Pages

Monday, May 10, 2010

Persepsi

Pandangan seseorang terhadap sesuatu itu terbina di atas persepsi. Persepsi pula terbina di atas dasar pengetahuan seseorang. Seandainya pengetahuan seseorang tersebut berkenaan dengan sesuatu itu terhad, bahkan sedikit, maka persepsinya pasti akan menjadi sangat berlainan jika dibandingkan sekiranya dia mempunyai pengetahuan yang banyak tentang sesuatu perkara tersebut.

Persepsi ini pula akan mempengaruhi cara seseorang berfikir dan bertindak, yang kemudiannya akan memberikan kesan yang sangat mendalam kepada individu tersebut. Ini terutamanya bagaimana dia melihat orang lain, apakah perasaan dia apabila bersama-sama dengan orang yang tertentu, apa yang terbayang di pemikirannya apabila ternampak sahaja sekelompok individu yang tertentu, dan lain-lain.

Makanan Sangkaan

Persepsi kemudiannya menjadi makananan yang disuapkan kepada dzan (sangkaan, sebut: dzonn). Kadangkala dzan tersebut adalah betul, tetapi kebanyakan kali ianya hanya berpijak di atas perasaan dan kecenderungan seseorang terhadap sesuatu isu. Inilah yang telah disebutkan oleh Allah di dalam kitabNya yang suci: "...sesungguhnya pada sebahagian dzan itu terdapat dosa..." (al-Hujurat, 49:12).

Saya pernah membincangkan dalam bentuk yang lain di dalam post "Orang Buta & Kelebihan" tentang bagaimana kebenaran boleh menjadi terpesong hanya disebabkan persepsi. Kebenaran adalah Gajah, yang mempunyai kaki untuk berjalan, perut sebagai sebahagian dari badannya, dan belalai untuk digunakan untuk banyak tujuan. Namun orang-orang buta, telah membentuk persepsi mereka yang salah terhadap gajah dek kerana pengetahuan yang terhad yang ada pada diri mereka.

Kadangkala pengetahuan menjadi terhad kerana tahap kemampuan dan kematangan seseorang belum lagi mencapai tahap yang sepatutnya. Ada juga keadaan di mana pengetahuan menjadi terhad kerana keperluan menuntut agar kemaslahatan sesuatu pihak dapat dijaga. Bahkan mungkin juga keterhadan pengetahuan boleh berlaku dengan sebab-sebab yang lain.

Orang yang bijak

Orang yang bijak adalah orang yang tidak dengan cepatnya menghukum seseorang lantaran keterhadan pengetahuan yang ada padanya. Dia akan berusaha untuk memahami sebelum difahami (seek first to understand than to be understood).

Dalam keadaan-keadaan yang dia tidak mampu untuk memahaminya, dia akan mengambil keputusan untuk menggantungkan pendirian terhadap sesuatu isu, sehinggalah pengetahuan dan kefahaman datang kepadanya. Ini dengan tujuan menjauhi segala pra-sangka yang buruk.
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhi kebanyakan dari pra-sangka. Sesugguhnya sebahagian dari pra-sangka adalah dosa..." (al-Hujurat, 49:12).

Ataupun jalan yang lebih baik ialah, sentiasa sahaja dia menyangka dan sangkaan yang baik (husnu dzan). Lebih-lebih lagi terhadap orang-orang yang memang perlu disangka dengan sangkaan yang baik. Yakni mereka yang bukan dari golongan yang telah jelas kejahatannya, yang tidak boleh disangka dengan sangkaan yang baik lagi.

Betapa cantiknya kata-kata yang pernah disebutkan oleh 'Umar al-Khattab:
"Jangan menyangka buruk kata-kata yang keluar dari seorang akhi mu'min selagi mana kamu mampu mencari sebab baik (dia mengeluarkan kata-kata tersebut)"
(Ibnu Kathir)

Akhirnya Kita Adalah Ikhwah

Bukankah kita semua mu'min? Bukankah semua mu'min itu bersaudara?
"Hanyasanya orang mu'min adalah bersaudara (ikhwah)"
(al-Hujurat, 49:10)

Mari kita memelihara kekuatan jama'ah muslimin dengan kita sentiasa memelihara ukhuwah di antara kita.

Marilah kita bersama-sama maju di dalam medan ini!

"Ukhuwwah Teras Kegemilangan"

14 comments:

kijang berani said...

salam, macam keluar topik kot, tp nak tanye jugak... Ape kaitan gambar singa dan sheep tu eh? Mesti ade maksud tersirat@ kaitan dgn tajuk? ke just upload je ek? saja tanya.......

Mashizaki Keikan said...

Memang kijang berani betul... Ha~

Gambar tu sebenarnya takde kaitan yang kuat sangat pun terhadap artikel.

Tapikan, kalau kita tgk dari satu sudut, disebabkan singa tu melihat kambing tu dari persepsi yang agak kurang tepat, maka dia boleh berkawan dengan kambing tersebut walaupun pada kebiasaannya, kambing tu sepatutnya jadi makananan singa tersebut.

WaLlahu a'lam.

kijang berani said...

That's it. Sepatutnya persepsi yang tepat ialah sheep itu adalah makanan singa tu jika mengikut rantaian makanan.

kalau dalam education's term, gambar itu boleh jadi set induksi sebelum cikgu mula bagitau tajuk.

kalau dalam biology's term, it's sort of foodchain for animal.

kalau dalam da'wah, membina persepsi berdasarkan seek first to understand than to be understood itu penting. bukan percaya di dalam ruang lingkup yang sangat terhad tanpa menyiasat dan memahami sst perkara terlebih dahulu.

lebih2 lagi peranan kita adalah as a da'ie, bukan penghukum. just my 2 cents.

jazakaLlah khayr untuk artikel yang rasanya boleh hantar kat majalah solusi kot? huhu.

Mashizaki Keikan said...

Betul2... Tapi ana punyai maksud yang lebih untuk artikel ini. Bukan sekadar hubungan da'i-mad'u, tetapi juga da'i-da'i.

Anyway, kalau rasa nak forwardkan ke Solusi, silakan... Tapi state sumbernya dengan jelas lah.

WaLlahu a'lam.

Anonymous said...

Salaam.

"Bukan sekadar hubungan da'i-mad'u, tetapi juga da'i-da'i."

Alhamdulillah.. Moga ramai lagi da'i-da'i yang memelihara ukhuwwah.

Kalau lain jamaah, tetap sama matlamat. Adalah rugi jika berbalah.

Jazakallah akhi. Mantop!

Mashizaki Keikan said...

Setiap persepsi tu ada haknya, dan setiap berita yang sampai kepada kita, ada haknya.

Hendaklah kita menunaikan hak2 tersebut sebelum membentuk persepsi terhadap orang.

Muhammad Hussaini Khairudin said...

Biri-biri

Mashizaki Keikan said...

Apekah kebiri-birian ini..??

Muhammad Hussaini Khairudin said...

Ana cemburu dengan biri-biri yang buat-buat comel tu..

Alangkah bahagianya jika si singa tu bebas daripada perspeksi buruk terhadap ana, dapatlah ana bersandar di bahunya yang empuk itu, meletakkan kepala di rambutnya yang lebat dan bermain-main dengan gigi tajamnya..

Macam itu juga dalam dunia dakwah ni. Alangkah seronoknya jika segalanya ideal bak yang tertera dalam quran. Maka tiadalah pendakwah-pendakwah yang berhati batu, yang menuruti kehendak hawa nafsu liar mereka semata-mata.

Tapi itu ideal la kan? Bukan semua orang nak ikut al-quran ni walaupun dah jelas terparpar sikap kita sesama muslim, apatah lagi di dalam medan perjuangan.

Sesungguhnya al-quran bukan nak beri info semata-mata, tapi nak bentuk perspeksi kita semua. Agar perspeksi kita sama sebiji seperti yang Allah mahu kita nampak.

Tapi, siapa lah kan yang mahu ikut al-quran..

Mashizaki Keikan said...

Perspeksi apa?

Muhammad Hussaini Khairudin said...

Hehe

Human errorr (Again)

*Persepsi

Mashizaki Keikan said...

haha~ Ana ingat apa lah...

Ar-Rasul datang memberikan peringatan dan juga berita gembira. Baginda membawa al-Qur'an yang di dalamnya ada bermacam-macam pengajaran yang perlu kita ambil pengajaran daripadanya. Bahkan bukan sekadar pengajaran, ianya sebagai hikmah (apa jua kebaikan yang boleh diperoleh) buat manusia.

Al-Qur'an juga diturunkan agar manusia mempunyai persepsi yang betul terhadap hakikat kehidupan, bagi menjawab 3 persoalan asas: (1) dari mana kita datang? (2) untuk apa kita diciptakan? (3) ke mana kita akan pergi?

Tetapi hal ini adalah dalam konteks aqidi. Apa yang ana cuba bawa di dalam artikel ini ialah dalam konteks hubungan sesama manusia. Kadangkala kita apabila kita tak cukup kenal seseorang, kita akan rasa orang lain tak beramal (dengan amal da'wah). Rupa2nya bila dah kenal, alamak! Aku yang tak beramal rupanya... Alamak, hebatnya dia!

WaLlahu a'lam.

+akufobia+ said...

unsangkarable.

Mashizaki Keikan said...

?

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]