sambil lewa, tidak menggunakan akal, tidak memahami, dan tidak teliti.

Sikap Positif Jalan Membina Ummah

Di antara hak umat ke atas anggotanya adalah; menjadikan umat sentiasa wujud dalam fikiran dan akal mereka di manapun mereka berada dan merasai tanggung jawab penuh terhadapnya. Hak umat ke atas setiap anggotanya bukanlah hal yang baru bagi mereka, malahan suatu umat dapat dibangunkan melalui anggotanya yang memiliki sikap positif, ketika mereka mahu menukar fikiran, nilai-nilai dan konsep kepada praktis dan perilaku secara nyata dan realiti. Allah berfirman:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam Keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"
(an-Nahl, 16:97)

Sejarah umat manusia menguatkan keadaan tersebut, maka Al-Banna menyatakan:

"Bahawa suatu bangsa dan peradabannya akan jatuh dan runtuh oleh kerana runtuhnya nilai-nilai dalaman bukan luaran, terutama yang berkaitan dengan keruhanian (semangat), kehendak dan akhlak. Jatuhnya suatu bangsa merupakan sunnah ilahiyah yang adil. Pertama kerana Allah SWT tidak akan mengubah nasib suatu kaum sampai mereka yang mengubah nasib mereka sendiri. Oleh kerana itu, perubahan keadaan menuju yang terbaik terletak di tangan umat itu sendiri biarpun keadaan umat masih lagi buruk. Namun pemulihan tetap dapat dilakukan pada bila-bila masa dengan syarat memiliki keinginan yang kuat. Tanggung jawab untuk menyelamatkan umat dari keruntuhan adalah tanggung jawab semua anggota dan warganya tanpa terkecuali, mengikut bidang masing-masing, sesuai dengan kemampuan dan potensinya, dengan syarat semua orang yang terlibat dalam penyelamatan ada perasaan tanggung jawab dan kepercayaan diri terhadap kemampuannya untuk melakukan pengislahan dan perubahan. Berdasarkan penegasan ini maka kebangkitan umat mungkin berlaku bahkan pasti berlaku. Kita semua memiliki unsur-unsur kekuatan dan kebangkitan, asalkan kita tahu bagaimana menggunakannya untuk kepentingan umat dan berkhidmat kepadanya."

Dalam Al-Qur’an banyak contoh-contohnya. Allah berfirman:

وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ . اتَّبِعُوا مَنْ لا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهْتَدُونَ . وَمَا لِي لا أَعْبُدُ الَّذِي فَطَرَنِي وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Dan datanglah dari hujung kota, seorang laki-laki dengan bergegas-gegas ia berkata: "Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu". Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. Mengapa aku tidak menyembah (tuhan) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) akan dikembalikan?
(Yasin, 36:20-22)
adalah kerana jati diri dan sikap positif.

Allah juga berfirman:

وَقَالَ رَجُلٌ مُؤْمِنٌ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَكْتُمُ إِيمَانَهُ أَتَقْتُلُونَ رَجُلاً أَنْ يَقُولَ رَبِّي اللهُ وَقَدْ جَاءَكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ مِنْ رَبِّكُمْ وَإِنْ يَكُ كَاذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُ وَإِنْ يَكُ صَادِقًا يُصِبْكُمْ بَعْضُ الَّذِي يَعِدُكُمْ
"Dan seorang laki-laki yang beriman di antara Pengikut-pengikut Fir’aun yang Menyembunyikan imannya berkata: 'Apakah kamu akan membunuh seorang laki-laki kerana Dia menyatakan: Tuhanku ialah Allah padahal Dia telah datang kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan dari Tuhanmu. dan jika ia seorang pendusta, maka Dialah yang menanggung (dosa) dustanya itu; dan jika ia seorang yang benar nescaya sebahagian (bencana) yang diancamkannya kepadamu akan menimpamu'."
(Ghafir, 40:28)
Juga adalah kerana jati diri dan sikap positif.

Dalam hadits disebutkan:

ورجل آخذ بعنان فرسه كلما سمع هيعة طار إليها
"Dan seseorang yang sentiasa memegang tali kekang kudanya. Setiap kali dia mendengar panggilan spontan meloncat kepadanya"
adalah kerana jati diri dan sikap positif.

Dan sabda nabi saw:

المؤمن إلف مألوف، ولا خير فيمن لا يألف ولا يؤلف
"Seorang mukmin adalah kesatuan dan sentiasa bersat. Tiada sebarang kebaikan terhadap orang yang tidak bersatu dan tidak boleh disatukan"
adalah kerana jati diri dan sikap positif.

Pertimbangan Ini Menjadi Bekal Gerakan Kita

Yang dimaksudkan bersikap positif adalah bergerak bersama umat dan di dalam masyarakat, sehingga seseorang individu hidup untuk memberi manfaat kepada orang lain dalam gerakan yang berterusan dan tidak mengenal erti berhenti. Melalui pertimbangan ini kita akan menghadapi berbagai konspirasi, kerana musuh-musuh Islam tidak akan berhenti melakukan konspirasi dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.

Oleh kerana itu di antara bentuk proses menuju sikap positif adalah menyedari dan mengenal berbagai perencanaan konspirasi, tidak tertipu oleh idea-idea tipu muslihat mereka, tidak terpengaruh dengan berbagai propaganda mereka, sentiasa berhati-hati terhadap seruan-seruan mereka yang menghancurkan dan menghadapi serangan-serangan mereka dengan memberikan berpegang kepada agama dan mempertahankannya. Imam Al-Banna telah memberikan peringatan kepada kita supaya tidak terjerumus dengan tipu daya mereka, menyimpang dari jalan dan berdamai dengan mereka serta tertipu dengan tipu muslihat mereka.

Justeru, kami mengingatkan kepada sesiapa sahaja yang ingin menggapai jati diri dan sikap positif untuk berhati-hati dari perbuatan dosa dan maksiat, lemah kemahuan, kejahilan, kejumudan, sibuk dengan dunia, berlepas tangan dari realiti umat. Semua ini telah diusahakan oleh musuh sehingga tercapai matlamatnya, supaya umat membiarkan mereka tinggal bersama, merampas kekayaan umat, dan mencuri hasil mahsulnya ketika anggota umat dalam keadaan lalai.

Sungguh indah apa yang diungkapkan oleh Imam al-Banna, ketika beliau merumuskan jalan menuju jati diri sebenar ialah dengan empat sifat:

متين الخلق، قوي الجسم، مثقف الفكر، قادر على الكسب”، ثم وجهنا إلى التربية الذاتية بثلاث صفات: “سليم العقيدة، صحيح العبادة، مجاهد لنفسه”، وبهذا تتحقق الإيجابية بثلاث صفات: “منظم في شئونه، حريص على وقته، نافع لغيره
"Akhlak yang teguh, tubuh yang kuat, berfikiran intelek, mampu mencari nafkah sendiri". Kemudian kita diarahkan pada tarbiyah diri dengan tiga sifat; "aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, bermujahadah pada dirinya sendiri" sehingga dengan demikian mampu membentuk sikap positif dengan tiga sifat lainnya: "Teratur dalam urusannya, mengisi masanya, dan bermanfaat bagi orang lain".
Wahai umat Islam!

Berilah perhatian kalian terhadap pembinaan jati diri dan sikap positif, gunakanlah potensi-potensi kalian, kerana umat sangat memerlukan apa yang dapat kalian berikan walaupun sedikit, bekerjalah untuk menggilapkan cita-cita kalian, dan doronglah masyarakat untuk bekerja dan berusaha, gunakanlah kesempatan sebaik mungkin. Imam Ali RA pernah berkata:

الفرصة تمر مر السحاب، فانتهزوا فرص الخير
"Kesempatan berlalu seperti berlalunya awan, maka gunakanlah kesempatan tersebut sebaik-baiknya"
Dan selidikilah realiti yang ada kerana hal tersebut merupakan sebahagian dari perencanaan. Imam al-Banna menyatakan tentang sifat orang yang memiliki cita-cita yang tinggi: Iaitu yang sentiasa berfikir, memberi perhatian yang utama, jika dijemput segera menerima, jika dipanggil segera menyahut, tidak menjauhkan diri dari medan amal, dia merasai kerehatan, keseronokan dan kenikmatannya di dalam bekerja. Matlamatnya adalah mencapai keredhaan Allah dan mendapat syurga serta menjadi sebaik-baik manusia, sebagaimana yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis baginda:

خير الناس أنفسهم للناس
"Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk manusia"
Hindarilah sikap negatif terhadap umat manusia, kerana orang yang memiliki sikap positif sentiasa membersihkan hati mereka dari yang negatif, dan mendorong orang-orang yang bersamanya supaya memiliki sikap positif untuk bekerja. Renungkanlah apa yang diucapkan oleh orang-orang yang memiliki sikap negatif ketika melihat situasi umat seperti yang dirakamkan oleh Allah dalam FirmanNya:

لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا اللَّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا
"Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?"
Lalu al-Qur'an merakam pula apa yang diungkapkan oleh orang-orang yang berjiwa positif. Allah berfirman:

مَعْذِرَةً إِلَى رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

mereka menjawab:
"Agar Kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa"
(al-A’raf, 7:164)

Dan akhir dari seruan dan doa kami adalah bahawa segala puji hanya milik Allah.

Sumber asal: www.ikhwanonline.com
Terjemahan: FikrahDakwah.com

Wednesday, June 16, 2010

Besarnya Peranan Wanita

Jangan disangka peranan wanita itu kecil. Mereka telah memainkan banyak peranan di dalam sejarah jatuh bangun ummah ini. Di dalam al-Qur'an sendiri telah diceritakan beberapa contoh wanita-wanita agung sepanjang zaman. Di dalam sirah telah tercatat bahawa para isteri RasuluLlah telah diberikan gelaran Ummuhatul Muslimin (ibu-ibu para mu'min). Juga tercatat di dalam sirah, antara golongan awal yang syahid adalah seorang wanita yang mulia, yang bernama Sumayyah, ibunya 'Ammar bin Yasir.

Betapa besarnya peranan mereka, dan betapa dunia tidak boleh hidup tanpa adanya mereka. Benarlah ayat; "Para mu'min dan para mu'minat, sebahagiannya menjadi pelindung sebahagian yang lain" (at-Taubah, 9:71).

--

Para Wanita dan Aktivis Lain Persiapkan Misi Bantuan ke Gaza

BEIRUT, (GMBR)-- Aktivis Arab tempatan dan para aktivis luar, termasuk sebuah kapal bantuan yang dikendalikan oleh para wanita dari Lubnan, bakal berlepas ke semenanjung Gaza di dalam sebuah usaha memecahkan pengepungan yang telah lama dikenakan sejak tiga tahun lalu, walaupun Israel telah meminta kepada Kesatuan Eropah untuk menghalang semua kapal yang mempunyai misi Gaza, yang berlepas dari pelabuhan-pelabuhan Eropah.

Penyelaras jawatankuasa penganjur untuk kapal Wanita Lubnan, "Mariam", Samar Hajj, telah berkata, melalui panggilan telefon, kepada agensi media Perancis semalam, bahawa inisiatif menghantar kapal tersebut datangnya dari para wanita biasa yang percaya pengepungan terhadap Gaza mesti dipecahkan.

Beliau juga telah menekankan bahawa gerakan "Free Palestine" yang telah diwakili oleh pengerusinya, Yasser Qochloq, telah memastikan aspek keselamatan kapal dan juga segala sokongan logistik. Beliau mengatakan bahawa bilangan wanita yang akan menaiki kapal telah mencapai lima puluh orang; tiga puluh darinya adalah dari Lubnan dan selebihnya wanita luar.

Kapal kargo komersial tersebut akan mengangkut ubat-ubatan buat penduduk Palestin yang sedang menderita kanser, di mana kadarnya telah meningkat di Gaza, menurut Hajj, selepas Israel melancarkan peperangan terhadap Gaza pada akhir tahun 2008.

AFP juga melaporkan dari sumber-sumber "Kempen Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza" bahawa Armada Kebebasan II, yang akan disertai lebih banyak kapal dan mengangkut lebih banyak penumpang, dijangka akan belayar selepas berakhirnya Piala Dunia Bola. Menurut kempen tersebut, majoriti dari mereka yang mendaftar untuk menyertai kapal misi bantuan adalah warga negara Eropah. Dalam hal ini, ramai pegawai kerajaan dari Eropah telah menyatakan keinginan yang kuat untuk menyertai misi untuk mematahkan kepungan terhadap jalur Gaza.

AFP juga dilaporkan dari sumber-sumber dari Kempen Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza yang armada Kebebasan II, yang akan merangkumi lebih banyak kapal dan pengangkutan penumpang lebih daripada kebebasan armada pertama, diharapkan untuk belayar menurut kesimpulan di Piala Dunia. Menurut kempen, majoriti dari mereka yang mendaftar untuk menyertai di kapal misi bantuan adalah warga negara Eropah, mencatatkan bahawa pegawai kerajaan dari Eropah telah menyatakan minat yang kuat untuk menyertai dalam misi untuk mematahkan serangan di Jaluran Gaza.

Walau bagaimanapun, menurut akhbar Hebrew; Yediot Ahronot, pihak berkuasa negara haram Israel telah menghubungi negara-negara Kesatuan Eropah dan kuasa antarabangsa yang lain, menuntut mereka untuk tidak memebenarkan Freedom Flotilla 2 atau mana-mana kapal bantuan lain yang menuju ke Gaza untuk berangkat dari pelabuhan mereka. Mereka juga menuntut agar warga Eropah dapat dicegah dari menyertai misi tersebut, mendakwa bahawa mereka "berusaha untuk bekerja melawan kepentingan Israel."

Surat khabar tersebut, versi internet, telah melaporkan bahawa angkatan tentera laut Israel sedang bersiap-sedia menghalang kedatangan sepuluh kapal bantuan baru dalam usaha memecah pengepungan ke atas Gaza. Sebuah kapal bernama Naji al-Ali dari Lubnan bersama-sama dengan dua kapal lain milik Bulan Sabit Merah Iran dijadualkan akan tiba di Gaza dalam beberapa hari mendatang.

Sumber: http://palestine-info.co.uk/En/
Penterjemah: MK

Thursday, June 3, 2010

Pidato Penasihat Aqsa Syarif

Pada hari penyerahan memo, beberapa wakil NGO telah memberikan sepatah dua kata. Di antara mereka ialah ustaz Wan Subki Wan Salleh selaku penasihat al-Aqsa as-Syarif Bhd. Sebuah penyampaian yang cukup padat dan bersemangat! Nah dikongsikan secara bersama:


Sebagai satu pengumuman, insya Allah pada hari Jumaat ini, akan diadakan demo secara besar-besaran membantah tindakan kejam Zionis Israel yang telah menyerang kapal Mava Marmara dan menghalang misi kemanusiaan Freedom Flotilla dari sampai ke tanah Gaza.

Lawati KipasMukasurat (fanpage) Aqsa Syarif di MukaBuku (facebook) untuk maklumat lanjut ---> Click!

--
Nota: Kredit to AO for the picture.

Wednesday, June 2, 2010

Some Short Facts on the Raid

Some short facts about what happened in the Flotilla Mavi Marmara raid by Israel.


Israel doesn't want us to think rationally!

Perutusan HAMAS Dalam Isu Serangan Flotilla

PERGERAKAN KEBANGKITAN ISLAM (HAMAS-PALESTIN)

PEJABAT PENERANGAN
___________________________________________________

PERUTUSAN

BERKENAAN SERANGAN KE ATAS FREEDOM FLOTILLA

Saudara-saudaraku yang dimuliakan,

Assalamu'alaykum WarahmatuLlahi Wabarakatuh!

Kenyataan kami berkenaan usaha konvoi Freedom Flotilla bagi memecahkan kepungan terhadap Gaza, di sini kami membuat kenyataan dan polisi umum ini yang perlu diguna pakai semasa membuat kenyataan dan respons sebagaimana berikut:

1. Fokuskan kepada sudut kemanusiaan yang dibuat oleh konvoi bagi membantu 1.5 juta orang yang terkepung di Gaza.

2. Elakkan dari membuat kenyataan berunsur sindiran politik terhadap kumpulan lain di Palestin, atau menyentuh sensitiviti politik Arab supaya tidak menyeleweng dari perkara asas iaitu memecahkan kepungan Zionis terhadap Gaza.

3. Fokuskan kecaman kita terhadap Israel melalui media massa bahawa Zionis bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

4. Semarakkan sokongan kepada mereka yang terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan, selain menjadikan mereka ini sebagai 'role-model' kepada masyarakat dunia.

5. Pendirian terhadap serangan yang dilakukan ke atas konvoi ini, fokuskan kecaman kepada pihak Zionis bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya dengan menyifatkan tindakan mereka sebagai:
  • Lanun.
  • Jenayah Hak Kemanusiaan.
  • Sikap biadap berterusan melakukan kepungan terhadap Gaza.
6. Menggesa agar mereka dihukum atas jenayah perang yang dilakukan.

Tarikh: 30/5/2010

Sumber: Fikrah-Dakwah.com
--
Nota: Nampaknya banyak isu semasa adalah isu Palestin. Saya terpaksa membuat satu label baru yang khusus untuk isu Palestin ini.

Tuesday, June 1, 2010

Memorandum Condemning the Israeli Raid


MEMORANDUM

CONDEMNATION OF ISRAELI RAID ON AID FLOTILLA TO GAZA

Tuesday 1st June 2010

We, a coalition of civil society representing the voice of the Malaysian people is utterly shocked and outraged at the blatant disregard of human lives by Israel in the recent murderous raid on the aid flotilla bound for Gaza.

The Lifeline4Gaza (LL4G) flotilla has come under attack by the Israeli armed forces in the early morning hours of 31st Mei. The Israeli aggressors boarded the capital ship Mavi Marmara and opened fire on volunteers on the deck, leaving at least 16 people dead and another 50 seriously injured. Close to 600 volunteers, whose participation is solely humanitarian in nature were on board the ship when the tragedy unfolded.

Such barbaric act was committed by Israel despite of the flotilla's observance of all maritime regulations and in full compliance with Resolution 1860 adopted by the UN Security Council (2009), which includes:
  1. An appeal to the international community to provide humanitarian aid to Gaza including food, fuel and medical assistance.
  2. Facilitate the ease of passage and unimpeded deliverance of aid.
  3. Call for support of these efforts to alleviate the dire humanitarian and economic situation in Gaza.
The volunteer corps included in their ranks parliamentarians, academics, journalists, scholars, an infant less than a year old and a senior citizen over 80 years old. They were completely unarmed which reflects their sole intention of delivering aid to the besieged people of Gaza.

The fact that this raid took place on unarmed civilians and in international waters is all the more grievous and criminal. There is not a slightest doubt that Israel has violated international laws and her ghastly acts deserve a worldwide condemnation in the strongest possible term.

We therefore call on the US Government to state her position on the murderous aggression of Israel on a peaceful flotilla whose entire objective is to deliver desperately needed aid to Gaza. These include:
  1. Condemnation in the strongest possible term the aggression by Israel on the Freedom Flotilla.
  2. Holding the Israeli government totally responsible for the lives and well being of all volunteers on board the Freedom Flotilla.
  3. Demanding the immediate release of all the volunteers and urgent medical care be given to the injured.
  4. Demanding that all the aid destined for Gaza be released with immediate effect.
  5. Assuring the safety of all volunteers on board the Freedom Flotilla in their effort to champion the Palestinian cause towards freedom, justice and self determination.
HALUAN (click)
Muslim Care Malaysia Society
Aqsa Syarif (click)
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia - JIM (click)
Palestine Centre of Excellence - PACE (click)
Yayasan Amal - AMAL (click)
Pertubuhan Mawaddah Malaysia (click)
Viva Palestina Malaysia
Dewan Pemuda Masjid
Angkatan Belia Islam Malaysia - ABIM (click)
Global Peace Malaysia

--
Notes: The memo with a few edits by MK.

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]