Pages

Friday, August 28, 2009

Hudud dalam Siyasah Da'wah

Saya tertarik dengan sebuah huraian yang sangat cantik oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) tentang isu hukum Islam; Hudud. Isunya bukan nak atau taknak melaksanakan hukum tersebut, isunya ialah pendekatan yang diambil untuk menegakkan hakimiyyah Allah.

Di sana ada fiqh awlawiyatnya, di sana ada fiqh muwazzanatnya. Mungkin sedikit sebanyak, wawancara TVPas bersama dengan YB ini, dapat memberikan satu gambaran yang jelas lagi padat berkaitan dengan isu ini.

Saya ingin quote sebuah kata-kata YB Dr Dzulkefly Ahmad:
"Di mana akhirnya surah ini? Pergi kepada hukum kah..? Tidak... Dia (surah al-Mutaffifin yang mencela golongan kapitalis, mengutuk hebat orang-orang ekonomi yang menindas) balik kepada mengungkapkan masalah dengan Aqidah"

Video 1


Video 2


Video 3


Video 4


Nota: Saya mengambil video-video dari TVPas bukan bermakna saya orang PAS. Kita cuba memanfaatkan mana-mana yang dirasakan penting.

8 comments:

YamaShita KaiTo said...

ape pasai tak leh nak bukak video nie?? asyik2 ade error occured jek...

angah ade tak dia nyer flv kat komp? kalau ade, nak......

+akufobia+ said...

ngaa.jangan pandangan apa yang disokong tapi pandang apa yang diucapsampaikan?

Mashizaki Keikan said...

YK: ada. nanti ambik.

yang penting adalah mesej ayng ingin disampaikan di dalam video tersebut.

mudah-mudahan kita dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Anonymous said...

terigt kisah penurunan kewajipan menutup aurat.apabila sahabat2 nabi mendengar dr rasulullah ttg ayat kewajipan menutup aurat lalu apabila pulang ke rumah mereka sampaikan kpd isteri dan ank2..si isteri dan anak2 segera mencapai apa shaja langsir dan alas meja utk menutup aurat mereka ( tanda taat tanpa mempersoalkan). ketaatan dan kepatuhan pd hukum ALlah adalah soal iman dan aqidah...sejauh mana perlaksaan hukum itu bergantung kpd persiapan mjd fardu muslim. mcm jugak kisah pengharaman arak yang bertahap2

Mashizaki Keikan said...

Kenapa mereka berusaha untuk melaksanakan perintah tersebut?

Sebabnya ialah mereka dah tertanam keimanan kepada Allah SWT.

Jika hukum itu tertegak terlebih dahulu sebelum meletakkan asas-asas di dalam individu-individu, maka ia bukan satu tindakan yang bijak di dalam siyasatud da'wah. Lebih ramai orang yang cenderung untuk berpaling dari Deen dan Syari'at Allah. Sedangkan bukan itu yang kita inginkan.

Da'awa = mencenderungkan orang kepada kita.

A da'ie gives glad tidings rather than do things that repels the people.

Anonymous said...

http://muntalaq.wordpress.com/2009/08/07/anda-bukan-keseorangan-memimpinnya/

UMMU HAFSIN said...
This comment has been removed by the author.
UMMU HAFSIN said...

http://umarhafsin.blogspot.com/2009/09/antara-aqidah-ibadah-dan-syariat.html

salam. Ana sarankan supaya dikaji balik sedalam-dalamnya mngenai persoalan aqidah tu. Elok juga ditelaah buku Pengaruh Pemikiran Assyahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam Di Malaysia. Wallahua'lam...

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]