Pages

Wednesday, June 2, 2010

Perutusan HAMAS Dalam Isu Serangan Flotilla

PERGERAKAN KEBANGKITAN ISLAM (HAMAS-PALESTIN)

PEJABAT PENERANGAN
___________________________________________________

PERUTUSAN

BERKENAAN SERANGAN KE ATAS FREEDOM FLOTILLA

Saudara-saudaraku yang dimuliakan,

Assalamu'alaykum WarahmatuLlahi Wabarakatuh!

Kenyataan kami berkenaan usaha konvoi Freedom Flotilla bagi memecahkan kepungan terhadap Gaza, di sini kami membuat kenyataan dan polisi umum ini yang perlu diguna pakai semasa membuat kenyataan dan respons sebagaimana berikut:

1. Fokuskan kepada sudut kemanusiaan yang dibuat oleh konvoi bagi membantu 1.5 juta orang yang terkepung di Gaza.

2. Elakkan dari membuat kenyataan berunsur sindiran politik terhadap kumpulan lain di Palestin, atau menyentuh sensitiviti politik Arab supaya tidak menyeleweng dari perkara asas iaitu memecahkan kepungan Zionis terhadap Gaza.

3. Fokuskan kecaman kita terhadap Israel melalui media massa bahawa Zionis bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

4. Semarakkan sokongan kepada mereka yang terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan, selain menjadikan mereka ini sebagai 'role-model' kepada masyarakat dunia.

5. Pendirian terhadap serangan yang dilakukan ke atas konvoi ini, fokuskan kecaman kepada pihak Zionis bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya dengan menyifatkan tindakan mereka sebagai:
  • Lanun.
  • Jenayah Hak Kemanusiaan.
  • Sikap biadap berterusan melakukan kepungan terhadap Gaza.
6. Menggesa agar mereka dihukum atas jenayah perang yang dilakukan.

Tarikh: 30/5/2010

Sumber: Fikrah-Dakwah.com
--
Nota: Nampaknya banyak isu semasa adalah isu Palestin. Saya terpaksa membuat satu label baru yang khusus untuk isu Palestin ini.

2 comments:

Unknown said...

buatbuatbuat.

Mashizaki Keikan said...

Jadikan sebagai garis panduan!

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]