Pages

Wednesday, July 15, 2009

Perubahan Demografi Dunia

video

Perubahan dunia sedang berlaku. Ia menjadi satu bukti bahawa Islam akan naik. Otai-otai da'wah sering mengingatkan para pemuda ummah dengan satu kata-kata yang sangat menepati hal ini:
"Kerata api da'wah akan terus bergerak dan orang-orang yang ada di dalamnya akan silih berganti. Sama ada kita bersama-sama dengannya atau tidak, ia akan tetap berjalan menurut sunnahnya. Kitalah yang memerlukannya dan bukannya ia memerlukan kita. Kita tak tahu gerabak manakah yang terakhir, sehingga dikhuwatiri kita ditinggalkan selamanya. Waspadalah antum wahai pemuda!"
Bahkan kata-kata ini seolah-olah satu kefahaman serta tafsiran dari sebuah ayat Allah dari al-Qur'an:
Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: "Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah, Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar."
(al-Hujurat, 49:17)

Telah menjadi sunnatuLlah bahawa Islam pasti akan bangkit kembali. Singa yang tidur sudah puas dengan tidurnya, dan kegerunanan yang hilang dari dada musuh akan kembali muncul. Semangat jihad yang berkobar-kobar yang suatu ketika dahulu pernah mengalir di dalam darah umat ini pasti akan kembali.

Manusia pasti akan akan menjadi saksi terhadap kebenaran risalah ini, dan pada saat tersebut "...tidak lagi terjadi fitnah dan deen itu keseluruhannya adalah untuk Allah" (al-Anfal, 8:39).

Bagi sesiapa yang ingin download video ini: Click!

Sunday, July 12, 2009

Negara Islam

Negara Islam.

Banyak mulut berkata-kata dengan bermacam-macam idea.

Ada orang kata dakwah dia syumul sebab di dalam dakwahnya, ia mempunyai penglibatan langsung dalam politik. Saya senyum, ok.

Ada orang kagum dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh PKS di dalam bidang politik, lalu bertanya: "Apesal kita kat sini tak terlibat politik?". Saya tersenyum, hmm...

Ada orang semangat menjulung dengan bangga logo-logo Hamas, sebuah gerakan penentangan Palestin yang baru sahaja naik menjadi sebuah kerajaan semenjak beberapa tahun yang lalu. Sama sahaja kesnya dengan PKS, sebuah parti yang baru tetapi menjadi begitu popular dalam tempoh yang singkat.

Ramai di negara ini yang mengaku menjadi afiliasi kepada kedua gerakan "panas" ini. Lalu mereka bertanya, "Engkau di mana?"

Al-Banna dan al-Maududi merupakan dua orang yang berbeza. Kulit mereka berbeza. Umur mereka berbeza. Tanah tumpah darah air mereka juga berbeza. Bahkan kedua-dua tokoh besar ini tidak pernah sama sekali berjumpa walaupun mereka hidup sezaman (al-Banna; 1906-1949, al-Maududi; 1903-1979). Tetapi dalam banyaknya perbezaan fizikal dan kondisi tersebut, mereka berjuang dengan fikrah yang sama.

Fikrah mereka fikrah Islam. Cita-cita mereka adalah; "untuk menjadikan kalimah Allah kalimah yang tertinggi" (9:40) dan "sehingga tidak lagi terjadi fitnah (yang berleluasa di muka bumi) dan deen keseluruhannya adalah untuk Allah" (8:39). Tetapi kesamaan fikrah mereka tidak terhenti sekadar itu sahaja, bahkan juga di dalam menggariskan langkah-langkah untuk mencapai cita-cita yang mulia tersebut.

Hmm, apa yang samanya?

Hassan al-Banna telah terakam fikrahnya itu di dalam buku "Himpunan Risalah Hassan al-Banna" manakala Abul A'la al-Maududi di dalam sebuah risalah ringkas bertajuk "Proses Revolusi Islam" atau "Proses Pembinaan Negara Islam".

Setelah membaca kedua-duanya, kepuasan terasa.

Cita-cita untuk mencapai World Order (Ustaziyatul 'Alam) mempunyai tabi'at dan jalannya. Dan saya yakin jalan yang saya lalu ini adalah jalannya.

Nak tahu jalannya?

Bacalah buku-buku tersebut!

Sama atau tidak kita ini, adalah bergantung kepada kesamaan keiltizaman terhadap manhaj fikri dan amali di dalam amal da'wah.

Samakah kita?

-Download-
"Majmu' ar-Rasa'il" oleh Hassan al-Banna
"Proses Revolusi Islam" oleh Abu A'la al-Maududi
--
"Akan datang suatu masa kita akan memetik buah-buah yang masak. Manisnya buah tersebut bukan sekadar manis zatnya, tetapi juga dari manisnya perasaan yang tahu penat lelah yang telah dilalui dalam membaja pokoknya."

Thursday, July 9, 2009

Bagaimana Memperolah Kemanisan Tersebut?

"Kamu nak rasa kemanisan iman tak?" tanya si penceramah dengan nada yang penuh semangat.

-----s.e.p.i.------

Tiada jawapan yang keluar dari mulut para pendengar. Yang ada hanyalah bunyi cengkerik pada malam hari.

"Sudah tentu semua orang ingin nak! Ada ke orang beriman yang tak nak?"

Kenyataan tersebut tidak menjawab secara langsung soalan yang pertama, bahkan ia hanya menambah persoalan di dada,

"Habis apa yang kita kena buat?"

Si ustaz dengan bijaknya menyebut,

"Bila kita kata kita nak rasa kemanisan iman, dah tentu kita akan rujuk balik kepada cara yang ditunjukkan atau disebutkan oleh RasuluLlah. so, saya suka ingin membawa tuan-tuan sekalian kepada mengingati sebuah hadith Nabi SAW..."

Lalu dibacanya sebuah hadith yang berbaca seperti berikut:
عن انس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال "ثلاث من كن فيه وجد بهن حلاوة الايمان : أن يكون الله ورسوله احب اليه مما سواهما وأن يحب المرء لايحبه الا لله وأن يكره ان يعود للكفر بعد ان انقذه الله منه كما يكره ان يقذف في النار " متفق عليه
Daripada Anas (RA) Rasulullah SAW telah bersabda: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Bukhari & Muslim)

"Ha, mudah je. Tuan-tuan buat tiga benda ni dan tuan-tuan akan rasa satu kelazatan perasaan di dalam hati tuan-tuan."

Sebelum mengakhiri sesi ceramah tersebut, si ustaz sempat melontarkan sebuah provokasi:

"Kalau tak percaya cubalah! Tak menyesal punya..." dengan gayanya yang agak sempoi.

--

Hadith yang dibawa oleh ustaz tersebut merupakan sebuah hadith yang masyhur. Ramai orang sudah familiar dengannya. Dan tidak terhitung ramai juga yang berusaha untuk membuat apa yang RasuluLlah sebutkan tersebut.

Kadangkala ada orang berjaya dapat satu dari tiga ciri tersebut. Ada juga yang dapat dua, tetapi tidak ramai yang dapat tiga sekaligus.

Sesetengah orang akan bertanya, "macamana aku nak dapat tiga-tiga ni sekaligus ek? Susah betul lah..."

Saya kata, "Memangpun susah, lebih-lebih lagi kalau duduk saja ja..."

Andaikaata kita mengkaji dengan betul-betul hadith RasuluLlah ini, kita pasti akan menemukan suatu keajaiban. Tetapi keajaiban tersebut hanya dapat dikesan sekiranya kita berjaya mengaitkan kata-kata RasuluLlah ini dengan kehidupan baginda, secara menyeluruh.

Saya mendapati ada sekelompok manusia yang begitu mudah untuk mendapat ketiga-tiga hal tersebut di dalam kehidupan sehari-harian mereka. Mengapa? Kerana mereka terlibat di dalam satu kerja mulia yang Allah sebutkan di dalam ayatNya:
"Dan siapakah yang lebih baik kata-katanya dari orang yang berdakwah kepada Allah, dan dia beramal soleh, serta mengatakan: 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri'?"
(Fussilat, 41:33)

Ya, orang-orang yang terlibat di dalam da'wah dan kafilahnya begitu senang untuk mendapat ketiga-tiga ini. Mereka melakukan da'wah kerana mereka mencintai Allah dan Rasul: "Katakanlah: Sekiranya kamu mencintai Allah maka ikutlah aku (Muhammad)" (3:31). Dengan melakukan da'wah tersebut, para du'at (penyeru) telah menyahut seruan kecintaan Allah kerana Muhammad SAW adalah seorang da'i (penyeru) agung.

Lalu apabila dua orang yang berada di atas jalan da'wah tersebut, bersama-sama menggerakkannya, mereka bertemu dan mengasihi antara satu sama lain hanya kerana Allah. Mereka berjumpa tidak lain dan tidak bukan hanya kerana Allah, dan begitu juga halnya jika mereka berpisah. Kasih sayang yang kuat yang mengikat hati-hati para penggerak da'wah hanya terbit dengan sebab satu perkara; da'wah. Da'wah tujuannya adalah Allah. Ringkasnya, mereka saling berkasih sayang kerana Allah.

Di dalam para du'at melakukan amal da'wahnya, dia melihat begitu ramai orang yang berada di dalam keadaan yang sebaliknya dengan dia. Seringkali pada malam hari dia bangun, ketika semua manusia tidur, lalu dia mengucapkan rasa syukurnya kepada Allah di atas kurniaan berada di dalam barisan da'wah. Kerana dia mengetahui, seandainya dia tidak melakukan da'wah, Islam tidak akan rugi tetapi dirinyalah yang rugi (5:54).

Hanya orang yang pernah merasai tahu nikmatnya.

Hanya orang yang bergerak terasa kemanisannya.

Bersama kita menggerakkan iman kita.

Keimanan yang tulen!

Wednesday, July 8, 2009

Kemanisan Iman

عن انس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال "ثلاث من كن فيه وجد بهن حلاوة الايمان : أن يكون الله ورسوله احب اليه مما سواهما وأن يحب المرء لايحبه الا لله وأن يكره ان يعود للكفر بعد ان انقذه الله منه كما يكره ان يقذف في النار " متفق عليه
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Bukhari & Muslim)

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]