Pages

Tuesday, June 22, 2010

Lagu IKRAM

Prof. Dr. Hatta sebelum melancarkan dua buah lagu IKRAM.

Pada hari pelancaran IKRAM, dua buah nasyid telah dilancarkan. Satunya bernama IKRAM sendiri, dan yang lagi satu pula bernama Allahu Ghaayatuna. Sebelum melancarkan lagu IKRAM dan Allahu Ghayatuna, Prof. Dr. Hatta Shahrom telah menceritakan sedikit sebanyak latar belakang pembikinan dua buah nasyid tersebut.

Di antara perkongsian beliau ialah; "Rata-rata, apabila mendengarkan lagu IKRAM mereka menyukainya. Jika ada dua ratus orang, 198 daripadanya suka lagu IKRAM... Dua lagi tu, mungkin tertidur!"

"Tetapi bagi lagu Allahu Ghayatuna, apabila dimainkan, ada yang membuat 'thumbs down'. Namun apabila dimainkan kepada golongan yang muda, ramai yang menyukainya... Mereka mengatakan, 'Ini style kontemporeri!'"

Dr. Hatta sambung lagi, "Beauty is within the eye of the beholder..."

Di sini, saya inginkan kongsikan hanya sebuah lagu - Lagu IKRAM. Sebuah lagu yang mempunyai makna yang sangat mendalam. Mengesani jiwa-jiwa mereka yang telah bersama-sama di dalam program dan gerak kerja da'wah IKRAM. Nah dikongsikan lagu IKRAM:



IKRAM

Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne
Lagu oleh: Saff One
Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan...

--
Lirik diperoleh daripada www.ikram.my
Kredit to pakcik Hisham Walat untuk gambar.

8 comments:

muna khaider said...

kat mana nak dengar lagu Allahu ghayatuna tu? nak dgr jugak..

jzkk atas perkongsian..kongsi la byk2 lagi ttg apa yg dibicarakan pd hari tu

Mashizaki Keikan said...

Allahu Ghayatuna tu? Jap eh, nanti ana cari. Ada makcik dah rekod, tapi dia post kat facebook. Nanti ana bagi link.

Insya Allah akan dikongsikan lagi, apa-apa yang kami dapat dari majlis tersebut. Ucapan presiden cukup bermakna. Menggariskan beberapa milestone penting di dalam amal da'wi kita.

Sakinah Omar said...

I guess that makcik is me?
Here's the link
http://www.youtube.com/watch?v=-IvZ6lZNgGA

Mashizaki Keikan said...

haha~ ya. memang makcik tu is ustazah. haha~

anyway, ana ada post dalam post terbaru...

silakan pergi ke:
http://atmkeikan.blogspot.com/2010/06/lagu-allahu-ghayatuna.html

muna khaider said...

oh ok terima kasih, jzkk makcik.. er.. ustazah :)

smgt IKRAM hangatnya terasa sampai ke sini.. moga Allah berkati.. wish I were there but oh well...

Prof Hatta sampai hr ni.. doakan prog disni berjalan lancar juga..

Mashizaki Keikan said...

Owh, di sana juga ada ye?

muna khaider said...

He's here for the winter camp (and jalan2 dgn family). Tak pasti nak buat anything offical on IKRAM ke tak.

Mazlum Syahid said...

https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

Web: almawaddah.info

Salam


Kepada:

 

Redaksi, rektor dan para akademik


Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]