Pages

Thursday, June 25, 2009

Ikhwah yang Saya Kenali

Buzz... buzz... Sebuah mesej masuk ke telefon saya sebaik sahaja saya membukanya. Keadaan pada ketika itu agak sunyi di tengah-tengah bandar. Mana tidaknya, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Saya baru sahaja turun dari bas, dalam perjalanan dari Penang ke Kuala Lumpur.

"You have one missed call(s) - 0137****** at 2.58am."

Saya telah membuat temu janji awal dengan seorang ikhwah untuk mengambil saya di stesen bas Puduraya pada pukul 1 pagi. Tetapi, apakan daya nampaknya saya sampai lewat dua jam. Dalam sangkaan saya, "Mungkin brader ni dah pergi balik bilik dia kot? Tak nak menyusahkan dia lah."

Dalam keadaan tersebut, saya mencari sebuah restoran untuk duduk sebentar. Saya ingin membuat beberapa perkara sambil duduk dengan baik. Dalam pemikiran saya juga bermain persoalan, "nak call tak ikhwah ni? hmm..."

Tiba-tiba telefon saya berdering, "ring... ring..."

Terdengar di balik speaker telefon nokiaku suara yang familiar,
"Assalamu'alaykum, enta kat mana?"

"Wa'alaykumussalam, eh? Enta hidup lagi ke?"

"Ha'ah, ana dengan Miji ni. Kita orang dekat depan kedai dua ringgit yang ana cakap kat enta hari tu... Enta kat mana?"

"Owh, kat situ... Nanti ana mai. Ana kat kedai mamak mana entah ni... Ok, ana pergi sana. Assalamu'alaykum"

"Ok, 'alaykumussalam"

Saya pun membuka langkah menuju ke tempat yang telah disebutkan tadi. Rasa di dada begitu senang terhadap sikap ikhwah yang saya kenal ini. Dalam hati saya,

"Kalaulah mereka ni bukan ikhwah, adakah mereka sanggup nak tunggu lagi dua jam di tengah-tengah malam buta ni?"

Pastinya tidak! Atau harapannya mungkin tipis sedikit.

Alangkah manisnya pada saat tersebut, lagi-lagi apabila kita teringat sebuah hadith Nabawi:
"Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan"
Juga dalam sebuah hadith lain,
"Tidak (sempurna) iman seseorang dari kalangan kamu, sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dikasihinya untuk dirinya sendiri"
(Bukhari dan Muslim)

Thanks to those two brothers, Nije and Miji.

5 comments:

[ Nazihah ] said...

Kamu akan berhadapan banyak lagi kemanisan-kemanisan yang kamu tak kan pernah sangka

Mashizaki Keikan said...

Bahkan kemanisan tersebut tidak terhenti di dalam ukhuwwah semata-mata.

Unknown said...

semoga kemanisan ni berpanjangan+boleh dinikmati semua.

[ Nazihah ] said...

Yup..kemanisan itu tidak harus terhenti sekadar ukhuwwah kerana ukhuwwah hanyalah permulaan bukan pengakhiran..

Mashizaki Keikan said...

Tapi, nak rasa kemanisan yang lebih lagi kena bersama-sama buat da'wah.

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]