Pages

Tuesday, August 18, 2009

Mengetahui Sunnah Kebangkitan

Orang yang benar-benar mengkaji sirah an-nabawiyah pasti akan mendapati bahawa di sana ada pengajaran yang betul-betul bermakna untuk kita contohi.

Sememangnya menjadi hasrat dan cita-cita setiap orang yang bergelar muslim yang beriman, pasti akan meletakkan meletakkan perlaksanaan syari'at Allah sebagai cita-citanya yang mulia. Bahkan bukan sekadar itu sahaja, orang yang benar-benar memahami Islam pasti akan meletakkan wawasan perjuangannya adalah untuk menjadikan Islam sebagai world order.

Tetapi di dalam proses untuk mencapai ke tahap tersebut, pasti ada langkah-langkahnya yang harus dilalui. Ada sunnah yang harus dipatuhi, dan tanpa memahami sunnah tersebut, kita pasti tidak akan mampu mengeluarkan ummah ini dari kebinasaan yang melandanya sekarang.

Apakah sunnah tersebut? Ia adalah sunnah yang dilalui oleh RasuluLlah SAW di dalam sirahnya. Untuk menegakkan kembali Islam, kita harus mengambil intipati dan fiqh dari sirah RasuluLlah untuk kita kembalikan Islam di tempatnya: World Order.

Ramai ulama' yang terkenal telah menyebut tentang peri pentingnya tarbiyah sebelum segala sesuatu. Syeikh Yusuf Qaradhawi telah menjelaskan dengan baik di dalam kitab Fiqh Awlawiyatnya. Syeikh Ahmad ar-Rasyid juga telah menyampaikan satu mesej yang sama di dalam buku al-Muntalaq.

Syeikh Syakib Arsalan telah berkata kepada salah seorang pemuda Palestin:
"Banyak buku-buku sampai kepadaku, samada dari Maghribi, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu, Palestin. Penulis-penulisnya mencadangkan supaya diadakan muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah, atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun, seperti biasa aku akan menjawab: 'Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah iaitu melalui pendidikan individu' "
Al-Banna, Sayyid Qutb, dan ramai lagi syeikh-syeikh Ikhwanul Muslimin telah menyampaikan fikrah mereka tentang hal ini. Mereka telah menyatakan bahawa kita perlu membawa perubahan dengan mengubah dari akar masalah; individu muslim.

Begitu juga seperti yang telah diterangkan oleh Abul A'la al-Maududi di dalam risalah "Proses Revolusi Islam" atau "Proses Pembinaan Negara Islam".

Mereka yang telah memberikan persaksian mereka di atas jalan da'wah ini, dengan mengikuti sunnah RasuluLlah SAW, dalam konteks yang sebenar, dan mereka semuanya telah memberikan pandangan-pandangan yang sama atau menjurus kepada itu.

Bagaimana pula kita?

3 comments:

Unknown said...

semoga proses pembinaan individu muslim ni dapat disegeracepatkan.

sepohonkayu said...

"semestinya setiap individu muslim mempunyai tanggungjawab ini untuk bangkit bersama Islam..."

"Mari Usaaha Atas Iman"

Mashizaki Keikan said...

Dalam hal pembinaan individu muslim, al-Banna telah menjelaskan dengan ringkas dan padat di dalam risalah-risalahnya. Tentang cara-cara dan langkah-langkah untuk membawa ummah ini ke tempatnya.

Kalau rajin, cari dan baca.

BUKAN sekadar buat perjumpaan mingguan, dan transfer ilmu di situ.

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]