Pages

Wednesday, November 11, 2009

Taujih Ruhiyah

"Akhi, kadang-kadang kerana satu atau lebih hal, tiba-tiba ada perubahan yang drastik dalam kekuatan ruhiyah kita. Solat kita tidak khusyu', kaki kita berat melangkah ke masjid untuk solat berjamaah (terutamanya solat subuh), dan keghairahan berqiyamullayl kita melemah atau hilang secara total.

"Keinginan kita pada dunia pula meluap-luap. Kita jadi sukar untuk bersyukur dan bertaubat. Kita akrab dengan dosa. Kita tidak ingat kematian, bahkan kita hadir 'tanpa perasaan' ketika mendengar atau melihat kematian seseorang, atau juga ketika kita melalui perkuburan. Kita susah diingatkan dan beremosi apabila diberikan nasihat. Jiwa kita menjadi liar, dan mata kita 'kering', tidak ada titisan air mata yang disisakan. Juga masalah-masalah lain yang tidak kurang bahayanya.

"Akhi, perlunya ada ramuan dan taujih ruhiyah (pesanan rohani) untuk kita mengatasi masalah-masalah di atas dan menrjernihkan ruhiyah kita. Dan buku ini, insya Allah, dapat memandu Anda menyuburkan kekuatan ruhiyah Anda, dengan bahasa yang enak dibaca. Apalagi, buku ini diperkuat dengan gaya bahasa spiritual penulisnya yang mendalam, dilengkapi dengan kata-kata yang penuh dengan makna dan contoh kehidupan nyata generasi salaf."

Sebuah buku yang ditujukan khas buat para da'i yang melalui jalan yang sangat-sangat memerlukan bekalan. Thabat adalah satu kurniaan dan nikmat yang besar yang tidak akan dikurniakan tanpa kita mencari bekalan. Jadi, nah satu buku yang bagus untuk kita. Nah satu (actually dua) buku untuk kita membekalkan diri kita dengan ketaqwaan.
"Dan berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah ketaqwaan"
(al-Baqarah, 2:197)

Taujih Ruhiyah
(Pesan-pesan Spiritual Penjernih Hati)

Jilid 1

Jilid 2

Bagi yang berada di kawasan Johor, dapatkannya di Nowfara Bookstore. Kalau tak, masih boleh cuba menghubungi mereka.

8 comments:

Sarah Ibrahim said...

eh.cepatnya tahu link tu.
apapun, buku ni sangat bagus!

Mashizaki Keikan said...

tu la, ana try link yang lama tu dia kata ada error. Somehow or rather terjumpa link baru tu. macam bagus dan smart jugak la walaupun agak kosong.

Sarah Ibrahim said...

in progress...

Unknown said...

jom kuatkan hatihati kita.aa.

aniuna said...

ana ader buku jilid 2 je..
yg 1 insya Allah coming soon...

hmm...
sahabat2 penting jugak ntok saling ingat memperingatkan...
syukur krn dikurniakan shbt2 yg sering ingtkn diri nie pd Allah :)

Mashizaki Keikan said...

Dua buah buku yang bagus untuk menunjukkan jalan untuk kita memperkuatkan kekuatan ruhi kita. Kalau tak silap, ada jilid yang ketiga jugak.

Mashizaki Keikan said...

Btw, sesiapa yang macam nak cari buku2 kat kawasan KL, boleh pergi kedai buku Fajar Ilmu Baru, Jalan Masjid India. Kat situ ada banyak sangat2 buku. Kumpul buat perpustakaan mini kat rumah atau bilik masing2.

UMMU HAFSIN said...

salam.ana stuju,buku2 dkt c2 mmg susah nk jmpe kt kdai2 lain..rase mcm nk bli je smua buku kt c2...

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]