Pages

Wednesday, June 16, 2010

Besarnya Peranan Wanita

Jangan disangka peranan wanita itu kecil. Mereka telah memainkan banyak peranan di dalam sejarah jatuh bangun ummah ini. Di dalam al-Qur'an sendiri telah diceritakan beberapa contoh wanita-wanita agung sepanjang zaman. Di dalam sirah telah tercatat bahawa para isteri RasuluLlah telah diberikan gelaran Ummuhatul Muslimin (ibu-ibu para mu'min). Juga tercatat di dalam sirah, antara golongan awal yang syahid adalah seorang wanita yang mulia, yang bernama Sumayyah, ibunya 'Ammar bin Yasir.

Betapa besarnya peranan mereka, dan betapa dunia tidak boleh hidup tanpa adanya mereka. Benarlah ayat; "Para mu'min dan para mu'minat, sebahagiannya menjadi pelindung sebahagian yang lain" (at-Taubah, 9:71).

--

Para Wanita dan Aktivis Lain Persiapkan Misi Bantuan ke Gaza

BEIRUT, (GMBR)-- Aktivis Arab tempatan dan para aktivis luar, termasuk sebuah kapal bantuan yang dikendalikan oleh para wanita dari Lubnan, bakal berlepas ke semenanjung Gaza di dalam sebuah usaha memecahkan pengepungan yang telah lama dikenakan sejak tiga tahun lalu, walaupun Israel telah meminta kepada Kesatuan Eropah untuk menghalang semua kapal yang mempunyai misi Gaza, yang berlepas dari pelabuhan-pelabuhan Eropah.

Penyelaras jawatankuasa penganjur untuk kapal Wanita Lubnan, "Mariam", Samar Hajj, telah berkata, melalui panggilan telefon, kepada agensi media Perancis semalam, bahawa inisiatif menghantar kapal tersebut datangnya dari para wanita biasa yang percaya pengepungan terhadap Gaza mesti dipecahkan.

Beliau juga telah menekankan bahawa gerakan "Free Palestine" yang telah diwakili oleh pengerusinya, Yasser Qochloq, telah memastikan aspek keselamatan kapal dan juga segala sokongan logistik. Beliau mengatakan bahawa bilangan wanita yang akan menaiki kapal telah mencapai lima puluh orang; tiga puluh darinya adalah dari Lubnan dan selebihnya wanita luar.

Kapal kargo komersial tersebut akan mengangkut ubat-ubatan buat penduduk Palestin yang sedang menderita kanser, di mana kadarnya telah meningkat di Gaza, menurut Hajj, selepas Israel melancarkan peperangan terhadap Gaza pada akhir tahun 2008.

AFP juga melaporkan dari sumber-sumber "Kempen Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza" bahawa Armada Kebebasan II, yang akan disertai lebih banyak kapal dan mengangkut lebih banyak penumpang, dijangka akan belayar selepas berakhirnya Piala Dunia Bola. Menurut kempen tersebut, majoriti dari mereka yang mendaftar untuk menyertai kapal misi bantuan adalah warga negara Eropah. Dalam hal ini, ramai pegawai kerajaan dari Eropah telah menyatakan keinginan yang kuat untuk menyertai misi untuk mematahkan kepungan terhadap jalur Gaza.

AFP juga dilaporkan dari sumber-sumber dari Kempen Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza yang armada Kebebasan II, yang akan merangkumi lebih banyak kapal dan pengangkutan penumpang lebih daripada kebebasan armada pertama, diharapkan untuk belayar menurut kesimpulan di Piala Dunia. Menurut kempen, majoriti dari mereka yang mendaftar untuk menyertai di kapal misi bantuan adalah warga negara Eropah, mencatatkan bahawa pegawai kerajaan dari Eropah telah menyatakan minat yang kuat untuk menyertai dalam misi untuk mematahkan serangan di Jaluran Gaza.

Walau bagaimanapun, menurut akhbar Hebrew; Yediot Ahronot, pihak berkuasa negara haram Israel telah menghubungi negara-negara Kesatuan Eropah dan kuasa antarabangsa yang lain, menuntut mereka untuk tidak memebenarkan Freedom Flotilla 2 atau mana-mana kapal bantuan lain yang menuju ke Gaza untuk berangkat dari pelabuhan mereka. Mereka juga menuntut agar warga Eropah dapat dicegah dari menyertai misi tersebut, mendakwa bahawa mereka "berusaha untuk bekerja melawan kepentingan Israel."

Surat khabar tersebut, versi internet, telah melaporkan bahawa angkatan tentera laut Israel sedang bersiap-sedia menghalang kedatangan sepuluh kapal bantuan baru dalam usaha memecah pengepungan ke atas Gaza. Sebuah kapal bernama Naji al-Ali dari Lubnan bersama-sama dengan dua kapal lain milik Bulan Sabit Merah Iran dijadualkan akan tiba di Gaza dalam beberapa hari mendatang.

Sumber: http://palestine-info.co.uk/En/
Penterjemah: MK

5 comments:

Anonymous said...

Ummuhatul Mukminin(ibu-ibu orang mukmin)

Mashizaki Keikan said...

Owh, silap di situ. Danke!

Anonymous said...

wa iyyak!

Mashizaki Keikan said...

Tak best.

Anonymous said...

barakaLLAHu feek..

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]