Pages

Tuesday, May 19, 2009

Hikmah dalam Berda'wah

Da'wah membawa ta'rif:
"Menyeru manusia kepada Allah SWT dengan penuh hikmah dan contoh teladan yang baik serta berbantahan dengan cara yang terbaik, sehinggakan mereka kufur kepada taghut dan beriman kepada Allah, untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan kejahilan kepada cahaya Islam"
Dalam konteks ini, saya hanya ingin menyentuh secara ringkas bagaimana hikmah (bukan Kelab Hikmah tau!) itu boleh terlaksana. Atau lebih tepat kalau saya katakan peringkat-peringkat berdakwah secara berhikmah.

Hikmah dalam berda'wah harus melalui 5 langkah atau peringkat:
  1. Mengajar orang yang tidak tahu.
  2. Mengingatkan orang yang lupa apa yang telah diajarkan.
  3. Menegur orang yang tetap membuat kesalahan selepas diingatkan.
  4. Mengancam untuk menghukum.
  5. Menghukum dengan kuasa yang ada di tangan.
Jelas dengan kelima-lima perkara ini adalah sangat penting, kerana kita akan tahu tindakan apa yang sepatutnya datang dahulu sebelum yang lain. Kadangkala bila kita terlalu berperasaan, kita akan ada kecenderungan untuk melangkah beberapa peringkat ke peringkat-peringkat yang lebih tinggi, terus.

Disebabkan itu, dakwah berkemungkinan besar ditolak oleh masyarakat, sekaligus membentuk imej yang buruk kepada masyarakat umum terhadap Islam.

11 comments:

Unknown said...

baru.

ibnu yazid said...

Salam,

Cuba baca apa kata Imam Ibnul Qayyim (atau Ibnu Kasir. Afwan kurang ingat) tentang ayat ini (16:125). Ada di dalam buku Fiqh Da'wah Jum'ah Amin.

Dengan siapa kita perlu berhikmah?

Dengan siapa kita perlu menasihati dengan baik?

Dengan siapa pula kita perlu berdebat dengan cara yang lebih baik?

Lets discuss ya.

Mashizaki Keikan said...

ni dalam kes yang umum lah ya akhi...

ibnu yazid said...

Supaya perbincangan tak divert. It's better to take ulama's perspective rather discussing without knowing the truth. What does really mean by the ayat, to who it's specifically point to etc.

Unknown said...

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."(An-Nahl:125)

apa yang Ammar cuba sampaikan, adalah kaedah untuk berdakwah dengan hikmah, tapi ibn yazid lebih cenderung kepada siapa dan bagaimana berdakwah dengan hikmah ini. bolehlah Ammar buat satu lagi post untuk "apa, siapa dan bagaimana untuk berdakwah dengan hikmah"

weng weng weng

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Mashizaki Keikan said...

ha'ah betul macam apa yang zakri cakap. blom masuk dalam konteks tu lagi. tapi boleh je kalau nak dibincangkan.

ibnu yazid said...

Jangan lupa, apabila berbicara soal kaedah, ia adalah fiqh. Fiqh dakwah.

Bila melibatkan fiqh, perlu ada kefahaman yang jelas tentang definisi, hukum, matlamat etc termasuklah siapa, bila, apa, mengapa, bagaimana dll.

Sebenarnya ini merupakan definisi dakwah secara umum seperti yang kita pelajari di dalam Toriqul da'wah. Namun, bagaimana cara pengaplikasian dakwah secara hikmah menurut ayat 16:125 merupakan hal yang sangat penting terutama apabila kita berhadapan dengan manusia yang pelbagai latar belakang.

p/s Sekadar provokasi kepada 'Ammar. Hahaha... Sabar ya. Walirabbika fasbir (74:7)

Anonymous said...

Bincang2...

Buatla daurah kat blog MK ni...

Mashizaki Keikan said...

suka hati lah nak buat daurah ke, mukhayyam ke, dan apa-apa lah yang ada.

asalkan kita dapat bincang dengan baik sampai orang yang baca dapat kefahaman...

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]