Pages

Saturday, June 27, 2009

Nilai Sehelai Kain

Pernah di dalam sebuah program Outward Bound, saya tidak mengenali sesiapapun di dalam program itu sebagai seorang yang ikut tarbiyah. Mungkin ada saja, tetapi keadaan membuatkan saya tidak dapat mengetahui latar belakang peserta-peserta lain secara mendalam.

Saya sudah menjangkakan dari awal tentang kebarangkalian keadaan seperti ini wujud. Kerana mana mungkin dalam waktu yang begitu singkat, dengan program yang agak padat, kita dapat mengesan orang-orang yang benar-benar mengikut program tarbiyah dan menjadi penggerak di kawasan masing-masing.

Ramalan awal itu membawa saya kepada cenderung untuk membawa sehelai tuala yang bersulamkan logo JIM Johor di atasnya. Andaikata ada rezeki, ada kemungkinan berjumpa dengan ikhwah tetapi jika tidak, sekurang-kurangnya peserta lain akan tahu orang JIM macamana.

Pada salah satu malam hari-hari pertama, kami melepak-lepak di dalam dorm kami. Kami mendapat dorm yang paling hujung, bak kata sebuah pepatah "di hujung dunia". Key chainnya mempunyai nombor 228 dicat padanya, ia bagi menunjukkan bilangan anak tangga yang harus didaki sebelum sampai ke dorm tersebut. Jadi di dalam keadaan tersebut, setelah makan di dewan makan kami balik ke dorm dan melepak-lepak sambil mengeringkan peluh hasil perjalanan ke bilik.

Lebih awal dari itu saya telah menyidai tuala saya di kawasan yang berdekatan. Sengaja saya biarkan logonya terpampang untuk dilihat oleh semua. Barangkali mungkin akan ada apa-apa perkara diluar jangkaan yang bakal berlaku, saya pun tidak tahu.

Tiba-tiba ada seorang manusia lalu di situ.
Matanya tertumpu pada sulaman gabungan warna merah, kuning dan biru, yang membentuk logo JIM. Lalu didekatinya dengan penuh perasaan ingin tahu, dan segala perkataan yang tersulam bersama dengan logo dibaca,

"J.. I.. M.. JIM Johor..."

Lalu dia bertanya kepada saya;

"Ni kau punya eh?"

"Ha'ah, kenapa?"

"Kau JIM ke?"

"Tak, bapak aku yelah..."

"Owh, kau KARISMA eh?"

"Er... Lebih kuranglah... Boleh kata gitu..."

Pelik, orang ini tahu terlalu banyak tentang JIM dan kaum kerabatnya... Saya bertanya balik;

"Mana kau tau pasal KARISMA?"

"Owh, aku KARISMA Perak. SU KARISMA UTP."

"Laa... Dia ikhwah rupanya... Ingatkan siapa daa" detikku di dalam hati, dan perbualan bersambung mengikut keizinan masa ketika itu.

Di dalam keadaan yang tidak disangka-sangkakan, saya boleh bertemu dan berkenalan dengan seorang ikhwah secara ringkas.Rupa-rupanya, agak tak sia-sia membawa sesuatu yang menunjukkan salah satu identiti ikhwah.

Kadangkala perkara yang kecil boleh membawa kesan yang begitu besar dalam keadaan yang tidak dijangka-jangkakan. Dan kadangkala usaha yang remeh itulah "that makes all the difference in life".

Saya teringat sebuah kisah popular mengenai Pak Hassan tentang usahanya menyusun kerusi untuk satu majlis sebelum ceramahnya. Dia telah berkata kepada ikhwan,

"Aku tidak tahu mana satu amalku yang diterima, sama ada menyampaikan ceramah atau menyusun kerusi ini..."

8 comments:

FiKRi91 said...

setiap amalan bukan kite yang bagi pahala....
kite bleh buat penilain tapi Allah menentukan

Mashizaki Keikan said...

maksudnya?

Anonymous said...

UTM ada karisma ka? kalau tak, kenapa tak pernah pergi program karisma? apa2 prog pun utm takdak hantar wakil pon.

Mashizaki Keikan said...

"Owh, kau KARISMA eh?"

"Er... Lebih kuranglah... Boleh kata gitu..."

--

1. Ikhwah bukan hanya dalam KARISMA semata-mata.
2. KARISMA hanya salah satu wadah untuk golongan siswa yang mendokong fikrah ini.
3. Persoalan yang ditimbulkan hendaklah ditanya kepada orang qiyadah KARISMA yang lebih tahu tentang hubungan dengan ikhwah UTM. Perlu melalui saluran yang betul.

WaLlahu a'lam.

Anonymous said...

awak kan ketua bagi kelab iqra' nih kalau tak silap saya...

so,kesimpulan yang dapat saya buat kelab iqra' ni juga satu wadah JIM di UTM la ye...

bolehkah saya join...

pemburu malam

Mashizaki Keikan said...
This comment has been removed by the author.
Mashizaki Keikan said...

Boleh hubungi saya terus di email saya:
mashizaki(titik)keikan(di)gmail(titik)com.

Mungkin kita boleh mengaturkan sesuatu

Mashizaki Keikan said...

Er, wahai pemburu malam... Saya masih belum mendapat email tersebut.

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]