Pages

Thursday, May 7, 2009

Kesalahan dan suasana yang puas

Manusia.

Masing-masing mempunyai kehebatan masing-masing.
Masing-masing mempunyai kekuatan masing-masing.

Tetapi, masing-masing juga ada kelemahan masing-masing. Walau sehebat manapun mereka, manusia yang bergelar insan tersebut mempunyai had kekuatan mereka. Atau kadang-kadang pemikiran yang hebat si insan sedikit terlarut dengan suasana kengarutan yang ada di sekitarnya.

Sedangkan sahabat-sahabat RasuluLlah SAW sendiri pernah mengadu tentang kelemahan iman mereka, kadang-kadang... Apatah lagi insan yang biasa yang sudah jauh dari zaman Rasul yang mulia. Sudah pasti ujian dan godaan yang diterima lebih hebat lagi secara relatif kerana dirinya yang jauh, bahkan sangat-sangat jauh dari sumber kekuatan yang langsung (Nabi Muhammad SAW).

Iblis berkata:
"kemudian akan ku datangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)"
(al-A'raf, 7:17)

Dan sejurus selepas itu Adam AS telah melakukan satu kesilapan yang besar. Seorang Nabi yang agung, yang merupakan bapa kepada sekalian manusia, telah melakukan satu kesilapan yang besar.
"Maka syaitan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun surga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: 'Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?' "
(7:22)

Tetapi kesilapan tersebut telah ditutupi dengan satu pengakuan yang benar, dan taubat yang haq:
"Mereka berdua berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami dan sekiranya Engkau tidak mengampunkan dosa kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi"
(7:23)

Ya Allah, ampunkanlah kesilapan kami...(T_T)

Namun demikian, kita kadang-kadang tak perasan kesilapan kita. Jadi sahabat-sahabat yang budiman menjadi standard yang akan "check and balance" tindakan kita. Begitu indahnya adanya sahabat-sahabat yang budiman yang menegur segala kesilapan kita. Seperti halnya 'Umar atau Abu Bakar yang akan diingatkan oleh sahabatnya dengan pedang jika dia terpesong dari jalan Allah ketika menjadi khalifah.

Manisnya perasaan saling berkasih-sayang ini, yang wujud di dalam nidzamul usrah sehingga mencapai tahap: "...saudara yang diberi nasihat itu bersedia serta sanggup menerima nasihat dari saudaranya tadi dengan sukacita dan gembira dan memberi terima kasih atas nasihatnya itu. Saudara yang memberi nasihat itu pula janganlah berubah hati terhadap saudaranya yagn tersilap tadi walaupun perubahan perasaan hati sejarak sehelai rambut sekalipun" (al-Banna, Usrah dan Da'wah).

Uhibbukum fiLlah~
-Pancung aku banyak² sikit wahai ikhwah-

6 comments:

[Ab.ngah] said...

Akhi..

Jika dikatakan kita hebat sekalipun, tidak lain kehebatan kita itu kerana Islam yang kita bawa itu. Yang kita berpegang teguh dengannya. Yang kita bergerak dengannya. Yang kita hidup dengannya.

Kita mulia kerana kita Islam wahai saudaraku. Biarpun, umat masih dihina, bersyukurlah kerana Allah SWT masih memberikan kita kekuatan dan keteguhan untuk berada pada jalan-Nya, untuk kita akhirnya membebaskan kehinaan itu dari umat.

Moga kita berterusan untuk saling menasihati dan memperingati atas dasar mahabbah, kesabaran dan kebenaran.

Jzkk.

WA.

PerinduSyahid said...

Kata-kata yang baik dan sangat menyentuh hati..

Manusia tak pernah terlepas dari gemgaman kesilapan, kealpaan, kelupaan...


Semua itu, sekadar untuk mengajar manusia itu dan manusia-manusia lain untuk bersikap hamba dan pemaaf...

Moga kita semua thabat dijalan da'wah...Penuh liku...

Unknown said...

hoho.kadangkadang ego akan buat kita tak rasa yang kita da buat salah.ngee.buang ego jauhjauh.shuh.huhu.

permata said...
This comment has been removed by the author.
Mashizaki Keikan said...

ha~ terima kasih... tak perasan pun.

permata said...

"...saudara yang diberi nasihat itu bersedia serta sanggup menerima nasihat dari saudaranya tadi dengan sukacita dan gembira dan memberi terima kasih atas nasihatnya itu. .... ila akhir ayat ........................."
nampaknya masa posmotem smlm nta mmg mempraktikkan apa yg pak hassan sebut..syabas!anak murid yg bagus :)

asifi, terrrrremove comment.

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]