Pages

Tuesday, June 22, 2010

Lagu Allahu Ghayatuna

Kumpulan SaffOne yang menyanyikan lagu IKRAM dan Allahu Ghayatuna.

Tajuk lagunya gempak; Allahu Ghayatuna. Ia memberi persepsi semangat lagu ini seakan-akan lagu Shoutul Harokah (baca: Sowtul Harokah) yang bernama bingkai kehidupan. Namun ianya agak berbeza dari segi rentaknya. Walaubagaimanapun, liriknya yang cukup mendalam maksudnya lebih penting untuk ditonjolkan, berbanding dengan rentaknya. Rentaknya mungkin boleh diubah pada masa-masa akan datang dengan harapan ia dapat menandingi rentak lagu Sowtul Harokah dan lain-lain.

Moga lagu Allahu Ghayatuna ini dapat mempertingkatkan semangat kita di dalam melaksanakan amal da'wah. Moga IKRAMians sentiasa jelas dengan lima slogan di dalam da'wah ini (yang telah dibawa oleh ustaz Hassan al-Banna):
  1. Allahu ghayatuna (Allah adalah matlamat kami)
  2. Ar-Rasulu qudwatuna (RasuluLlah adalah ikutan kami)
  3. Al-Qur'anu dusturuna (al-Qur'an adalah perlembagaan kami)
  4. Al-jihadu sabeeluna (Jihad adalah jalan juang kami)
  5. Wal-mautu fi sabeeliLlahi asma* amanina (dan mati syahid di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi!)
Ini adalah yang diharap-harapkan hasil daripada tarbiyah yang mulia ini.

Nah lagu Allahu Ghayatuna:



Allahu Ghayatuna

Lirik oleh:
Mohamed Hatta Shaharom
Arpah Abdul Wahab
SaffOne
Lagu oleh: SaffOne
Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Dengan kalbu tenang
Kami mengorak langkah
Di Jalan Juang-Mu Allah
Demi Redha-Mu ya Allah

Dengan jiwa tabah
Mengharapkan barakah
Engkaulah puncak kasih
Yang kami dambakan

Lelah hilang
Contoh dari Rasul-Mu
Kasihnya mengisi kalbu
Dalam perjalanan ini

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina

Bila panji Islam dijulang
Insan sejagat berlindung
Di bawah lembayung Arasy-Mu
Rahmah Yang Agung

Madah iman
Bergema seluruh alam
Mengubat rindu hamba-Nya
Pada Mu Yang Maha Esa

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allah Matlamat kami
Ar-Rasul contoh kami
Al-Quran panduan kami
Al-jihad jalan kami

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina

--
* asma (أسمى) dengan (ya' tanpa titik di hujung) bukan asma' (alif-hamzah selepas mim).
** Credit to Ustazah Sakinah Omar for the video.
*** Credit to pakcik Hisham Walat for the pictures. Boleh bukak agensi nih!

4 comments:

Bashir IbnDzul said...

salaam,

kita sama kot. lagu ni agak mendayu. ingatkan rentak cam shoutul harokah.

ex-naqib ana gitau, saff-one ni asalnye nak jadikan macam shoutul harokah. tapi nampaknye tak jadi..

Mashizaki Keikan said...

Jom kita kasi masyuk sikit lagu ni... buat semula rentak dia. tapi still use the same lirik.

haha~

Unknown said...

ngaa.borak kat sini je tak guna.buat sendiri@beritahu sendiri kat saffone untuk buat versi semangat punya.aa.sekurangnya saffone da buat kerja dia.tak borak kosong.ngaa.

Mashizaki Keikan said...

Acap.... Apehal...??? Memang nak buat sendiri. Bukan borak2 kosong daa...

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]