Pages

Wednesday, July 15, 2009

Perubahan Demografi Dunia

video

Perubahan dunia sedang berlaku. Ia menjadi satu bukti bahawa Islam akan naik. Otai-otai da'wah sering mengingatkan para pemuda ummah dengan satu kata-kata yang sangat menepati hal ini:
"Kerata api da'wah akan terus bergerak dan orang-orang yang ada di dalamnya akan silih berganti. Sama ada kita bersama-sama dengannya atau tidak, ia akan tetap berjalan menurut sunnahnya. Kitalah yang memerlukannya dan bukannya ia memerlukan kita. Kita tak tahu gerabak manakah yang terakhir, sehingga dikhuwatiri kita ditinggalkan selamanya. Waspadalah antum wahai pemuda!"
Bahkan kata-kata ini seolah-olah satu kefahaman serta tafsiran dari sebuah ayat Allah dari al-Qur'an:
Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: "Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah, Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar."
(al-Hujurat, 49:17)

Telah menjadi sunnatuLlah bahawa Islam pasti akan bangkit kembali. Singa yang tidur sudah puas dengan tidurnya, dan kegerunanan yang hilang dari dada musuh akan kembali muncul. Semangat jihad yang berkobar-kobar yang suatu ketika dahulu pernah mengalir di dalam darah umat ini pasti akan kembali.

Manusia pasti akan akan menjadi saksi terhadap kebenaran risalah ini, dan pada saat tersebut "...tidak lagi terjadi fitnah dan deen itu keseluruhannya adalah untuk Allah" (al-Anfal, 8:39).

Bagi sesiapa yang ingin download video ini: Click!

9 comments:

fazilah said...

tak nampak apa2...

Mashizaki Keikan said...

eh, ada video lah... ana dah try pakai dua-dua firefox and chrome, dua-dua ada.

'ain3ra' said...

nampak2. tapi mula2 hitam je, tu yang igtkan takde pape kut.

+akufobia+ said...

smart duh.macam mana nak sikit video ni?ngaa.naknaknak.

Mashizaki Keikan said...

ana ada tambah link untuk download video ni. tapi sebenarnya boleh saja cari di youtube dan cari "Muslim Demographics". download guna keepvid.com punya website.

panod said...

bendera merah bulan bintang tu bendera turkey ke bendera islam?
agak mencurigakan skit..

kalo majoriti rakyatnya islam, adakah negara itu negara islam?

musykil...

ken_Tank91 said...

takut jugak ae...
aku ney termasuk tak dalam gerabak 2.
ntah2 hanya sekadar penumpang tapi lansung tak menyumbang apa2....

sepohonkayu said...

mudah-mudahan...

jadi skru gerabak kereta api pun ok gak... sampai jugak la kat destinasi tu~ syurga

***

Mashizaki Keikan said...

to panod:
kalau majoriti muslim tak semestinya negara tu negara Islam. Tapi point kat sini ialah betapa kita kena berusaha, supaya generasi yang bakal menjadi majoriti tu mendapat kefahaman ISlam yang tulen.

Hassan al-Banna dan al-Maududi ada menjelaskan macamana nak beramal dalam konteks ini. Hassan al-BAnna di dalam Maratib 'Amalnya dan al-Maududi di dalam buku; proses revolusi ISlam.

Tapi kalau lah kita tak buat apa-apa, akan ada satu generasi muslim yang ramai tapi tak berguna. Hanya muslim dari sudut nama.

to ken_Tank91:
jadi, atas sebab tu... kita kena berusaha......... hasil yang kita dapat tu adalah lain kira.

sepohonkayu:
yang penting adalah apa usaha kita. berusaha dan beramallah kamu! (9:105)

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]