Pages

Monday, June 21, 2010

Pertubuhan IKRAM Malaysia

IKRAM Malaysia
www.IKRAM.my
Tarikh lahir: 22 Oktober 2009
Tarikh lancar: 20 Jun 2010
Sejarahnya: Panjang!

Semalam, bersamaan dengan Ahad, 20 Jun 2010, dengan izin Allah saya telah berkesempatan untuk bersama-sama menyaksikan dan menyertai sebuah acara yang penuh bersejarah di dalam sejarah perkembangan dakwah di Malaysia. Menurut laman web IKRAM, dipercayai seramai 5335 orang ahli IKRAM telah menghadirkan diri di dalam peristiwa bersejarah tersebut. Bilangan yang begitu ramai buat sebuah NGO, telah memenuhi ruang dewan "Malaysia International Exhibition and Convention Centre".

Ahli-ahli IKRAM yang hadir sejumlah 5000 lebih orang.

Kehangatan perhimpunan IKRAM ini, sebenarnya telah terasa sebelum program bermula lagi, di mana ramai dari kalangan ahli-ahlinya yang muda telah menge"post" status-status teaser di Facebook masing-masing. Ada di antara mereka yang bersemangat, sehingga membuat event RSVP di laman sosial Facebook. Ada yang menulis, "IKRAM" sahaja, dengan dibalas oleh jawapan-jawapan yang hanya difahami oleh orang-orang IKRAM. Ada pula yang memang terus terang, "4 more days to Pelancaran IKRAM". Namun kesemua ini menimbulkan tanda tanya kepada orang umum yang tidak tahu menahu, sehingga ada yang bertanya, "Prof, IKRAM ni apa?" sebagai jawapan kepada post status IKRAMians.

Pertubuhan IKRAM Malaysia

IKRAM, seperti yang disebutkan di dalam perlembagaannya merupakan;
"Sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia."
(Perlembagaan IKRAM, 2009)

Di dalam ucapan al-fadhil ustaz Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad,
"Kelahiran IKRAM, dengan izin Allah SWT, merupakan satu sunatuLlah dan kehendakNya jua. Dalam situasi apa pun akan ada satu golongan yang mengangkat panji Islam, panji tauhid, dan menegakkan kebenaran, walaupun terpaksa melawan arus di dalam negara atau di persada dunia. Akan lahir seorang reformis, bersamanya satu golongan yang mencintai Allah dan dicintaiNya, lembut terhadap orang-orang mukmin, tegas terhadap orang-orang kafir, berjuang di jalanNya tanpa rasa takut akan kecaman manusia."
(Ucapan Presiden, Pelancaran IKRAM)

Ia mungkin merupakan sebuah pertubuhan yang baru didaftarkan dengan ROS, tetapi ia adalah sebuah kesatuan yang mempunyai sejarahnya yang panjang. Peranan yang telah dimainkan di negara Malaysia cukup besar terutamanya jika dilihat dari aspek amal da'wi. Cumanya, kita perlu mengkaji dengan lebih mendalam tentang sejarah, melalui sumber-sumber yang betul, untuk mengetahui peranan-peranan yang telah dimainkan oleh golongan terdahulu IKRAM.

IKRAM Menyatukan Bukan Memecahbelahkan

Mungkin akan ada segelintir manusia yang mengeluarkan persoalan, "Kenapa nak tubuhkan IKRAM? Bertambah lagi pertubuhan pemecahbelah gerakan Islam..."

Namun bagi orang-orang yang mengetahui sejarah penubuhan IKRAM, ia merupakan satu langkah penyatuan amal Islami di medan masyarakat Malaysia. Ia menyatukann beberapa pertubuhan yang besar lagi berpengaruh di Malaysia. Ia menyatukan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Medical Interest Group (MIG), Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH), Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS), dan juga Aqsa Syarif (AQSA).

Ustaz Dr. Parid ketika sidang media.

Selain dari itu, presidennya (gambar) dengan jelas telah mengatakan di dalam sidang akhbar, bahawa, "Kita akan bekerjasama dalam bidang yang sama dengan sesiapa sahaja, dan jika tidak sama, kita hanya akan bagi pandangan," (HarakahDaily, 2010)

Buat Para Pejuang IKRAM

Adanya IKRAM bukan bermakna semakin mudah kerja kita. Adanya IKRAM bukan bermakna adanya masa untuk bergoyang kaki. Adanya IKRAM bukan bermakna kita meninggalkan kerja-kerja terdahulu dan memulakan yang baru.

Tetapi adanya IKRAM bermakna kita semakin laju di dalam medan amal ini. Semakin kemas langkah dan gerak kerja kita. Semakin tersusun di dalam amal da'wah kita. Semakin tegar dan kental di dalam melaksanakan amal yang kita yakini ini.

Semuanya bertujuan mencapai tiga wahana da'wah kita: (1) iman yang mendalam kepada fikrah dan da'wah ini, (2) pembentukan yang kemas lagi rapi terhadap semua objek da'wah, dan (3) amal yang berterusan dan berkesinambungan.

Adanya IKRAM bermakna semakin bertambah kerja dan tanggungjawab kita.
"Kelahiran IKRAM, dengan izin Allah SWT, akanmembawa kita keluar ke satu suasana baru. Kemunculannya menjadikan kita berada di medan terbuka, berada di mihwar ijtima'i wa sha'bi, yakni tahap bersama-sama massa, masyarakat dan rakyat. Kita terus memasuki era penglibatan bersama masyarakat umum, menghadapi berbagai-bagai cabaran, yang kesemuanya menuntut kita semua terus-menerus mempersiapkan diri dengan keupayaan-keupayaan yang berganda untuk menanganinya dengan sebaik-baiknya."
(Ucapan Presiden, Pelancaran IKRAM)

Sambutan bersemangat para pemuda ketika diseru oleh Ustaz Alias Osman.

Akhirnya, marilah kita semua mempersiapkan diri! Semua agensi dan institusi IKRAM, dan organisasi IKRAM sendiri mestilah bersedia dengan sebaik-baik persiapan agar kita menjadi yang terbaik, golongan pilihan pada zaman kita, ansar Allah SWT, golongan al-Hawariyyun. Insya Allah menerusi merekalah Allah SWT akan memenangkan agamaNya; ke atas golongan inilah Allah menurunkan keberkatan, futuhat yang melimpah ruah dan keredhaan yang berkekalan.

Marilah kita sama-sama menjadi golongan yang praktikal!

Barisan kepimpinan pusat IKRAM.

Ustaz Alias Osman bersalaman dengan Syeikh Muhammad ar-Rasyid, penulis buku Muntalaq.

--
Beberapa berita berkenaan dengan IKRAM:
(1) MalaysiaHarmoni.com
(2) HarakahDaily.com
(3) Utusan Malaysia Online
--
Kredit to pakcik Hisham Walat for the pictures.

20 comments:

kahfi8 said...

salam,

post yg best!

Ukhuwwah Teras Kegemilangan!!

Mashizaki Keikan said...

Satu post yang bertujuan memperkenalkan IKRAM kepada orang, dan juga mengingatkan IKRAMians bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang besar.

joegrimjow said...

berminat nak tahu sejarah ikram yg panjang tu

kalau boleh cerita, smoga Allah bayar usaha entry itu diakhirat nanti

jzkl

Mashizaki Keikan said...

Saya tak janji. Tapi akan datang ini, mungkin ramai yang akan menceritakan tentang sejarah tersbeut.

Mashizaki Keikan said...

Jika anda ingin mengetahui berkenaan sejarah IKRAM, sedikit sebanyak mungkin dr. Hafidzi ada menceritakan di blog beliau. Sila lihat di bahagian kanan blog saya, di bawah link "Tokoh"; Dr. Hafidzi Mohd Noor.

http://lambaian-islah.blogspot.com/

Anonymous said...

Tapi entah apa-apa tah IKRAM ni..ada ke orang datang jauh2 nak meramaikan majlis dia, dia tak bagi masuk. Hello, buat majlis hari Ahad, memangla ramai yang akan pakai T-Shirt, TETAPI T-Shirt Berkolar yang kosong! bukan round neck yang ada tulis Metalica! Apa? Tak sah ke solat pakai T-Shirt berkolar? Sah kan? Allah tak marah pun, apasal IKRAM lak yang marah? Berapa ramai pakcik2 tua datang dgn T-Shirt akhirnya duduk je la kat luar...pegawai bangang jaga pintu tu tak boleh nak beza antara budi bicara dan peraturan, Baru benda kecik ni dsah tak tau nak manage, macamana nak berjuang? Lagi kesian bila ada sekumpulan dalam 30 orang pelajar Maahad Tahfiz dari Kelantan, pakai T-Shirt Berkolar warna biru ada tulis : MAAHAD TAHFIZ, semua pakai songkok lagi, kira uniform mereka la tu, pun tak dapat masuk. Akhirnya budak2 tu kemana tau tak? main bowling kat The Mines. Belah la IKRAM!!!

Mashizaki Keikan said...

Memang majlis tu dibuat pada hari Ahad, tetapi pihak urusetia dah lama bagi tau kepada semua yang nak hadir etika pemakaian.

Memang pihak urusetia telah menyebarkan kepada semua yang terlibat bahawa pakaian hendaklah pakaian kemas; t-shirt, jeans, dan selipar tak dibenarkan. Maklumat ini sememangnya telah diberitahu lebih awal.

Jikalau mereka tak memaklumkan terlebih dahulu, sememangnya tindakan mereka memang zalim, tetapi lagi sekali saya katakan, ia telah diberitahu hampir dua minggu sebelum majlis tersebut.

Sememangnya pakai t-shirt menutup aurat, bahkan boleh dibawa solat. Dan sememangnya juga, bagi lelaki, memakai kain sahaja, dan tanpa memakai baju juga cukup untuk menutupi aurat. Maka ianya cukup untuk menunaikan solat. Maka kenapa tak pakai kain sahaja?

Apa yang saya cuba bawa di dalam point di atas ialah, Allah menuntut hamba-hambanya untuk melakukan yang terbaik untuk segala-galanya; "Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku Ihsan terhadap segala sesuatu" (hadith). Jadi, walaupun memakai kain sahaja sudah tutup aurat, dan dah sah untuk solat, dan boleh juga dijadikan alasan untuk memeriahkan majlis pelancaran IKRAM, apatah lagi jika memakai t-shirt, yang sudah tentu lebih baik dari hanya memakai kain, kenapa tidak pakai sahaja pakaian yang telah ditetapkan JK penganjur? Memakai pakaian yang kemas dan rapi.

Ini sangat-sangat penting kerana pakaian melambangkan imej. Apatah lagi imej yang cuba dibina dalam sebuah majlis yang julung-julung kalinya diadakan; Majlis Pelancaran IKRAM. Ia adalah untuk membina imej kepada para tetamu yang bukan IKRAM bahawa IKRAM ini sentiasa menuntut ahli-ahlinya untuk menunjukkan akhlaq dan syakhsiah yang terbaik.

Dalam hal-hal yang tidak melanggar syara', kita diminta untuk mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh ulil amr (yang empunya urusan). Dalam konteks ini, JK penganjur.

Lagi satu, saudara, orang-orang yang menjaga pintu hanya mengikuti arahan dari pihak atasan. Dan sememangnya arahan tersebut tidak bercanggah dengan apa-apa ketetapan syara'.

Dan akhirnya, moga Allah memelihara setiap dari kita dari bersikap dengan sikap-sikap yang tidak elok. Moga Allah sentiasa menunjukkan kita semuanya ke jalan yang lurus. Dan moga Allah menerima amal-amal kita. Insya Allah!

Mashizaki Keikan said...

Dan pada masa yang sama, saya meminta maaf bagi pihak mereka. Moga saudara dapat memaafkan mereka jika mereka benar-benar bersalah.

WaLlahu a'lam!

totti said...

Wondering ...how to become a member of Ikram? Do you have their contact number? Their website does not have any.

Jazakaullah

Mashizaki Keikan said...

Totti ni kawasan mana? Meaning to say, berminat nak jadi ahli di kawasan mana?

totti said...

Area Pandan

Mashizaki Keikan said...

Area Pandan tu kat mana ye? Maaf ye, saya ni lemah sikit bab-bab ni...

kahfi8 said...

pandan indah la kot..?

Mashizaki Keikan said...

Pandan Indah? Hmmm... Mungkin nak kena spesifik sikit kot.

Contohnya:
Saya, area2 Pulai, Skudai, Johor.

(Ada beberapa tempat nama Pulai, not just in Johor. Macam tu jugaklah kot for Pandan.)

Anonymous said...

Pandan indah ke pandan perdana? tapi pandan biasanya area cheras kot?

Mashizaki Keikan said...

Ya, Pandan ada beberapa tempat. Salah satunya di Sarawak. Tu maksud saya kena spesifik sikit. Negeri mana?

siti said...

apa agenda IKRAM..sila jelaskan..kenapa x bergabung dengan ISMA..

Muhammad Hafiz Sulaiman said...

Salam, kenape tak bergabung dengan PAS?

Mashizaki Keikan said...

1. Kenapa tak gabung dengan ISMA?

Hmm, mungkin boleh tanya ISMA kenapa tak masuk sekali?

2. Kenapa tak gabung dengan PAS?

PAS ada peranannya politiknya, IKRAM ada peranan NGOnya. Ia adalah satu langkah kebijaksanaan gerakan2 Islam di Malaysia untuk tidak hanya tertumpu dalam satu2nya bidang sahaja.

Seperti PAS yang perlu memainkan perananannya yang terbaik di atas platform politik, IKRAM pula perlu memainkan peranannya yang terbaik dengan segala ruang yang terbuka luas bagi NGO.

WaLlahu a'lam.

wan said...

Utk mnjadi ahli IKRAM, blh apply online di link berikut. Mg membantu

http://ikram.org.my/reg/

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]