Pages

Sunday, July 12, 2009

Negara Islam

Negara Islam.

Banyak mulut berkata-kata dengan bermacam-macam idea.

Ada orang kata dakwah dia syumul sebab di dalam dakwahnya, ia mempunyai penglibatan langsung dalam politik. Saya senyum, ok.

Ada orang kagum dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh PKS di dalam bidang politik, lalu bertanya: "Apesal kita kat sini tak terlibat politik?". Saya tersenyum, hmm...

Ada orang semangat menjulung dengan bangga logo-logo Hamas, sebuah gerakan penentangan Palestin yang baru sahaja naik menjadi sebuah kerajaan semenjak beberapa tahun yang lalu. Sama sahaja kesnya dengan PKS, sebuah parti yang baru tetapi menjadi begitu popular dalam tempoh yang singkat.

Ramai di negara ini yang mengaku menjadi afiliasi kepada kedua gerakan "panas" ini. Lalu mereka bertanya, "Engkau di mana?"

Al-Banna dan al-Maududi merupakan dua orang yang berbeza. Kulit mereka berbeza. Umur mereka berbeza. Tanah tumpah darah air mereka juga berbeza. Bahkan kedua-dua tokoh besar ini tidak pernah sama sekali berjumpa walaupun mereka hidup sezaman (al-Banna; 1906-1949, al-Maududi; 1903-1979). Tetapi dalam banyaknya perbezaan fizikal dan kondisi tersebut, mereka berjuang dengan fikrah yang sama.

Fikrah mereka fikrah Islam. Cita-cita mereka adalah; "untuk menjadikan kalimah Allah kalimah yang tertinggi" (9:40) dan "sehingga tidak lagi terjadi fitnah (yang berleluasa di muka bumi) dan deen keseluruhannya adalah untuk Allah" (8:39). Tetapi kesamaan fikrah mereka tidak terhenti sekadar itu sahaja, bahkan juga di dalam menggariskan langkah-langkah untuk mencapai cita-cita yang mulia tersebut.

Hmm, apa yang samanya?

Hassan al-Banna telah terakam fikrahnya itu di dalam buku "Himpunan Risalah Hassan al-Banna" manakala Abul A'la al-Maududi di dalam sebuah risalah ringkas bertajuk "Proses Revolusi Islam" atau "Proses Pembinaan Negara Islam".

Setelah membaca kedua-duanya, kepuasan terasa.

Cita-cita untuk mencapai World Order (Ustaziyatul 'Alam) mempunyai tabi'at dan jalannya. Dan saya yakin jalan yang saya lalu ini adalah jalannya.

Nak tahu jalannya?

Bacalah buku-buku tersebut!

Sama atau tidak kita ini, adalah bergantung kepada kesamaan keiltizaman terhadap manhaj fikri dan amali di dalam amal da'wah.

Samakah kita?

-Download-
"Majmu' ar-Rasa'il" oleh Hassan al-Banna
"Proses Revolusi Islam" oleh Abu A'la al-Maududi
--
"Akan datang suatu masa kita akan memetik buah-buah yang masak. Manisnya buah tersebut bukan sekadar manis zatnya, tetapi juga dari manisnya perasaan yang tahu penat lelah yang telah dilalui dalam membaja pokoknya."

15 comments:

Unknown said...

asal jalannya menuju ke arah yang sama.tak kisah kan dari kumpulan manamana pun?ke kisah?sebab tak sekumpulan?

Anonymous said...

Dalam buku sa'id hawa : Memahami Prinsip-prinsip amal Islami, Ustaz Hasan Al Banna menyebutkan anggota Ikhwan akan memberi sokongan penuh kepada setiap pertubuhan yang melaksanakan sebahagian daripada program-program ikhwanul muslimin..

so dalam soal ini ana berpandangan, kita perlu berlapang dada dengan mana-mana pertubuhan yang menjadikan medan politik atau apa cara sekalipun untuk menyampaikan dakwah islam.

Apa yang paling penting dalam usaha dakwah ini adalah kita kembali kepada Fikrah damai antara jemaah, Kita sepakati perkara yang kita boleh sepakati. rapatkan titik perbezaan fikrah antara jemaah. Cuma perkara ini la yang sukar untuk kita buat.


sekadar pandangan dangkal dari ana untuk tuan pres..hehe

Mashizaki Keikan said...

ana takdak masalah dengan sesiapa. cumanya di sini, something yang ana rasa betul2 tertarik adalah sesuatu yang disebutkan di dalam kedua-dua buku tersebut.

nak baca, bacalah!

taknak, ana takleh kata apa.

-everyone is entitled to their own opinions, no problem-

[Ab.ngah] said...
This comment has been removed by the author.
[Ab.ngah] said...
This comment has been removed by the author.
[Ab.ngah] said...

Bergerak dan terus bergerak..

Mohonlah pertolongan dengan solat dan sabar..

Jika tiada sabar, mahu sahaja buah yang baru berputik terus dipetik.

Tapi yang sabar itulah, kerap hilang hanyut di bawa arus.

Cuba tanya diri, adakah kita boleh bersabar dengan perbezaan pendapat yang kecil lalu meluaskan horizon pemikiran kita untuk mencari kesatuan yang utuh mencapai cita-cita?

Agar Islam lah yang paling tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

"World Order"..

Mashizaki Keikan said...

Abe Ngah, Abe Ngah... banyak betul send semula comment.

ayesha said...

"Akan datang suatu masa kita akan memetik buah-buah yang masak. Manisnya buah tersebut bukan sekadar manis zatnya, tetapi juga dari manisnya perasaan yang tahu penat lelah yang telah dilalui dalam membaca pokoknya."

ni kata2 siapa?

i like..teruskan menulis!

Mashizaki Keikan said...

kata-kata yours truly...

tapi ada silap sikit di situ, bukan "...membaca pokoknya." tetapi "...membaja pokoknya."

permata said...

ana pernah baca ttg sejarah berlakunya hal 'tidak sefikrah' sblm ni yg ditulis oleh pihak sana (dulu ana pernah join sana n dpt byk softcopy ttg fikrah mereka).

setelah ana kaji sedikit demi sedikit, apa yg ana faham, mereka yg pernah menimba ilmu (tarbiyah, dakwah n harakah) drpd tok syeikh2 IM d masir satu ketika dulu telah diingatkan utk:

apabila pulang ke negara masing, hendaklah:
(1) bergabung dgn jemaah yg telah sedia ada, dan
(2) membawa fikrah kita dalam jemaah tersebut.

sayangnya kebanyakan drpd mereka hanya berpegang dgn yg (1) dan terlupa ttg yg (2).

seolah2 mereka lupa ttg didikan huruf A sampai Z yg teramat penting itu (fikrah IM: pembinaan individu), sebaliknya mereka hanya mengambil noktahnya sahaja (bgabung dgn jemaah tertua).

namun jgn sekali2 kita memandang serong pd mereka, krn mereka juga ingin menuju puncak yg sama iaitu negara islam (tp kita lbh jauh lg -ustaziatul alam)

"sdgkan islam sendiri ada 4 mazhab n tidak bergaduh sesama mazhab, apatah lg jemaah, tok sah gaduh2 laaa.." kata naqibah ana dulu..

wallahu a'lam

Mashizaki Keikan said...

er, ok permata. macam ana cakap. ana tak kisah sangat orang lain kata apa, dan bab2 berlainan jamaah ni. tapi tujuan ana mengepost ni adalah untuk share satu point yang sering dibangkitkan oleh satu-satu pihak.

ana tak tahu sejauh mana betulnya apa yang nti cakap tu, tapi yang pasti itu adalah kajian yang nti buat berdasarkan pengalaman nti sendiri. mungkin ada pandangan2 yang tertegak di atas persepsi.

al-Banna merupakan mujaddid. Kalau Syafi'e mujaddid dalam hal Fiqh dengan mengutarakan al-Usulul Fiqh, al-Banna merupakan mujaddid di dalam dakwahnya yang menyatukan ummah. Orang-orang yang memahami benar-benar usul 20 karangan hassan al-banna pasti akan mendapati bahawa keseluruhan temanya adalah untuk mengislah kesatuan ummah.

Orang-orang yang beriltizam dengan manhaj fikri dan amali al-ikhwan, benar-benar menghadamkan kesemua usul hingga lahir dari mereka unsur-unsur kesatuan, sedang ummah dalam keadaan yang berpecah belah.

Ikhwan telah menetapkan di dalam silibus mereka yang terawal, dalam perincian 10 ciri individu muslim; "tidak memperlekehkan satu kumpulan". Jangan sampai dakwah kita menjadi dakwah menyebut-nyebut keburukan orang lain (yang kesalahan tersebut tidak keluar dari syari'at Islam).

WaLlahu a'lam.

permata said...

actually tak minat pun nak kaji psl beraneka jemaah ni, tp artikel yg ana baca tu bertajuk "JIM: SATU PENDEDAHAN RINGKAS" yg ditulis oleh org kuat sana.. berkisar ttg sejarah penubuhan jemaah2 d malaysia pd kaca mata mereka..

ana rasa if nta baca pun sure ada topik yg nta akan hujjahkan ttg apa yg mereka katakan ttg jim. ape pun, let gone be by gone (betui ka phrase nih?). think +ve, mungkin itu pandangan mereka dahulu dan kini harapnya mereka dah ubah kot.

i'm juz wondering.. apsal isu ni spt dibangkitkan semula akhir2 ni? ingatkan ikhwah tak minat nak ckp2 psl bab nih..

Mashizaki Keikan said...

Actually, setelah kita melalui, mempelajari serta membincangkan tentang jalan amal yang diterangkan oleh al-Banna, ana tertarik untuk mengkaji sedikit sebanyak tentang fikrah al-Maududi.

Ada orang kata mereka mempunyai fikrah yang sama despite being in different jamaah, and despite not having any chance to even meet during their life time. Lagi-lagi ana nak tahu, macamana pandangan al-Maududi terhadap proses kebangkitan Islam dan jalannya, adakah ianya sama seperti al-Banna? Seperti yang telah dikhabarkan?

Rupa-rupanya, apabila kita membaca buku yang ana cadangkan tu, Proses Revolusi Islam, Ustaz al-Maududi telah menerangkan fikrahnya dengan jelas sekali dalam aspek fiqh kebangkitan Islam. Dan hasil yang ana dapat ialah, memang benar seperti yang dikatakan oleh orang!

Memang jalan yang diyakini dan diterangkan oleh al-Maududi sama seperti al-Banna.

Atas dasar rasa kepuasan ini, ana nak jugak orang lain nampak persamaan tersebut dan berusaha beramal mengikut ijtihad kedua-dua tokoh besar ini. Lebih-lebih lagi jika kita sendiri tak mampu nak keluarkan satu ijtihad yang lebih baik.

Abu Khalid said...

Salam

Hebat ntum ni, dah bincang mende-mende besar ni

Teruskan,
Tapi pastikan ia seiring dengan amal kita

Jika tidak, jiwa kita yang akan merana

Mashizaki Keikan said...

Hanya supaya jelas mau pergi ke mana ya pak...!

-mendapat sedikit taujih dari prof nun jauh di sana-

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]