Pages

Thursday, May 21, 2009

Qunut

Sebelum ini saya pernah mengimamkan sebuah surau beberapa kali untuk subuh. Dan setiap kali darinya saya membaca qunut seperti mana yang diajarkan kepada kita di dalam PAFA. Tetapi pada masa yang sama saya tidaklah berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa qunut subuh yang khusus itu adalah sunat mu'akkad, i.e. sunat yang perlu sujud sahwi kalau lupa melakukannya. Kerana sebelum ini, di dalam kaset ceramah seorang ustaz, beliau telah mengatakan, "Ketika saya belajar syari'ah di Mesir, pada ketika itulah saya dapat tahu bahawa dalil yang digunakan untuk qunut subuh (khusus) adalah sangat-sangat lemah" (atau lebih kurang maksudnya).

Tiba-tiba pada satu solat subuh, saya memang dengan sengaja meninggalkan qunut subuh. Seperti biasa semua ma'mum ikut sahaja sehinggalah ke tahiyat terakhir. Sebaik sahaja saya memberikan salam, saya pusing ke belakang dan saya mendapati semua ma'mum saya melakukan sujud sahwi, kecuali seorang.

Maka yang seorang itu telah mengambil inisiatif untuk bertanya kepada saya di bilik selepas itu. Dan saya menceritakan tentang kisah seorang ustaz yang saya dengar seperti di atas kepadanya.

Apa-apa hal pun, di sini saya ingin membawa agar kita kembali meneliti kembali ibadah yang kita buat; qunut subuh. Jadi saya membawakan pandangan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin untuk kita fikirkan bersama. Bukan dengan tujuan bergaduh dan memastikan pendapat kita lah yang terbenar, tetapi bertujuan menepati ayat (39:18) "Iaitu orang-orang yang mendengarkan kata-kata maka mereka mengikuti yang terbaik darinya".



















Mudahan-mudahan ia bermanfaat buat semua. Jika ingin download, boleh gunakan website ini.

15 comments:

Unknown said...

ana pun macam pernah dengar yang qunut ni tak payah sujud sahwi.sebab tu kalau terlupa pun tak sujud sahwi.hu.

Mashizaki Keikan said...

Hmm... Sebelum ni, kita banyak belajar berdasarkan apa yang kena buat. Tapi kita belajar sangat dari mana datangnya "kena buat" tu.

Al-Banna dalam konteks ini telah membawa satu prinsip yang sangat cantik:
"Seorang Islam yang ilmunya belum mencapai darjat nazar (boleh mengeluarkan hukum dan dalil) dalam hukum-hukum furuk (cabang), sayugialah beliau mengikut mana- mana imam. Di simpang ikutannya itu adalah lebih baik jika beliau berusaha mencari dan mengetahui dalil-dalil imamnya. Ia hendaklah menerima tujuk ajar yang disertakan dengan dalil sekiranya beliau yakin orang yang memberikan petunjuk itu benar dan mempunyai keahlian. Sekiranya beliau tergolong dalam golongan ahli ilmu sayugialah beliau meyempurnakan iimunya hingga mencapai peringkat nazar."

Zakeri said...

salam

ni kisah anta sendiri ke, kisah orang lain?

mmm......cara penyampaian macam tak berapa nak berhikmah...tapi tak kisahlah, janji ada pengisian...cuma nanti kene cantikkan lagilah..macam cerita ni tergantung...hoho

lalalala..

weng weng weng...

Mashizaki Keikan said...

ana tak paham. cara penyampaian apa?

btw, the ustaz I was telling the person bukan ustaz asri.

sepohonkayu said...

salam...

sesuatu yang menarik untuk dikongsi di sini~


http://jomfaham.blogspot.com/2008/12/hukum-membaca-doa-qunut-subuh.html



***

Mashizaki Keikan said...

tp dalam link tu dia masih tak menjawab, adakah yang RasuluLlah SAW buat tu qunut subuh yang khusus atau qunut nazilah.

Di dalam ceramah Dr. MAZA ini, antara isu yang dibangkitkan ialah qunut yang RasuluLlah SAW buat bukan sekadar waktu subuh, tetapi juga pada waktu-waktu lain.

sepohonkayu said...

Salam… ana just quote…

Tersebut dlm kitab Al-Um jilid 1 hlm.205 bahawa Imam Syafie
berkata,maksudnya:

"Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai"

Hadith ni ana dapat dari kitab solat empat mazhab, oleh ‘Andul Qadir ar-Rahbawi...(kitab ni ada dalam simpanan ana...)

Waktu membaca doa qunut ialah setelah ruku pada rakaat terakhir, berdasarkan keterangan dari Anas:

“Ia ditanya: Apakah Nabi membaca qunut dalam solat subuh? Ya, jawabnnya. Sebelum ruku’ atau sesudahnya? Sesudahnya, jawabnya lagi.” (Hadis Jama’ah kecuali Tirmizi).


Yang ni dari link tersebut…


Ada orang yg berpendapat bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut satu bulan shj berdasarkan hadith Anas ra, maksudnya:

"Bahawasanya Nabi saw melakukan qunut selama satu bulan sesudah rukuk sambil mendoakan kecelakaan ke atas beberapa puak Arab kemudian baginda meninggalkannya."

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Untuk menjawab permasalahan ini lah kita perhatikan baik2 penjelasan Imam Nawawi dlm Al-Majmu'jil.3,hlm.505 maksudnya:

"Adapun jawapan terhadap hadith Anas dan Abi Hurairah r.a dlm ucapannya dengan (thumma tarakahu) maka maksudnya adalah meninggalkan doa kecelakaan ke atas orang2 kafir itu dan meninggalkan laknat terhadap mereka shj. Bukan meninggalkan seluruh qunut atau meninggalkan qunut pada selain subuh. Pentafsiran spt ini mesti dilakukan kerana hadith Anas di dlm ucapannya 'sentiasa Nabi qunut di dlm solat subuh sehingga beliau meninggal dunia'
adalah sahih lagi jelas maka wajiblah menggabungkan di antara kedua-duanya."


Imam Baihaqi meriwayatkan dan Abdur Rahman bin Madiyyil, bahawasanya beliau berkata, maksudnya:

"Hanyalah yg ditinggalkan oleh Nabi itu adalah melaknat."

Tambahan lagi pentafsiran spt ini dijelaskan oleh riwayat Abu Hurairah ra yg berbunyi, maksudnya:

"Kemudian Nabi menghentikan doa kecelakaan ke atas mereka."
Dengan demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa qunut Nabi yg satu bulan itu adalah qunut nazilah dan qunut inilah yg ditinggalkan, bukan qunut pada waktu solat subuh.

Wallahu'alam...

***

Mashizaki Keikan said...

yang ini bukan hadith:

"Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai"

macam enta sendiri cakap. yang itu adalah kata-kata as-Syafi'e dalam kitab al-Umm.

berkaitan dengan hadith yang dibawak:
"sentiasa Nabi qunut di dlm solat subuh sehingga beliau meninggal dunia"

Dr. Asri ada memberi komentar tentang hadith ini. Dan disebutkan tentang konteksnya.

sepohonkayu said...

betul, kata2 imam syafie...

komentar part yang mana... ana dah dengar tp sekali imbas... ana nak tau part mane dari 9 tu... maaf menyusahkan...

***

http://sweetprune.blogspot.com/ said...

salam, maaf sekadar masukan kecil dari perbincangan kalian...

kalau ade qunut selepas subuh, ley bagitahu tak ape bacaan sebenar and dari hadth mane ade bacaan sebenar qunut setelah subuh..btw stakat ni saya masih tak jumpa..
and hadith tentang nabi melakukan qunut nazilah sahaja sangat kuat...
afwan...

sepohonkayu said...

wsalam...

Membaca doa Qunut dalam solat subuh

Dalil (cedok dari kitab...)

Membaca doa Qunut dalam solat subuh, menurut ulama Maliki dan Syafi’i. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Ibn Abbas, katanya:

“Rasulullah saw. mengajar kepada kami doa untuk kami baca di waktu qunut dalam salat subuh, iaitu: ….

(Ya Allah, berilah daku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk; selamatkanlah daku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau selamatkan; pimpinlah daku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin; berkatilah daku dalam segala apa yang telah Engkau kurniakan kepadaku, dan lindungilah daku dari segala kejahatan yang Engkau putuskan. Sesungguhnya Engkaulah yang memberi keputusan dan bukan yang menerima keputusan. Dan tidaklah akan hina orang yang Engkau pimpin dan tidak pula akan mulia orang yang Engkau musuhi. Maha suci Engkau hai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Dan semoga kiranya Allah sentiasa melimpahkan rahmat kepada Nabi Muhammad).”

(Hadis Baihaqi. Hadis yang sama diriwayatkan pula oleh Hakim dari Abu Hurairah).

Imam Ahmad dan lainnya meriwayatkan daripada Anas ra. katanya:

“Rasulullah saw. sentiasa membaca qunut dalam solat subuh sehingga meninggal dunia.”
(Hadis Ahmad, al-Bazzar, Daraqutni, Baihaqi dan Hakim yang mensahkannya).

Waktu membaca doa qunut ialah setelah ruku pada rakaat terakhir, berdasarkan keterangan dari Anas:

“Ia ditanya: Apakah Nabi membaca qunut dalam solat subuh? Ya, jawabnnya. Sebelum ruku’ atau sesudahnya? Sesudahnya, jawabnya lagi.” (Hadis Jama’ah kecuali Tirmizi).

Huraian tentang apa yang ditinggalkan nabi telah disebut...

kitab: salat empat mazab, Abdul Qadir ar-Rahbawi (2001), victory agencie.

(kitab ni ada dalam simpanan ana...)
muka surat: 251-253

boleh juga lihat yang ini...

http://jomfaham.blogspot.com/2008/12/hukum-membaca-doa-qunut-subuh.html

en_me said...

salammm..

salim said...

Assalamualaikum....berkenaan masalah ini...(Qunut sembahyang Subuh)...ini merupakan masalah Khilafiah di antara Para Imam-Imam yang menjadi Panutan Umat Islam hingga sekarang, Maka sayugialah jangan ditekankan pendapat satu pihak yg kononnya mengatakan dalil ini lemah, ini lebih kuat.. ini kurang tepat, ini lebih betul......Kata Prof. Dr Said Ramadhan Al-Buti rah. "Sekiranya seseorang awam yang tidak mencapai tahap mujtahid boleh menilai mana dalil yang lebih kuat antara satu imam dengan imam yang lain, maka dia bukan orang awam lagi, malah lebih hebat dari Imam-Imam Mujtahid mutlak itu kerana mampu mentarjih di antara pendapat imam-imam mana yg lebih kuat".Kita mesti bezakan antara ustaz dengan mujtahid,.. belum tentu malah kebanyakan ustaz bukan mujtahid, maka sayogialah kita yang telah maklum bahawa majoriti masyarakat Islam di Malaysia yang majoriti bermazhab Syafi'e dan tidak mencapai taraf mujtahid mengikut para Imam As-Syafi'iyah bahawa qunut subuh itu sunat muakkad tanpa menafikan pendapat yang mengatakan bahawa qunut subuh lemah atau tiada . Dan ana ingatkan bahawa mereka yg minoriti supaya bertasamuh(bertolak ansur) dengan majoriti umat Islam di Malaysia yang mengamalkan Qunut Subuh . Dan Allah yang Memberi Petunjuk Dan Allah Maha Mengetahui. Dan sebagai imam, kita harus kenali makmum kita, sekiranya kebanyakan makmum kita bermazhab Syafi'e, maka atas sebab apa kita tidak mahu bertolak ansur dan sengaja maninggalkan qunut subuh sewaktu menjadi imam.Seharusnya kita mencontohi akhlak Imam Syafi'e ra. sewaktu mangimamkan Solat Subuh Di Baghdad (iaitu meninggalkan qunut kerana menghormati Imam Abu Hanifah ra. dan majoriti makmumnya yang bermazhab Hanafi). Fikirkanlah saudaraku. Asslamualaikum

p/s Tidak perlu kemukakan dalil kerana

1) ini masalah furu' masail di mana sepakat Ulama kata khilaf.
2) tidak patut org awam disajikan benda2 begini pada masa mereka fardhu ain pun tidak sempurna . Wajib selesaikan Fardhu Ain dahulu.
3) Ada hadis di sisi Imam Syafi'e ra. sahih tapi mungkin sebaliknya di sisi Imam2 yg lain. Sayugia kita berlapang dadalah atas kekhilafan mereka.
4) Sudah berzaman zaman benda ini telah di bincangkan.Cukuplah.Kalau benar hendak juga mendalami , belajar lah dalam majlis Ilmu dari Ulama yang sekiranya pergi ke tempat manapun, kebanyakan org atau ulama lain tidak menyalahkan ilmunya, bukan belajar di situs perbincangan seperti ini.Semoga Allah kuatkan ana dan saudraku ini untuk tetap berpegang dengan Islam dan Iman....Amin

Mashizaki Keikan said...

Ana setuju dengan apa yang enta kata Salim...

Tujuan ana mengepost benda ini bukanlah untuk bergaduh, tetapi kita dapat membuat perbincangan ilmiyah ke arah memahami bagaimana sesuatu ibadah tu boleh ada.

Sememangnya untuk orang awam, tahap depa bukanlah sehingga mampu membezakan pendapat mana yang lebih baik antara imam-imam mujtahid, tetapi sekurang-kurangnya biarlah orang tahu dari mana datangnya dalil untuk pendapat imam tersebut.

Masalah khilafiyah ini, boleh dibawa dalam perbincangan asalkan ianya tidak menyebabkan perpecahan. Tujuannya pula hanya satu, untuk mencari kebenaran. Andaikata masing-masing tidak dapat bersetuju di atas kebenaran, maka masing-masing juga wajib (WAJIB) bersetuju untuk menjauhi pepercahan. Khilaf dalam masalah furu' tidak dapat dielakkan.

Apa-apa yang dipostkan diblog ini, merupakan pandangan peribadi ana. Andaikata ada dari kalangan pembaca yang ingin berbeza pendapat, silakan! Tetapi berpeganglah kepada hujjah, dan ana juga akan berpegang kepada hujjah.

Andaikata orang bertanya kepadaku tentang sesuatu, maka ana akan menjawab berdasarkan pandanganku dan pengetahuan yang ada padaku. Kalau nak berbeza pandangan, silakan. Takdak masalah.

Cuma yang menjadi masalah ialah, jika berbeza pandangan atas taqlid sembrono.

WaLlahu a'lam.

Adi Wahab said...

Assalamualaikum..
salam ziarah..

Ana pon ingin lontarkan pandangn ana..

benar apa akhi salim katakan..namun,benda ni saya rasa perlu diberitahu kepada orang jugak..

sekurang2nya mereka tahu..hal ini adalah khilafiah.Nanti,kalau da orang arab@mesia yg xbaca qunut subuh..jangan pulak dianggap pelik.atau mufaraqah(keluar) dri imam, sebab imam x baca qunut..

Hope akhi leh faham ye..
saya lebih berstuju dgn penulis blog dgn idea utk mengketengahkan perkara ini..namun, jgnlah sampai berbalah @ bermusuhan,..sekadar perbincangan..Wallahua'lam

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]