Pages

Tuesday, August 11, 2009

Ghazwah Uhud: Dari Satu Sudut

Peperangan Uhud merupakan satu kisah yang sangat penting di dalam sirah RasuluLlah. Kerana di dalam sirah tersebut, terdapat banyak pengajaran yang perlu diambil oleh seorang penggerak da'wah mahupun seorang individu muslim yagn biasa. Marilah kita menyoroti kisah yang berlaku dan mengambil pengajaran darinya.

Sebelum Peperangan

Hasil daripada maklumat risikan al-Madinah, RasuluLlah SAW bersama penduduk Madinah mengetahui di mana tapak perkhemahan orang-orang kafir Quraisy Makkah. Kafir Quraisy telah keluar dari kampung halaman mereka untuk memerangi kaum muslimin sebagai tindak balas dari kekalahan mereka ketika di Badar.

Mengetahui kemaraan tentera musyrikin ini, RasuluLlah SAW telah memanggil anggota Majlis Syura Tertinggi Ketenteraan Islam bagi membincangkan pendirian mereka terhadap kemaraan tentera musyrikin. Lalu Baginda SAW telah menceritakan kepada mereka tentang mimpi yang dilihatnya: "Demi Allah! Sesungguhnya daku telah bermimpi sesuatu yang baik. Aku melihat seekor lembu jantan disembelih, mata pedangku menjadi sumbing, dan aku memasukkan kedua tanganku ke dalam baju besi." Apa yang dimaksudkan oleh RasuluLlah ialah; lembu jantan sebagai para sahabatnya yang terbunuh, pedang yang sumbing sebagai salah seorang ahli keluarganya terbunuh, dan baju besi sebagai "al-Madinah".

RasuluLlah juga telah mengutarakan pandangannya untuk tidak keluar dari Madinah, bahkan mempertahankannya dari dalam. Sekiranya kaum musyrikin berkhemah di tempat mereka berkhemah sekarang bermakna mereka telah mengambil yang buruk, dan jika menyerang Madinah maka kaum muslimin akan menanti mereka di lorong-lorong masuk Madinah.

Walaubagaimanapun, sekumpulan para sahabat yang tidak menyertai peperangan Badar telah meminta dengan penuh bersungguh-sungguh dan bersemangat kepada RasuluLlah SAW agar membawa peperangan di luar Madinah. Mereka telah mengeluarkan satu kata-kata yang dapat membayangkan ketekadan mereka untuk keluar berjihad:
"Wahai RasuluLlah, sememangnya kami mengharapkan hari yang seumpama ini dan kami sentiasa berdoa kepada Allah. Nah! Allah telahpun membawa hari itu untuk kami, di mana perjalanannya tidak jauh dari sini. Semua ini Allah memperdekatkannya. Ayuh! Keluarlah wahai RasuluLlah untuk bersemuka dengan musuh Allah dan janganlah biarkan mereka melihat kita sebagai orang-orang yang pengecut!"
Bapa saudara baginda iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib telah mengepalai kumpulan yang bersemangat ini. Lalu disebabkan bilangan mereka yang ramai dan semangat mereka yang tinggi, RasuluLlah SAW akhirnya menerima pandangan mereka: "Demi Tuhan yang telah menurunkan ke atasku al-Kitab, aku tidak akan makan sebarng makanan hinggalah aku membelas mereka dengan pedangku ini di luar Madinah."

Setelah mengeluarka kata-kata tersebut, baginda bersama-sama dengan kepala pasukan tentera muslimin telah menyusun strategi mereka.

Selepas Peperangan

Ternyata di dalam peperangan Uhud ini, kaum muslimin ditimpa musibah yang besar. Sejumlah 70 orang sahabat telah menemukan kesyahidan. Empat darinya terdiri dari golongan Muhajirin dan bakinya pula dari pihak Ansar yang mulia. Di antara orang-orang Muhajirin yang syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dan Mus'ab bin 'Umayr. Musibah yang melanda tersebut adalah disebabkan beberapa faktor yang tidak akan diceritakan di sini.

Walaubagaimanapun, musibah yang melanda tersebut bukan bermakna kekalahan tentera Muslimin, namun ia merupakan titik pengajaran dan pembelajaran yang praktikal oleh Allah buat kaum Muslimin supaya kaum Muslimin tidak melakukan kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan ketika perang Uhud.

Bersambung...

6 comments:

Unknown said...

teladan dari uhud

Mashizaki Keikan said...

sebenarnya seirah adalah satu juz ilmu yang sangat best. tapi bila ianya hanya disuapkan dalam bentuk fakta mentah tanpa diperbincangkan tentang fiqh disebaliknya, people will lose the passion and will to even study sirah.

bila ingat sejarah aje, rasa macam nak muntah2...

Anonymous said...

betul2..seerah itu sebenarnya bukanlah satu benda yang membosankan, dull, mengantuk n all that.

Tetapi sebaliknya, drp seerah itulah kita mendapat 'ibrah dan pengajaran yg baik yg blh diaplikasikan semula dlm hidup kita.

Even dalam proses Pengajaran & Pembelajaran pn, guru digalakkan supaya proses mengajar seerah itu dipelbagaikan to inculcate that passion. it's not just speaks louder in front of the class until the students getting bored.

jadi, tipikal bahawa mendalami seerah itu boring, mengantuk, rasa nak muntah perlu diubahkan? =)

come on young musleem, rise up! =)

-AH-

Mashizaki Keikan said...

Dengan mengkaji sejarah, kita mengambil 'ibrah dan pengajaran sebagai bekalan.

Tetapi dengan kita mendalami sirah RasuluLlah dan naik turunnya bangsa Muslim, kita bukan sekadar mengambil 'ibrah, tetapi kita ingin ambil ia sebagai satu manhaj untuk kita mengembalikan Islam pada tempatnya; Wa kalimatuLlahi hiyal 'ulya (dan kalimah Allah adalah kalimah yang tertinggi).

Kita mahu agar kita menyambung usaha generasi terdahulu, dengan amal yang berkesinambungan. Bukan dengan "amal dakwah" yang hanya atas dasar semangat dan kepartian, lalu ianya merosakkan dakwah tersebut.

"Jika ummah ini memahami sejarah,
Nescaya mereka akan segera bangkit dengan method yang betul lagi benar,
Tetapi apakan daya,
Ramai yang malas dan tidak peduli,
Lalu ia menghancurkan kesatuan mereka,
Dan melemahkan keazaman mereka,
Sehingga mereka menjadi satu bangsa yang hina..."

Anonymous said...

Umat Islam hari ini sangat kurang kesedaran bahawa tuntutan memahami seerah ar-rasul dan menghayati ajaran2nya adalah satu bahagian yang penting. (an integral part)

Akibatnya, kita dapat rasai dan melihat fikrah2 yg tidak wajar berkembang sehingga lahirlah suasana bilangan umat Islam yang sangat sedikit menilai dan mengamalkan cara hidup rasulLullah. Fikiran2 inilah kemudiannya tersebar malah dibantu penyebarannya untuk meracuni fikrah beragama di kalangan umat Islam itu sendiri.

jadi kita sebgai seorang mu'min, dae'i dan musleem yang sayangkan Islam sbg ad-deen bertanggungjawab untuk benar2 menghayati dan memahami seerah Rasul untuk menjadikannya sbg 'ibrah dan juga cara hidup dan pemikiran supaya Islam itu kembali kepada kegemilangannya. Ustaziyatul 'alam. Allahu a'lam.

-AH-

Mashizaki Keikan said...

Mereka yang kemaruk isk... Dah pernah join? Nantikannya.........

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]