Pages

Wednesday, February 24, 2010

Berangkatlah kamu!

"Wahai orang-orang yang beriman..."

Hatiku menjadi fokus apabila mendengar frasa ini, satu ayat yang cukup lembut lagi jelas. Ditujukan buat mereka yang beriman, apakah aku tak termasuk orang yang beriman?

Tidak, aku mesti berusaha memasukkan dan menggabungkan diriku di dalam kelompok ini...

"...mengapa apabila dikatakan kepada kamu, 'Berangkatlah kamu (untuk berjuang di jalan Allah)!' kamu merasa keberatan?"

Mana taknya? Terdetik sahaja di hati atau terlintas sahaja di pemikiran, "aku ingin rehat sebentar dari kerja-kerja ini", maka bermulalah kefuturan...

Dari satu maksiat yang sangat-sangat kecil, ia membawa kepada perkara-perkara lain yang lebih besar. Lalu ia mengakar sehinggakan diri menjadi benar-benar berat.

"Apakah kamu redha dengan kehidupan dunia berbanding akhirat?"

Ya Allah! Apakah dunia yang hina ini menjadi tujuanku? Menjadi matlamatku? Dunia yang dengannya banyak sekali manusia dilalaikan dari mengingatimu? Apakah dunia ini dapat dibandingkan dengan akhirat yang kekal abadi? Dengan balasannya yang kekal abadi?

Tidak sama sekali!

Aku tidak boleh redha dengan kehidupan dunia berbanding akhirat...
Maharnya terlalu mahal untuk aku bayar, aku tidak sanggup!

Rupa-rupanya...
"Padahal tidaklah kehidupan hidup di dunia berbanding akhirat melainkan ghurur"

Dunia berbanding akhirat ibarat fatamorgana; tidak wujud melainkan sekejap sahaja. Tidak lain ia hanya satu tempat mengumpul bekalan, tanpa melupakannya walau sedikitpun. Dan juga tanpa mengizinkannya mengakar di dalam hati. Ia di tangan untuk menjadi bekalan kita di sana...

"Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia telah berjaya!" (3:185)

Ya Allah! Masukkanlah kami dalam kelompok yang berjaya...

4 comments:

Anonymous said...

jarang posting mcm ni. baik & bagus

Mashizaki Keikan said...

Owh? Jarang eh?

Anonymous said...

yep,jarang...or belum pernah. penjelasan yang mudah dan sesuai untuk semua.. good.

Mashizaki Keikan said...

Eh, rasanya banyak je... bawah label "tazkiyah"

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]