Pages

Monday, October 5, 2009

Ikhlas


Keilkhlasan bukan sesuatu yang mudah diperoleh. Ia adalah sesuatu yang perlu dilatih untuk ia mengakar di dalam hati. Sifat yang tidak mengakar di dalam keikhlasan hanya akan membawa kepada futur dalam amal. Kebarangkalian untuk thabat adalah tipis.

Tetapi apabila keikhlasan diperoleh, maka akan terhasillah orang-orang yang hebat dan mempunyai keperibadian yang bersinar. Cahaya keimanan jelas kelihatan pada peribadi tersebut, sehinggakan syaitan sekalipun tidak akan mampu untuk mempengaruhi mereka ini.

Mana tidaknya? Syaitan hanya mampu menyerang dan membisikkan ke jahatan ke dalam hati manusia. Tetapi hati golongan yang ikhlas adalah tulen dan tidak bercampur-baur dengan sesuatu apa yang lain. Tujuan mereka hanya Allah, dan keinginan mereka adalah untuk menjadi kalimahNya kalimah yang tertinggi.

Hati yang soleh pasti akan mensolehkan seluruh anggotanya yang lain, dan hati yang rosak pasti akan merosakkan yang lainnya pula.

Lihatlah peribadi 'Umar, seorang sahabat yang menerima tarbiyah langsung daripada RasuluLlah. Baginda pernah bersabda:
Demi diriku di tangan-Nya, tidak ada suatu pun jejak langkah perjalanan yang ditemui oleh syaitan melainkan syaitan akan memanjangkan langkahnya (untuk mendapatkan yang empunya jejak langkah), melainkan jejak langkahmu.
(HR. Bukhari & Muslim daripada Saad Abi Waqqas)

Bukankah pada generasi mereka terdapat contoh yang terbaik?

10 comments:

Unknown said...

dengan keikhlasan, seseorang akan lebih berbakat dalam amalnya..

akan tetapi, jangan lupa, hati2 ini, bisa dipesongkan oleh shaytan. walaupun dah ikhlas, tapi perlu berhati2, kan? walaupun shaytan takut, tapi ruang itu masih ada. masih perlu berhati2...

Mashizaki Keikan said...

ya, sememangnya kita perlu sentiasa berhati-hati. kita dilatih untuk membaca pada pagi dan petang surah an-nas, agar Allah melindungi hati kita dari bisikan yang berulang-ulang dan tersembunyi dari syaitan; jin dan manusia.

Pelawat said...

bismillah. Salam. nk tnye skit, mcm mne kalau amal yg kte lakukan bersandarkan pada takutnya neraka atau mengharapkan syurga dan ganjaran dari Allah, adakah amal tersebut something yg follow the ikhlas path? atau ikhlas semestinya kerana Allah, bukan kerana perkara2 lain?Wallahu'alam..minta pndgn tuan blog.
terima kasih.

Mashizaki Keikan said...

Ikhlas dalam konteks yang saya fahami ialah apabila seseorang melakukan untuk mendapatkan redha Allah.

MEngejar segala sesuatu yang telah dijanjikan ganjaran oleh Allah dan menjauhi sesuatu yang telah Allah janjikan azab sekiranya membuatnya juga termasuk dalam keikhlasan. Segalanya pada akhirnya kembali kepada Allah.

Bukan beramal untuk mendapatkan dunia atau segala isinya atau untuk selamat dari ancaman yang makhluk dunia ancamkan.

Mungkin sedikit sebanyak Pelawat semakin jelas?

Unknown said...

Assalamualaikum

incik pelawat:

tidak salah untuk melaksanakan ibadah seperti yang dinyatakan. sebab memang itu antara cara ALLAH menggalakkan manusia untuk menambah ibadahnya.

dan seandainya boleh, selepas "sedap" beribadah, maksudnya, selepas kita istiqomah (berterusan) beribadah, kita tumpukan ibadah kita, untuk mendapat redha ALLAH semata-mata.

insyaALLAH, itu lebih mudah (*kot)

Pelawat said...

>>tuan blog
terima kasih atas perkongsian tu.insyaAllah sy semakin jelas.
>>zakri
waalaikumussalam, oo..terima kasih bnyk2,

Mashizaki Keikan said...

Even para ambiya' pun apabila berdakwah kepada kaum mereka, mereka berkata:
"Aku tidak mengharapkan imbalan, imbalanku hanya dari Allah sahaja..."

Mashizaki Keikan said...

Syeikh Mustafa Masyhur di dalam buku Jalan Da'wah mengatakan:

ADapun balasannya: sangatlah besar, selain daripadanya adalah kecil belaka. Segala yang ada di dalam hidup kita di dunia, segala nikmat, segala milik, segala kekuasaan, segala kesenangan dan kemewahan semuanya kecil belaka. Balasannya di sana ialah syurga yang seluas langit dan bumi. Di dalamnya disediakan apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di fikiran. Di sana kita akan bersama-sama dengan para nabi, para siddiqin, para syuhada', dan para salihin kerana merekalah sebaik-baik sahabat. Kita akan terselamat dari azab neraka yang kayu apinya terdiri dari batu dan manusia. Kemuncak dari itu semua ialah keredhaan Allah:
"Dan keredhaan Allah adalah lebih besar, itu adalah keberuntungan yang besar" (9:72)

Abu Ubaidah said...

nak cilok taruk di facebook... nnti anta dapat pahala..

Mashizaki Keikan said...

ambik jelah ubai.......

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]