Pages

Tuesday, March 30, 2010

Elemen-elemen Yang Penting

Artikel ini adalah artikel pertama daripada 6 siri yang bakal diterbitkan. Sebuah artikel dari siri "Kembali Kepada Keaslian".

Elemen-elemen Yang Penting

Sebelum kita berbincang dengan panjang lebar tentang beberapa perkara asas di dalam Islam, marilah kita sama-sama merenung kembali kepada beberapa ayat al-Qur'an dari surah Aali 'Imran (ayat 102-104):

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sesekali kamu mati melainkan dalam keadaan sepunuhnya menyerah diri (kepadaNya)"
(Aali Imran, 3:102)

Ayat yang begitu cantik ini, menggariskan elemen yang sangat penting -iaitu al-Iman- sebelum kita berbicara perihal yang lebih besar lagi. Allah telah menyuruh kita supaya bertaqwa kepada Allah dan akhirnya sentiasa sahaja dalam keadaan yang menyerah diri kepadaNya tanpa kita menyeleweng walau sedikitpun.

Iman juga merupakan elemen pertama di dalam kekuatan sesebuah ummah. Tanpa adanya iman, tanpa diikat dengan aqidah yang satu, maka apa jua kesatuan yang wujud adalah kesatuan yang fana, "Kamu menyangka mereka bersatu sedangkan hati-hati mereka berpecah-belah!" (59:14).

Iman ini jugalah yang bakal menjadi asas kepada elemen kedua yang ingin dibawa di dalam awal perbincangan ini.

"Dan berpeganglah kamu semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."
(Aali Imran, 3:103)

Lalu setelah Allah menerangkan tentang elemen iman, Dia membawa kita supaya melihat kepada elemen kekuatan yang kedua; yakni al-Ukhuwwah. Ukhuwwah dalam erti kata yang disebutkan oleh Allah adalah ikatan persaudaraan yang di dasarkan kepada keimanan kepada Allah, "berpegang teguhlah kamu semuanya dengan tali (deen) Allah" (3:103).

Betapa cantiknya ayat ini sehingga Allah berpesan kepada kita supaya "janganlah kamu bercerai-berai", dan pada masa yang sama Dia mengingatkan kepada kita bahawa persaudaraan di atas dasar iman ini jugalah yang telah menyebabkan kita terselamat dari jurang neraka (na'udzubiLahi min zaalik).

Terbayang di pemikiran ini, sebaik sahaja timbulnya perselisihan sesama kita, kita kembali kepada asolah kita: Bertaqwa kepada Allah dan mengembalikan segala urusan kepada agama Allah, tanpa mendahuluinya walau sedikitpun. Siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan Allah dan Rasul?

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(al-Hujurat, 49:1)

Hanya setelah Allah menceritakan tentang kedua-dua elemen di atas, kekuatan ummah itu akan terealisasi (menjadi nyata), sehinggakan kita menjadi ummah yang terbaik yang berjaya.

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang berjaya."
(Aali Imran, 3:104)

Akhirnya segala perbincangan kita adalah dalam rangka ketaqwaan kita kepada Allah, ingin menyatukan ummah, dan menjadikan ummah ini ummah yang terbaik. Bukan saling benci-membenci, memecah-belahkan masyarakat dan memundurkan ummah.

"...Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi..."
(Ar-Ra'du, 13:17)

...bersambung...

Software Berguna Untuk Tulis Artikel

I just felt like reposting this post again...

Di bawah ini ada beberapa software yang sangat-sangat membantu. Untuk software yang pertama, saya menggunakannya untuk mengupload ayat-ayat qur'an sepertimana yang anda lihat digunakan di dalam post-post yang ada. Software di bawah ini ada muqadimah surah yang diambil dari Tafsir al-Maududi. Untuk menggunakan ayat-ayat daripada software tersebut, hanya perlu right click pada gambar ayat yang ada di dalam itu dan paste di tempat yang boleh paste gambar (photoshop, paint, dll). Kemudian boleh disimpan (save) dalam format yang sesuai (jpeg, png, dll). Kalau nak download silakan:


Tetapi masalahnya ialah, kadang-kadang di dalam kepala kita ada ayat yang kita ingat tapi tak ingat sumbernya. Jadi untuk mudah, saya ingin memperkenalkan anda kepada satu site yang bagus:


Caranya mudah, anda hanya perlu menaip perkataan yang anda ingat dalam rumi dan tekan enter. Contohnya, untuk mencari ayat kedua surah al-baqarah saya hanya perlu menaip "zaalikal kitabu laa rayba...". Lawatlah dan belajar menggunakannya, insya Allah anda boleh mendapatkan manfaat yang besar darinya sepertimana saya juga telah mengambil manfaat dari tempat tersebut. Cuba juga di di dalam search box di bawah ini:



Dan di bawah ini pula ada software hadith yang mungkin boleh dimanfaatkan. Hadith: Bukhari, Muslim, Malik and Abu Dawud:


Atau kalau nak lihat apa-apa software lain yang ada: http://www.imaanstar.com/

-Perhatian Penting!-
Cuma satu perkara yang harus diambil perhatian ialah, software-software tersebut tidak terjamin dari sebarang kesilapan kerana tidak ada badan yang telah mengesahkan software-software tersebut. Jadi seandainya anda terperasan apa-apa kesilapan, harap dapat merujuk kembali kepada hardcopy bahan-bahan tersebut. Contohnya ayat-ayat qur'an tersebut, kalau ada kesilapan atau keganjilan di dalam maknanya, rujuk mashaf yang ada di dalam tangan kita. Seperti itu juga halnya untuk software hadith tersebut.

Saturday, March 27, 2010

Palestin Kekal Selagi Dunia Wujud

Risalah dari Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah SAW dan para pengikutnya. Al-Quds merupakan taman yang harum semerbak, lokasi yang senantiasa melemparkan senyuman, malamnya dipenuhi dengan selawat dan munajat, dan siangnya dipenuhi perjuangan dan aktiviti-aktiviti dakwah.

Sejarah al-Quds adalah sejarah risalah dan perjuangan para rasul, yang diterima dari satu nabi kepada nabi yang lain dan satu dari satu risalah ke risalah yang lain hingga yang terakhir risalah nabi Muhammad SAW yang diterima daripada seluruh nabi pada puncak pertemuan di langit yang penuh keberkatan. Di hadapan pintu-pintunya gugur syahid para pejuang dan pahlawan dan di sekelilingnya melahirkan para pejuang yang beriman. Di hadapan pintunya sentiasa berlaku pertarungan sengit yang berpanjangan antara kebenaran dan kebatilan yang kadang-kadang kebatilan menang pada awal pertarungan namun pada akhirnya kebenaran akan memenangi dalam pertarungan ini.

Ketetapan (Tsawabit) yang tidak boleh diubah:
  • Palestin dan Al-Quds merupakan sebahagian dari aqidah umat Islam, kerana itu mengambil mudah isu keduanya bererti mengambil mudah ke atas kitab Allah, peradaban ummah dan keimanannya.
  • Masalah Palestin merupakan amanah yang tergantung di tengkuk setiap muslim, dan menolongnya adalah wajib dan mempertahankannnya adalah suatu kefardhuan, sementara mengambil mudah terhadapnya adalah suatu jenayah dan kesalahan.
  • Bekerjasama dengan Zionis dan orang-orang yang bersekutu dengan mereka serta berurusan dengan mereka, bererti memerangi Allah, agama dan umat Islam, berdasarkan firman Allah: "Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih" (an-Nur, 24:63).
  • Jihad untuk mengembalikan bumi Palestin dan al-Aqsa adalah wajib fardhu ain ke atas setiap muslim, semua dituntut untuk mempertahankan, menjaga tempat-tempat suci dan melindunginya, kerana al-Aqsa merupakan qiblat pertama, Tanah Haram ketiga dalam Islam dan tempat persinggahan dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj nabi SAW.
Ucapan terima kasih yang ditolak dan pengabaian hak Palestin yang menjijikan

Sesungguhnya di antara rencana jahat dunia ke atas seseorang ialah seperti yang berlaku pada tarikh 3 Mac yang lalu. Iaitu seperti yang dilakukan Netanyahu, Perdana Menteri Zionis dengan menyatakan rasa terima kasih kepada para pemimpin Arab di atas sikap mereka yang baik?! Begitu juga Hillary Clinton yang menyatakan rasa terima kasihnya terhadap pendirian Arab yang 'berani'. Beliau gembira setelah melihat sikap berdiam, membiarkan dan keengganan mereka daripada mengecam atau menentang keputusan penyatuan masjid Ibrahimi di Khalil dan masjid Bilal di Beitlehem kepada Israel yang jelas melakukan banyak perlanggaran terhadap hak-hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Inilah yang terjadi di Tebing Barat di bawah pengawasan dan pendengaran pihak berkuasa Palestin di Ramallah, yang diiringi usaha yang keras sebagai persiapan untuk membangun Haekal Sulaiman di atas tapak Masjid al-Aqsa seperti yang dilakukan pada tarikh 15 Mac yang lalu sebagai isyarat permulaan "Agenda pembangunan Haekal".

Al-Aqsa - Allah yang melindunginya dan tangan-tangan ini yang menjadi taruhannya

Zionis selalu bercita-cita mewujudkan identitinya setiap kali mendapat kesempatan untuk merealisasi idea pembinaan Haekal di atas keruntuhan Masjid al-Aqsa.

Di sebalik penyembelihan yang berlaku di sekitar Masjid al-Aqsa (8/10/1990) muncul arkeologi Zionis "Joseph Sierg" di TV Perancis dengan mengatakan: "Israel dalam waktu terdekat akan segera memulakan pembinaaan Haekal ketiga di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa yang mampu dilakukan dengan menggunakan teknologi moden". Selang beberapa hari pada bulan November Yitzak Shamir Perdana Menteri Israel ketika itu, memberi reaksi ke atas tindakan penyembelihan itu beliau mengumumkan: "Inilah masanya untuk memanjangkan sempadan Israel dari laut Merah hingga ke sungai Furat".

Pada September 1991 akhbar Hahdashout melaporkan bahawa gerakan pemimpin Gunung Haekal telah melakukan peletakkan batu asas – yang beratnya 6 tan yang dibungkus dengan bendera Israel – ke tempatnya yang terletak di atas tanah suci.

Tidak hairan… Siapakah yang paling menepati janji, ancaman dan ketentuannya dari Allah SWT kerana Allah SWT telah berfirman:

"Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat. Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu, (yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: 'Tuhan Kami hanyalah Allah', dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha Perkasa"
(al-Hajj, 22:38-40)

Ke manakah Shamir pergi? Pergi ke neraka Jahim, memperolehi berbagai laknat, sementara para pemimpin Haekal senyap sunyi dan tidak mampu mencapai misi mereka.

Kita telah menyaksikan dengan mata kepala kita pada akhir-akhir ini bagaimana lelaki dan wanita serta para pemuda dari anak-anak Palestin dengan gagah berani menghadang tentera bersenjata dengan dada yang terbuka sebagai benteng dan tangan-tangan mereka yang kosong dari senjata, kecuali senjata iman, aqidah dan gigih dalam berjihad dan mengimpikan syahid. Benarlah firman Allah yang menggambarkan tentang mereka:

"(yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: 'Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka!' Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: 'Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung!' Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurniaan (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurniaan yang besar"
(Aali Imran, 3:173-174)

Dan benarlah sabda Rasulullah SAW ketika menyampaikan perwatakan umatnya, sabda baginda:

"Umatku akan tetap tegak dalam memegang kebenaran, berjuang di pintu-pintu baitul Maqdis, tidak takut dan gentar terhadap celaan orang-orang yang mencela mereka, sehingga datang keputusan Allah sementara jiwa mereka tetap demikian"
(Muslim)

Ketika Ariel Sharon terpilih sebagai Perdana Menteri beliau mengumumkan pendiriannya yang bertekad menghancurkan Intifadah dalam tempoh seratus hari. Namun Intifadhah masih tetap ada dan kekal bahkan bertambah kuat hari demi hari, malahan memberikan tentangan sengit kepada pasukan keselamatan Israel hingga mengembalikan keyakinan kepada keupayaan umat untuk mendapatkan haknya dan melawan musuh Yahudi perampas. Dan menegaskan kepada para pemimpin yang angkuh bahawa cita-cita besar mereka mustahil dapat dicapai. Ke manakah perginya Sharon? Sampai sekarang dirinya masih terlantar dalam keadaan koma antara hidup dan mati. Beliau tidak mengetahui keputusan Allah untuk merealisasikan janji dan ancaman Allah terhadapnya.

Arab menyediakan perlindungan untuk Zionis

Pada hakikatnya yang dituntut pada Arab adalah menghentikan berbagai perancangan menyahudikan al-Quds, penghancuran Masjid Al-Aqsa, perampasan masjid Haram al-Ibrahim dan masjid Bilal, perampasan dan penghancuran Baitul Maqdis dan melupakan keganasan ke atas Gaza dan berbagai kehancuran dan perobohan yang menimpa mereka sedangkan mereka masih tetap sabar dan teguh berada dalam keadaan dikepung dan kelaparan.

Ternyata berlaku peristiwa yang menghinakan di dalam Liga Arab kerana menyediakan perlindungan dan laluan dengan memberikan kuasa sebagai presiden kepada Mahmud Abbas untuk berunding dengan regim Zionis selama empat bulan! - Seseorang akan kehairanan dan bertanya-tanya: 'Sejak bilakah Arab menimbang-nimbang keputusannya dalam jangka waktu berbulan-bulan?!' - Sejak bilakah Mahmud Abbas memerlukan izin dari Arab sedangkan dialah yang memberikan izin kepada Israel secara sendirinya ketika Persidangan Oslo untuk memutuskan keluar daripada delegasi Madrid dari Arab Bersatu?!
  • Kenapakah ada perlindungan Arab ini?!
  • Mengapa saat menjelang sidang puncak Tripoli?!
  • Mengapa di tengah kebencian Eropah akibat dari pemalsuan Israel ke atas pasport enam negara?!
  • Mengapa setelah sidang puncak Assad – Ahmadinejad?!
  • Mengapa dan dalam masa yang sama meruntuhkan rumah-rumah penduduk al-Quds?!
  • Mengapa dan dalam masa yang sama melakukan pengawasan ke atas pembinaan penempatan baru Israel di Tebing Barat?!
Demikianlah kami melihat bahawa ‘jubah’ Liga Arab longgar dan luas, melindungi Netanyahu dari darah Mabhouh, memberikan kehangatan dari udara dingin yang melanda negara-negara Eropah di mana warga Israel menggunakan pasport dengan gambar secara haram dalam misi melakukan pembunuhan ke atas anggota pergerakan HAMAS di Dubai dan menyembunyikan inisiatif Arab terhadap kerja terkutuk itu. Orang yang menikam dada Mabhouh adalah warga Israel dan Amerika sehingga sukar memberkas pembunuhnya pada sidang Tripoli yang akan datang. Namun ingatlah Israel sering mengalami berbagai isyarat penghalang dari satu warga Arab.

Dalam menghadapi tentangan
  • Kita adalah umat yang agung, keasliannya terserlah semasa berada dalam penderitaan dan kesukaran. Justeru umat mestilah melakukan strategi jangka panjang yang bersumber dari pegangan umat dan identitinya: "Shibghah (celupan) Allah, dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah" (al-Baqarah, 2:138).
  • Bahawa kesatuan umat, kesatuan amal Islami, kesatuan kepemimpinan dan kesatuan manhaj merupakan dharurah syar’iyyah (keperluan syarak) dan penting dalam menghadapi tentangan.
  • Kita harus mengamalkan perintah Allah sebagaimana firman-Nya: "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambah untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)" (al-Anfal, 8:60).
Sekalipun kecanggihan yang dimiliki Israel pada hakikatnya akan menemui kehancuran

Sekalipun Israel memiliki gudang senjata nuklear, meskipun Amerika mendukung sepenuhnya, meskipun Arab melakukan pakatan bersamanya, tidak akan sama sekali memberikan keamanan dan ketenangan ke atas wilayah kita yang terjajah kepada mereka, itu hanya untuk sementara waktu namun mereka akan hancur dalam waktu terdekat, bukti-buktinya sangat banyak.

Allah telah menyampaikan berita kepada kita dalam surat Al-Isra’ bahawa Zionis akan berada dalam kesombongan sebanyak dua kali. Pada saat ini kita sedang menghadapi kesombongan yang kedua kalinya dan untuk kali yang terakhir ini Allah akan menghancurkan mereka dan memberi mereka dengan azab yang buruk; sebagai ganjaran di atas kesombongan mereka di hadapan Allah, dan penghinaan mereka terhadap tanah haram dan tempat-tempat suci. Allah berfirman:

"Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai"
(al-Isra', 17:7)

Dan sesuai dengan sunnatuLlah dalam silih berganti zaman, akan terjadi kehancuran suatu bangsa disebabkan oleh kezaliman, kekejaman dan penindasan. Allah berfirman: "Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam" (al-An’am, 6:45), "Dan (penduduk) negeri telah Kami binasakan ketika mereka berbuat zalim, dan telah Kami tetapkan waktu tertentu bagi kebinasaan mereka" (al-Kahfi, 18:59).

Bahawa Israel sentiasa menanggung kekalahan dan pengunduran tentera setelah mengalaminya secara berturut-turut, dimulai dari kekalahan dari perang 1973, pada Intifadah pertama tahun 1987, pengunduran tentera dari Lebanon Selatan, Intifadah kedua tahun 2000, dan yang terakhir kalah dalam peperangan melawan Hizbullah di Lebanon serta pengunduran yang memalukan dari Semenanjung Gaza tanpa mencapai matlamat yang diinginkan.

Terjadinya perubahan demografi yang berpihak pada penduduk Arab atau apa yang mereka sebut "bom biologi", yang memberikan kelebihan kadar kelahiran warga Palestina dan Zionis dengan nisbah 7:1.

Sementara itu regim Zionis menyeru untuk mengisytiharkan nama "negara Yahudi" sebagai pelaksanaan awal pengusiran warga Arab dan menutup pintu hak pengembalian wilayah seperti tahun 1948.

Rasulullah SAW telah menyampaikan berita gembira bahawa (yang senantiasa memberikan harapan kepada kita) akan terjadinya pertempuran yang menentukan antara Yahudi dan umat Islam yang mana kemenangan akan dikecapi oleh Islam dan umat Islam. Nabi saw bersabda:

Tidak akan terjadi kiamat sampai umat Islam berperang dengan Yahudi, kemudian umat akan memerangi mereka, sehingga orang-orang Yahudi bersembunyi dibalik batu dan pohon, lalu batu atau pohon tersebut berkata: "Wahai muslim! Wahai hamba Allah! Ini ada orang Yahudi dibelakang saya, kemarilah dan bunuhlah, kecuali pohon gharqad; Kerana ia merupakan pohon Yahudi"
(Muslim)

Dari sini kami sampaikan, bahawa Israel pasti akan hancur sedangkan Masjid Al-Aqsa pasti akan tetap berdiri dan tegak selama dunia masih ada. Allah berfirman:

"Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; Adapun yang memberi manfaat kepada manusia, Maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan"
(ar-Ra’du, 13:17)

Artikel Asal: www.ikhwanonline.com
Edisi BM: Fikrah Dakwah.

Sunday, March 21, 2010

Konsert LIFELINE 4 GAZA

KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege

DAPATKAN TIKET DARI WAKIL-WAKIL JUALAN DI LOKASI BERHAMPIRAN ANDA BERMULA 21 MAC 2010

Tarikh:
26 Mac 2010

Lokasi:
Dewan Serba Guna
Masjid WP Kuala Lumpur
Jalan Duta
(Pihak urusetia terpaksa mencari dewan yang lebih besar kerana permintaan yang amat tinggi)

Masa:
7.00mlm hingga 11.30mlm

Special Appearances:

Introducing:
Kumpulan Daie

Harga Tiket:
Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00
VIP - RM30.00
(Tiket hanya untuk Derma kepada Palestin)

Anjuran:
Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
& Gabungan NGO-NGO di Malaysia

Tentatif
7.30PM: Solat Maghrib Berjemaah di Masjid Wilayah & Solat Hajat
8.30PM: Solat Isya Berjemaah di Masjid Wilayah
9.00PM: Konsert Nasyid
11.45PM: Tamat

Jualan Tiket
Hanya 2000 tiket sahaja disediakan.
Dapatkan tiket SEGERA melalui wakil kami di mengikut lokasi berikut

Shah Alam@Klang@UiTM Shah Alam
Adam Kadir | 013 404 4787
M.Zakiran | 019 939 0304

Petaling Jaya@UM
Anaqi Ahmad Salleh | 013 590 0750
Nu’man | 013 434 0685

Subang
Mus’ab | 012 954 7861

Kuala Lumpur@UTM KL
Fauzan | 019 566 0576
Abu Dzar | 013 356 8932

Gombak@UiAM
Syed Zulfaqar | 013 384 5475
Muhammad Siddiqi | 013 296 8637

Kajang@Bangi@ Sepang@UKM@ UPM
Zamri | 013 779 5217
Abu Ubaidah | 013 628 4940

Pandan Indah
Hudzaifah | 019 987 4594

Negeri Sembilan
Hussein ’Azeemi | 019 610 6916

Melaka
Khalid Al-Walid | 019 734 1984

Atau dapatkan di kaunter promosi bergerak kami pada 21 Mac 2010

SHAH ALAM
9.00pagi | Pasar Ahad Berhampiran Stadium Melawati
11.00pagi | Plaza Alam Centre

KL CENTRE
2.00 petang

KLCC
4.30 petang

Atau dapatkan di kaunter tiket di pintu masuk Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada 26 Mac nanti.

Sebarkan kepada rakan-rakan.
Semua dijemput hadir!
  • Tiket VIP adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas tanpa kerusi
  • Dewan adalah tanpa kerusi dan tiket adalah hanya utk masuk ke dewan sahaja sebagai sumbangan kepada Palestin
  • Lelaki & Perempuan diasingkan
  • Mohon share aktiviti ini di wall saudara/i. Copy link event ini kemudian post di mana-mana group atau page
  • Bahan sebaran seperti poster, banner & flyer boleh minta pada urusetia di email lifeline4gazahs@ gmail.com
Hubungi Kami:
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"
Sdr Khalid Al-Walid: 0197341984
Sdr Muhammad Zakiran Mahmud: 0199390304
Sdr Anaqi Ahmad Salleh: 0135900750

About Us
Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Melayu, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to join an international campaign to break years of Israel siege on Gaza. We are working along with Free Gaza Movement who is based in Cyprus, IHH in Turkey, MERC and Kispa Indonesia, and other NGOs from USA, Greece, France, Germany, Italy, Venezuella and many more.The fortilla is expected to depart Istanbul on 15th May 2010, comprising 20 ships and cargo boats to be laden with building supplies, generators, medical equipment and educational materials. They will sail through the Mediterranean Sea, carrying members of Parliament from countries around the world as well as high-profile journalists and human rights activists. Lets break the siege now, before it’s too late! For the Malaysian charter, the efforts are being carried out by collaborations of, among others, the following NGOs:
  • HALUAN Palestin
  • Palestine Centre for Excellence (PACE)
  • Jamaah Islah Malaysia (JIM)
  • Aqsa Syarif
  • Pertubuhan Mawaddah Malaysia
  • Viva Palestina Malaysia
  • Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuh an Islam Malaysia (MAPIM)

Friday, March 19, 2010

Pelaburan Coca Cola di Malaysia

Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:

1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia - sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-cola, McDonald, L'oreal dan Nestle). PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.

4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.

5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)

Sumber: Kenyataan Rasmi PACE.

Thursday, March 18, 2010

AQSA Berkenaan Situasi Terkini di Baitul Maqdis

Kenyataan Media AQSA SYARIF
19hb Mac 2010 bersamaan 3 Rabi’ulakhir 1431

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Situasi tegang di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa terutamanya menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan masyarakat antarabangsa dan umat Islam khususnya. Ketegangan yang sudah berlanjutan lebih dari seminggu semakin memuncak apabila pada 16hb Mac 2010, polis Israel bertindak ganas mencederakan lebih dari 49 rakyat Palestin yang cuba melindungi kesucian Masjid al-Aqsa.

Rakyat Palestin dan umat Islam tidak punya pilihan melainkan bangkit mempertahankan Masjid al-Aqsa ekoran tindakan Israel membangunkan semula kuil Hurva di perkarangan Masjid al-Aqsa. Ia adalah satu tindakan yang jelas bertujuan untuk mengancam Masjid al-Aqsa dan sebahagian dari perancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut dan menggantikannya dengan Haikal, tempat penyembahan Yahudi yang selama ini menjadi angan-angan mereka. Upacara perasmian kuil pada 15 Mac yang lalu yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu adalah percikan api pertama yang akan mencetuskan ledakan besar. Ekoran dari tindakan provakasi ini, Khaled Mish’al tokoh dan jurucakap HAMAS di Damsyik menggesa supaya rakyat Palestin bangkit melancarkan intifadah demi mempertahankan Masjid al-Aqsa dan Tanah Suci Baitul Maqdis. Tindakan Israel membangunkan tempat ibadat mereka di kawasan penduduk Arab yang beragama Islam dan Kristian adalah jelas menggunakan sentimen keagamaan untuk melanjutkan agenda jahat Zionis untuk menguasai Baitul Maqdis.

Perancangan ini adalah seiring dengan pengumuman Tel Aviv untuk meneruskan projek pembinaan penempatan haram Yahudi yang menempatkan tambahan 1,600 unit apartment di Baitul Maqdis timur. Meskipun Israel bersetuju untuk menghentikan projek penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur dalam semua perundingan damai yang dicapai bersama pihak berkuasa Palestin sejak dari Perjanjian Oslo 1993 sehinggalah Konferens Annapolis pada tahun 2007, namun seperti yang dijangka, Israel sama sekali tidak akan menghormati syarat-syarat rundingan damai tersebut. Sudah termaktub di dalam Perlembagaan negara haram Israel bahawa Tebing Barat yang mereka rujuk sebagai ‘Judea’ dan ‘Samaria’ adalah bahagian yang integral dari negara Israel dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diwartakan sebagai ibu negara Israel yang abadi. Pembinaan penempatan Yahudi di atas tanah-tanah rakyat Palestin yang mereka rampas adalah bertujuan untuk mengyahudikan Baitul Maqdis. Kehadiran kuil Hurva adalah pelengkap kepada cita-cita untuk menguasai Baitul Maqdis sepenuhnya dengan mengeluarkan rakyat Palestin yang beragama Islam dan Kristian.

Dalam saat-saat situasi cemas yang berlaku kini di Baitul Maqdis timur dan Masjid al-Aqsa maka AQSA SYARIF menegaskan berikut:

1. AQSA SYARIF menggesa pemimpin-pemimpin negara Islam supaya bersuara dan menyatakan sikap dan pendirian terhadap provokasi Israel di tanah suci Baitul Maqdis. Negara-negara Islam wajib bersatu menggesa PBB supaya memanggil satu persidangan tergempar bagi mengambil tindakan ke atas Israel yang jelas mencabul hak rakyat Palestin dengan mengocak sentimen keagamaan.

2. AQSA SYARIF menggesa masyarakat antarabangsa supaya mendesak Israel menghormati semua syarat-syarat perundingan damai yang telah dipersetujui dengan pihak berkuasa Palestin terutama persetujuan Israel untuk menghentikan projek pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur. Tindakan Israel meneruskan pembinaan penempatan Yahudi di sana pasti akan menggagalkan proses rundingan damai dan apa yang dikatakan sebagai penyelesaian dua negara.

3. AQSA SYARIF menggesa Amerika Syarikat supaya berhenti menyebelahi dan melindungi Israel yang telah sekian lama melanggar ketetapan PBB berkaitan hak rakyat Palestin. Pencabulan Israel ke atas hak-hak rakyat Palestin yang diperakui oleh piagam PBB dan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 adalah berpunca dari dasar luar Amerika yang mempertahankan semua tindakan regim Zionis itu meskipun ia bertentangan dengan prinsip undang-undang dan hak asasi.

4. AQSA SYARIF menyeru umat Islam supaya tidak terpedaya dengan perancangan jahat regim Zionis yang berselindung di sebalik proses rundingan damai untuk melanjutkan agenda pendudukan bumi Palestin dan Baitul Maqdis. AQSA SYARIF yakin bahawa satu-satunya jalan penyelesaian yang ampuh ialah dengan seluruh umat Islam berdiri teguh di belakang rakyat Palestin dan menyatakan solidariti mereka terhadap perjuangan pembebasan bumi Palestin dari pendudukan Zionis. Umat Islam juga wajib membantu baik dari segi kewangan dan moral serta mempertahankan hak rakyat Palestin dalam forum-forum antarabangsa.

5. AQSA SYARIF menyeru semua rakyat Malaysia, khususnya umat Islam supaya tidak melanggan produk-produk yang dikenalpasti memberi sokongan kepada ekonomi Israel. Empat barangan yang jelas menyumbang kepada ekonomi Israel ialah McDonald, Coca-Cola, L’oreal dan Nestle. Umat Islam diseru supaya mengutamakan barangan tempatan dan hanya melanggan produk asing terutama dari Amerika Syarikat yang menjadi sekutu kuat Israel apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan terakhir. AQSA SYARIF mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya menyambut kempen BDS (Boycott, Divestment and Sanction – kempen memboikot, mengalihkan pelaburan dan sekatan) terhadap Israel yang giat diterajui oleh masyarakat madani (civil society) kumpulan hak asasi dan pertubuhan bukan kerajaan di peringkat global.

6. AQSA SYARIF juga menyeru umat Islam supaya membela Masjid al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam. Kewajipan melindungi masjid tersebut dan tanah suci Baitul Maqdis berada di atas pundak umat Islam seluruh dunia dan bukan menjadi tanggungjawab rakyat Palestin semata-mata.

7. AQSA SYARIF mengalu-alukan peranan yang dimainkan oleh pelbagai NGO yang menyokong perjuangan rakyat Palestin dan konsisten di dalam menyemarakkan kempen solidariti bersama rakyat Palestin. AQSA SYARIF akan terus berganding bahu dengan semua pihak untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia agar menyumbang wang ringgit dan menghulurkan bantuan demi membela rakyat Palestin yang tertindas oleh kekejaman regim Zionis Israel.

8. AQSA SYARIF juga tidak lupa untuk merafaqkan sembah kepada DYMM Yang Dipertuan Agung dan menzahirkan sokongan kepada Kerajaan Malaysia yang tidak pernah mengiktiraf negara haram Israel sejak negara mencapai kemerdekaan dan konsisten di dalam menyanggah pendudukan regim zionis Israel ke atas bumi Palestin.

Sekian kenyataan AQSA SYARIF dan semoga rakyat Palestin terus teguh di dalam perjuangan mereka dan akhirnya kemenangan berpihak kepada pejuang-pejuang di jalan Allah swt.

Ust. Hasanuddin bin Mohd Yunus
Pengerusi AQSA SYARIF
--
AQSA SYARIF adalah sebuah badan bermotif kebajikan yang didaftarkan di Malaysia No. 729288P. Misi AQSA SYARIF adalah Penyebaran Maklumat tentang Palestin, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama.

AQSA SYARIF beribu pejabat di Kajang Selangor.
No. Telefon: 013-7444428;

sumber: sini.

Saturday, March 13, 2010

AQSA

Satu institusi baru Palestin yang akan memimpin isu Palestin di Malaysia.

Wednesday, March 3, 2010

Da'wah - Tanggungjawab Ulama'?

Hasan al-Banna bersama dengan para pemuda Ikhwan.

Da'wah bermakna menyeru.

Da'awa seperti yang Syeikh Ahmad ar-Rasyid sebut bermakna mencenderungkan seseorang. Dalam konteks yang kita ingin sebutkan di sini da'wah ialah;
"Menyeru manusia ke jalan Allah dengan hikmah, contoh yang baik, dan berdebat dengan cara yang terbaik, sehinggakan mereka kufur kepada taghut dan beriman kepada Allah, agar dapat mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan jahiliyyah ke cahaya Islam yang satu."
(Keperibadian Da'i - dengan pengubahsuaian)

Ramai dari kalangan muslim menyangka bahawa da'wah adalah tanggungjawab para ulama' dan golongan ustaz-ustaz. Lagi-lagi terdapat satu doktrin yang telah ditiup di dalam masyarakat kita; "Hangpa jangan nak pandai-pandai cakap pasai agama kalau takdak ilmu".

Kesan daripada doktrin ini, apabila ada orang diajak untuk bersama-sama berda'wah dan menjalankan tanggungjawab yang mulia ini, alasan yang paling popular ialah,

"Saya masih tak cukup ilmu lagi"
Atau "Saya belum bersedia lagi"
Atau "Saya tak cukup sempurna lagi"
Atau sesuatu alasan yang lebih kurang sama maksudnya.

Dalam hal ini, saya teringat kisah-kisah Bani Israel yang begitu banyak di dalam al-Qur'an. Mereka mempunyai terlalu banyak alasan untuk (dengan sengajanya) tidak melaksanakan perintah Allah yang telah diturunkan melalui Nabi mereka (Musa dan Harun AS). Hal ini sangat-sangat jelas di dalam beberapa ayat (67-71) daripada surah al-Baqarah.

Tetapi mungkin juga kadang-kadang ia bukan dari kesengajaan mereka untuk tidak mahu melaksanakan tanggungjawab yang mulia ini, ia mungkin juga datang dari dilema akibat ditiupkan doktrin yang telah saya sebutkan tadi oleh segelintir manusia.

Namun sebenarnya, apabila kita melihat kepada kisah-kisah para sahabat, dan juga golongan para salafussoleh yang terdahulu, begitu ramai dari individu-individu yang mulia ini terus berda'wah kepada orang-orang yang mereka kenali dan mengajak mereka kepada Islam.

Sebuah contoh yang nyata ialah seperti Abu Bakar. Pada hari yang sama beliau memeluk agama Islam, pada hari itu juga ramai sahabat-sahabatnya masuk Islam melalui usaha beliau. Cerita ini telah dijelaskan dengan lebih terperinci di dalam buku Raheeq Makhtum[2].

Ini tidak lain kerana mereka memahami bahawa mereka perlu menyampaikan kebenaran risalah ini walaupun dalam keadaan apa jua sekalipun. Walaupun ilmu mereka sedikit, tetapi mereka tetap melaksanakan tanggungjawab da'wah.

Pada mereka, "aku buat sekadar apa yang ada pada diriku" yang pentingnya ialah buat. Jika seseorang itu memahami berkenaan agama dari A sehinga C, maka dia menyampaikan dari A sehingga C. Dan jika seseorang itu tahu dari A sehingga Z, maka kesemua itulah yang dia sampaikan.

Seseorang pernah menyebut,
"Jikalau semua orang menunggu sehingga dirinya sempurna, nescaya kita pada hari ini tidak akan merasai nikmat Islam"
Begitu cantiknya kata-kata hikmah yang keluar dari orang tersebut.

Akhirnya yang penting ialah,
أصلح نفسك وادعوا غيرك
"Perbaiki dirimu dan serulah orang lain"





--
[1] Muntalaq - Langlah Bermula oleh Syeikh Ahmad ar-Rasyid: Klik!
[2] Download bukunya di sini: Klik!

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]