Pages

Friday, August 6, 2010

Mahukah Kita Menjadi Ulul Albab?

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas golongan sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" (Surah al-Baqarah, 2:183)

Satu ayat yang Allah tujukan buat orang-orang yang beriman; dengan menyatakan kepada kita tentang kewajipan berpuasa dan matlamatnya. Bulan Ramadhan yang mulia bakal menjelma, sejauh manakah kita telah mempersiapkan diri kita menuju ke arah bulan yang penuh barakah ini?

Apabila Allah mengajarkan kepada kita bahawa matlamat buasa dan Ramadhan adalah menuju ketaqwaan kepadaNya, Dia menunjukkan kepada kita satu jalan yang mampu menjadikan kita lebih mulia di sisiNya; "Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa darimu" (al-Hujurat, 49:13).

Adakah ada satu hadiah yang lebih baik dari ini?

Bahkan ianya bukan sahaja menjadi satu hadiah, tetapi ianya juga menjadi satu bekalan yang terbaik buat kita; "...dan beberbekallah kamu, maka sesungguhnya bekalan yang terbaik adalah taqwa..." (al-Baqarah, 2:197)

Bahkan Allah tidak menyuruh orang yang sembarangan untuk bertaqwa kepadanya, Dia menyuruh orang-orang yang berakal fikiran agar bertaqwa; "...dan bertaqwalah kepadaKu wahai ulul albab!" (al-Baqarah, 2:197)

Mahukah kita termasuk ulul albab?

2 comments:

qm said...

Selamat memenuhkan bekal di Ramadhan ini.

Mashizaki Keikan said...

Insya Allah, dengan bekalan yang terbaik... Ditujukan khas buat orang-orang yang beriman.

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]