Pages

Wednesday, March 3, 2010

Da'wah - Tanggungjawab Ulama'?

Hasan al-Banna bersama dengan para pemuda Ikhwan.

Da'wah bermakna menyeru.

Da'awa seperti yang Syeikh Ahmad ar-Rasyid sebut bermakna mencenderungkan seseorang. Dalam konteks yang kita ingin sebutkan di sini da'wah ialah;
"Menyeru manusia ke jalan Allah dengan hikmah, contoh yang baik, dan berdebat dengan cara yang terbaik, sehinggakan mereka kufur kepada taghut dan beriman kepada Allah, agar dapat mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan jahiliyyah ke cahaya Islam yang satu."
(Keperibadian Da'i - dengan pengubahsuaian)

Ramai dari kalangan muslim menyangka bahawa da'wah adalah tanggungjawab para ulama' dan golongan ustaz-ustaz. Lagi-lagi terdapat satu doktrin yang telah ditiup di dalam masyarakat kita; "Hangpa jangan nak pandai-pandai cakap pasai agama kalau takdak ilmu".

Kesan daripada doktrin ini, apabila ada orang diajak untuk bersama-sama berda'wah dan menjalankan tanggungjawab yang mulia ini, alasan yang paling popular ialah,

"Saya masih tak cukup ilmu lagi"
Atau "Saya belum bersedia lagi"
Atau "Saya tak cukup sempurna lagi"
Atau sesuatu alasan yang lebih kurang sama maksudnya.

Dalam hal ini, saya teringat kisah-kisah Bani Israel yang begitu banyak di dalam al-Qur'an. Mereka mempunyai terlalu banyak alasan untuk (dengan sengajanya) tidak melaksanakan perintah Allah yang telah diturunkan melalui Nabi mereka (Musa dan Harun AS). Hal ini sangat-sangat jelas di dalam beberapa ayat (67-71) daripada surah al-Baqarah.

Tetapi mungkin juga kadang-kadang ia bukan dari kesengajaan mereka untuk tidak mahu melaksanakan tanggungjawab yang mulia ini, ia mungkin juga datang dari dilema akibat ditiupkan doktrin yang telah saya sebutkan tadi oleh segelintir manusia.

Namun sebenarnya, apabila kita melihat kepada kisah-kisah para sahabat, dan juga golongan para salafussoleh yang terdahulu, begitu ramai dari individu-individu yang mulia ini terus berda'wah kepada orang-orang yang mereka kenali dan mengajak mereka kepada Islam.

Sebuah contoh yang nyata ialah seperti Abu Bakar. Pada hari yang sama beliau memeluk agama Islam, pada hari itu juga ramai sahabat-sahabatnya masuk Islam melalui usaha beliau. Cerita ini telah dijelaskan dengan lebih terperinci di dalam buku Raheeq Makhtum[2].

Ini tidak lain kerana mereka memahami bahawa mereka perlu menyampaikan kebenaran risalah ini walaupun dalam keadaan apa jua sekalipun. Walaupun ilmu mereka sedikit, tetapi mereka tetap melaksanakan tanggungjawab da'wah.

Pada mereka, "aku buat sekadar apa yang ada pada diriku" yang pentingnya ialah buat. Jika seseorang itu memahami berkenaan agama dari A sehinga C, maka dia menyampaikan dari A sehingga C. Dan jika seseorang itu tahu dari A sehingga Z, maka kesemua itulah yang dia sampaikan.

Seseorang pernah menyebut,
"Jikalau semua orang menunggu sehingga dirinya sempurna, nescaya kita pada hari ini tidak akan merasai nikmat Islam"
Begitu cantiknya kata-kata hikmah yang keluar dari orang tersebut.

Akhirnya yang penting ialah,
أصلح نفسك وادعوا غيرك
"Perbaiki dirimu dan serulah orang lain"





--
[1] Muntalaq - Langlah Bermula oleh Syeikh Ahmad ar-Rasyid: Klik!
[2] Download bukunya di sini: Klik!

2 comments:

Bashir IbnDzul said...

orang suka sangat mencari alasan, sedangkan nak buat kerja lain takde pulak alasannya.

dan, lepasan sekolah agama pun belum tentu mereka sudah bersedia melaksanakan tanggungjawab dakwah ini.

entry bawah ni best gak. heh ~

http://narawastuilmu.blogspot.com/2009/12/hanya-kerana-aku-anak-ikhwah.html

Mashizaki Keikan said...

hmm, betul2.

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]