Pages

Wednesday, October 7, 2009

Tadarruj dan Peneguhan Hati


Seseorang pasti belajar berjalan dahulu sebelum berlari.
Seseorang pasti belajar berlari dahulu sebelum merempit kereta...

Lihatlah kepada dunia dan seisinya!

Di sana kamu melihat alam yang terbentang luas, dengan sistemnya yang sangat cantik. Matahari memberikan manfaat kepada bumi dan kehidupan apa yang ada padanya. Bulan dan bintang menerangi malam dan menjadi petunjuk buat pelayar di lautan, dan bumi yang terhampar luas mempunyai isi perut yang sarat dengan manfaat yang mampu sampai kepada manusia.

Burung-burung yang berkicauan di pagi hari dan petangya. Ayam berkok-kok lalu mengejutkan orang untuk beribadah kepadaNya. Lebah yang beterbangan di sana-sini menyimpan ubat yang manis di perutnya. Dan segala apa yang dikatakan sebagai makhluk yang dapat dilihat atau yang tersembunyi.


Segala-galanya melalui satu proses bertahap sebelum mencapai kesempurnaan dalam bentuknya, masing-masing melalui jalan yang telah ditetapkan sebelum berfungsi dengan fungsinya yang sempurna. Umpama buah epal yang sudah masak, ditunggu sahaja masanya untuk dipetik lalu dimanfaatkan kemanisannya.

Begitulah hakikat fitrah. Iaitu fitrah yang telah diftrahkan ke atas makhlukNya. Semuanya perlu melalui tahapan-tahapannya.

Jadi, tidak hairan mengapa manusia juga bersifat begitu... Tidak lain, ini hanyalah satu fitrah yang telah diftrahkan.

Sebelum pandai berlari, sudah tentu perlu belajar berjalan. Sebelum pandai berjalan, sudah tentu perlu belajar merangkak atau "berenang" dahulu. Dan begitulah seterusnya.

Dalam apa jua aspek pembelajaran, sama ada tarbiyah fardiyah, akademik, atau aspek-aspek praktikal, semuanya perlu melalui prosesnya yang bertahap.

Allah juga telah menjadikan sebagai satu sunnah tahapan; apabila manusia melalui umurnya, beban yang dipertanggungjawabkan ke atas bahunya semakin besar. Jika dahulu, dia seorang bayi yang tidak kisah langsung urusan orang lain, apabila dia sudah cukup dewasa, dia pula perlu menjadi pemimpin kepada keluarganya. Tetapi tidak terhenti sekadar itu, dia perlu menjadi pemimpin kepada masyarakat, negara dan dunia. Bebanan yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Walaubagaimanapun, bebanan tersebut tidak sampai melebihi kemampuan seseorang, kerana Dia tidak membebankan seseorang melainkan dengan kadar kemampuannya (2:286).

Namun demikian, segala langkah yang tergesa-gesa untuk memetik buah sebelum masak pasti akan mendatangkan kemasaman dan kerosakan. Umpama seorang manusia yang tidak sabar melihat kecantikan kupu-kupu, dia membantu kupu-kupu tersebut keluar dari kepompongnya. Lalu kupu-kupu tersebut menjadi lemah dan cacat; tidak mampu terbang ke mana-mana.

Maka ketika orang-orang jahil dan kufur bertanya kepada baginda SAW:
"Mengapa tidak diturunkan al-Qur'an sekaligus?"

Lalu Allah menjawab:


"(yang) demikian itu supaya Kami memperkuatkan hatimu dengannya. Dan Kami membacanya secara tartil (teratur dan benar)"
(al-Furqan, 25:32)

Kadangkala prosesnya agak lambat dan panjang. Bersabarlah dan beramallah kamu dengan sebenar-benar jihad.

Sesungguhnya Allah ingin memperteguhkan hatimu!

Note: Credit to www.murphyswildkingdom.com for universe's picture.

11 comments:

Unknown said...

tetap berjalan.

Anonymous said...

Tadarruj maksud dia apa ek, tergesa-gesa?

Al-qur'an tidak diturunkan sekaligus sebagai satu tarbiyyah daripada Allah. Supaya nabi ternanti2 akan turunnya wahyu atau ayat yang seterusnya, untuk memperkuat hati baginda...supaya tidak tadarruj, turun secara tartil..sedikit2 dan tersusun tetapi kekal hingga hari ini

Mashizaki Keikan said...

Tadarruj, tadarruj is bertahap-tahap.

Tergesa-gesa; isti'jal.

Kalau nak cari hadith pasal isti'jal boleh cari di post saya yang bertajuk: "Peringkat perkembangan Da'wah RasuluLlah SAW" yang dipost pada bulan 11 tahun 2008.

Anonymous said...

owh ok. Tersalah maksud. Nasib baik tanya. Jazakallah anyway.

"supaya tidak TADARRUJ, turun secara tartil..sedikit2 dan tersusun tetapi kekal hingga hari ini"

tukar TADARRUJ tu pada ISTI'JAL

Mashizaki Keikan said...

hmm... kalau guna isti'jal dalam ayat tu macam tak kena.

Anonymous said...

ok isti'jal tu dalam kamus arab lebih kepada tergesa2, bergegas, nak cepat..jadi tak seswai dlm ayat tu..huhu..

just nak cakap, AQ tak diturunkan secara terburu2, dan tak sekaligus (daf'atun waahidatun)

abaikan je penggunaa isti'jal dlm ayat tu..sorry!

Mashizaki Keikan said...

"AQ tak diturunkan secara terburu2, dan tak sekaligus (daf'atun waahidatun)"

masih macam tak kena.

guna ayat qur'an sahaja kan senang?
"Mengapa ia tidak diturunkan sekaligus?"

Isti'jal tu lebih kepada kita melaksanakan sesuatu dengan perasaan nak cepat dan kita buat dalam keadaan tergopoh-gapah. Tak sabar-sabar nak tunggu jawapan, atau melihat hasil, atau memperoleh kemenangan...

Akhirnya sabar itu jualah kecantikan.

Anonymous said...

alamak saya tersalah tafsir lagi...huhu..amik ayat tuan punya blog jelah...abaikan jelah ayat saya tuh ok

Mashizaki Keikan said...

Ok, btw... siapa anonymous ni???

Anonymous said...

that anon nak cakap al-qur'an tak turun sekaligus dalam BA kot. Tapi dia tersalah guna word yg sesuai. Er, sekaligus "jumlatan waahidatan".

Macam tuan blog ni kata, "ikut ayat al-qur'an kan senang?". Refer surah dlm post tu Al-furqan:32. "sekaligus= jumlatan waahidatan"

dan nak cakapnya hikmah al-qur'an turun secara tadarruj (bertahap) adalah utk meneguhkan hati ar-rasul, mempermudah hafalan, ada keselarasan dgn peristiwa-peristiwa serta tadarruj dlm penetapan hukum dll.

p/s1- dear readers, saahib (tuan) blog ni terer arab, so kalau nak selit word arab, better kita cari dulu makna dia yg betul2 sesuai. Sebab BA is not as simply as kita boleh masukkan je dlm sesuatu ayat. So, better check 1st. =)

p/s2- Ana rasa afdholnya letak translate kot kalau ada guna word arab dlm post so that pembaca lebih jelas. Cadangan je.

That anon wasn't me, this anon is me. huehh.

Mashizaki Keikan said...

It is not just a matter of hukum, tetapi ia adalah satu sunnah yang harus diikuti oleh orang-orang yang ingin mengikuti jalan tersebut.

Di dalam urusan da'wah RasuluLlah, Maha Suci Allah telah menetapkan bahawa ia melalui proses tadarruj. Sesuatu itu tidak dituntut kecuali apabila jamaah telah sampai ke tahap yang tertentu.

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]